Isnin, 23 November 2009

Hardy Store - Cadar/Comforter English Design (New Post)

Saya pengedar Cadar Comforter Set - English Style ingin menawarkan harga yang menarik untuk kegunaan sendiri atau pun untuk berniaga. Kesemua barang dijual secara tunai sahaja....seterusnya

Sabtu, 21 November 2009

12 Blog Komputer Anda Patut Tahu

Ini antara blog-blog komputer yang terdapat di internet. Anda boleh jenguk pada blog-blog komputer yang saya senaraikan di bawah . Enjoy!!

* Tiada keistimewaan dalam turutan di bawah. Ikut suka hati saya saja. Begitu juga dengan bilangan artikel yang dimuatkan bagi setiap blog

1. JomPHP.com

Cara Membuat Wifi HotSpot Di Rumah

Sesuailah bagi mereka yang teruja untuk pasang WiFi sendiri di rumah. Sebelum mari kita mengetahui ape itu wifi.

10 Tips Untuk Pengguna Blogger Baru

Bagus untuk mereka yang baru saja daftar blog dengan Blogger. Bagi yang dah selalu guna blog di Blogger, cubalah tengok sama. Manalah tahu ada yang anda terlepas pandang

2. SembangKomputer.com

2 perkataan yang mendapat hit tertinggi dalam carian di Google, iaitu format komputer dan tips lajukan komputer. Jawapannya ada dalam 2 artikel di bawah ini

Install Windows XP

Cara-Cara Lajukan Windows XP

3. Amanz.my

Blog ini berkisar isu-isu terkini dalam dunia komputer, IT dan games. Antara 2 berita yang agak baru jugalah

Pengasas Skype Mahu Beli Skype Semula

Internet Explorer 8 mula diedarkan

4. Melayubuntu

Blog ini banyak mengulas tips dan tutorial tentang Linux (secara spesifiknya Ubuntu mungkin..itu sebab nama dia Melayubuntu agaknya heh)

Emm..mungkin ada yang blur apa itu Ubuntu dan Sumber Terbuka, jadi boleh tengok artikel di bawah yang ditulis oleh pemiliknya

Semua Tentang Ubuntu

5. MyWindowsXP

Antara artikel yang menarik di dalam blog ini.

Yahoo Messenger worm? Pernah dapat mesej ini?

Tukar password YM anda jika mangsa worm

6. DilarangMelarang.com

Saya pun tak berapa pasti kenapa namanya DilarangMelarang.com heh. Sila ajukan pertanyaan anda kepada pemiliknya, En. Marzuki

Antara kekurangan Blogspot (atau blog percuma) adalah pada design layout blog, terutamanya bagi mereka yang tidak mahir bermain-main dengan kod HTML. Mungkin, ada yang tidak tahu layout blog Blogspot boleh ditukar jika tahu caranya. Maka, terpaksalah gunakan layout yang sedia ada. Jika ingin menukar layout blog, mungkin artikel di bawah boleh membantu anda

10 Layout Menarik Untuk Blogspot

7. KillVearn.com

Warna merah hitam dengan gambar headernya (ulat ke tu?) memang menarik hati saya. Tengok gambar ‘Who Am I’, saya teringat pula pada anime ‘MAR’, tetapi, watak dalam ‘Dragon Quest’ rupa-rupanya

Kalau saya pernah kongsikan cara sembunyikan folder rahsia, cara KillVearn sorokkan fail rahsia lebih cool, tetapi satulah kekurangannya. Sebabnya, saiz gambar itu akan jadi sangat tidak logik, jika anda sembunyikan fail yang besar :P

Sorokkan fail rahsia anda dalam gambar

8. KedaiGambarKu

Blog KGK ini banyak berkongsi tentang tips dan tutorial photoshop. Serasa saya, pernah ada yang bertanya pada saya melalui emel jika ada blog tutorial Photoshop dalam bahasa melayu. Jadi, nikmati 2 tutorial Photoshop di bawah

Bagaimana masukkan gambar ke dalam Photoshop

Letak efek klasik pada gambar

9. AnjungPC.com

Saya bersetuju dengan pemilik blog ini. Walaupun memang seronok shopping di Internet, tetapi sentiasalah mengambil langkah berjaga-jaga. Oh ya..berjaga-jagalah juga dengan serangan Virus Conficker ini

Kedai Online: Yakinkah Anda?

Serangan Conficker Untuk Windows

10. CekapKomputer

Tips yang mudah dari pemiliknya, juruteknik komputer dari Sabah. Namun, sila berhati-hati apabila ‘bermain’ dengan elektrik. Jangan sampai terkena kejutan elektrik pula. Ada seorang ini pernah berpesan pada saya,

“In electricity, never assume”

Tips Periksa Power Supply Anda

11. Azumass.com

Kenali 5 sumber virus dan rakan-rakannya. “Bukankah mencegah lebih baik daripada mengubati?”

5 Cara Virus, Spyware, Malware Serang Komputer

Jika kita berjaya mengurangkan risiko diserang virus, risiko untuk terkena Blue-Screen-On-Death pun akan berkurang kerana virus juga antara penyebab BSOD

Punca dan Bagaimana Blue-Screen-On Death Terjadi

“Mana pula blog yang ke-12?”

Blog komputer ke-12 yang anda sedang baca inilah ;)

(Maafkan saya jika ada blog yang tertinggal ya. Memang tidak mampu untuk saya review semua sekali)

Sumber: : WaidaKmy

Kesempitan hidup bukan penghalang kejayaan

Oleh Dr Ismail Zain

KEJAYAAN dicapai melalui usaha berterusan dan kemiskinan bukan faktor penghalang kejayaan. - Gambar hiasan

RAMAI yang beranggapan bahawa kejayaan akan terhalang akhibat daripada kesempitan hidup. Kebiasaannya kesempitan hidup dikaitkan dengan kemiskinan atau kurang keupayaan. Oleh itu tidak hairanlah jika seseorang murid memberi sebab kemiskinan sebagai alasan apabila gagal atau tidak dapat meneruskan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Sebenarnya kejayaan atau kegagalan seseorang murid itu tidak semestinya berpunca daripada kesempitan hidup. Malah ramai murid-murid yang berjaya dengan cemerlang datangnya dari golongan yang berpendapatan rendah. Ada juga murid-murid yang berjaya ini mempunyai latar belakang perpecahan kekeluargaan. Terdapat juga di antara mereka yang terdiri daripada golongan orang kurang upaya (OKU). Sebagai contoh ada pelajar yang cacat anggota badan iaitu tiada kaki dan tangan tetapi berjaya mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Oleh yang demikian janganlah kesempitan hidup ini dijadikan alasan atau penghalang ke arah kejayaan malah ia harus dijadikan perangsang untuk terus berusaha dengan lebih gigih lagi dengan mengamalkan tanggapan yang lebih positif seperti berikut:-

• Cabaran: Anggaplah kesempitan hidup itu sebagai satu cabaran. Cabaran bermaksud satu situasi atau kesukaran yang dihadapi bertujuan untuk menguji kebolehan kita untuk bertindak. Jika kita bertindak secara positif iaitu sanggup bersusah payah serta berusaha dengan gigih maka hasilnya juga akan memberi kebaikan iaitu kejayaan. Sebaliknya jika kita bertindak secara negatif dengan hanya menyerah pada nasib sahaja tanpa membuat sesuatu tindakan, maka sudah tentulah kegagalan akan kita temui.

• Kesabaran: Kesabaran itu adalah keimanan. Kejayaan tidak boleh dicapai secara sekelip mata. Kita harus bersabar dan menggunakan masa sebanyak mungkin untuk mencapai kejayaan. Sesungguhnya kehidupan ini merupakan satu kitaran. Kita tidak semestinya berada di bawah sepanjang masa. Insya-Allah pada satu masa nanti berkat kesabaran yang diamalkan kita juga akan berjaya berada di atas iaitu mampu menikmati kebahagiaan dan kejayaan seperti orang lain. Hanya masa menentukannya.

• Ketakwaaan: Seseorang yang bertakwa mampu mengawal diri daripada sifat-sifat yang keji seperti malas belajar, cepat berputus asa, bosan, tidak bersemangat serta berkelakuan biadap terhadap rakan, guru dan ibu bapa. Oleh itu perbetulkan sikap dan sifat yang ada pada diri kita. Bersyukurlah kepada Allah kerana selama ini kita masih mampu hidup di dunia ini.

Semoga usaha yang gigih, semangat yang kental serta jiwa yang murni mampu mengatasi segala kesempitan hidup ke arah mencapai kejayaan.


Sumber: http://www.tutor.com.my

MENGENALI LELAKI DAN WANITA

Lelaki

1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN !

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak di bayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.


Wanita


1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya (taat kepada ibunya).

7. Talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.

8. Wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah- sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).


Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini:

Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj:

Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. (betulkan jika saya tersilap).

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan?

Segala kebaikan itu datang dari Allah SWT dan segala kelemahan itu datangnya dari diri saya sendiri.

Wallahua`lam.

TIPS KEWANGAN UNTUK ANAK-ANAK

1. Ajar anak anda permainan seperti MONOPOLY, PAYDAY, SAIDINA dsbnya.

2. Sediakan WALLET, POUCH, HANDBAG atau PURSE.

3. Belikan 2 TABUNG yang kecil & cute. Satu untuk simpanan tetap (tabung 1) & satu lagi untuk simpanan sementara (tabung 2). Setiap kali dapat duit, simpan 50% di tabung 1 & 50% di tabung 2. Gunakan tabung 2 (simpanan sementara) untuk membeli barang keperluan mereka. Ajar mereka untuk mendapatkan sesuatu, mereka harus membuat simpanan. Sekiranya mereka nak beli kasut berharga RM30.00, suruh mereka simpan sehingga Rm15.00 dan anda akan top-up selebihnya. Barulah mereka faham cara untuk mendapatkan sesuatu.

4. Buka AKAUN BANK untuk mereka.

5. Kenapa tabung simpanan tetap (tabung 1) bersaiz kecil? Untuk cepat penuh & mereka akan membawanya ke bank. Di sana mereka akan diberitahu tujuan membuat simpanan di bank. Mereka akan kerap ke bank untuk membuat simpanan tetap untuk masa depan mereka.

6. Untuk anak2 islam, latih mereka keluarkan 10% dari jumlah simpanan tabung 2 untuk disedekahkan di masjid pada setiap hari jumaat (semasa solat jumaat). Mereka akan faham KONSEP BERSEDEKAH dan FADILATNYA.

7. Latih juga anak anda membuat kerja seperti membasuh kereta, kemas bilik, jemur dan lipat baju. Berilah mereka upah sebagai kefahaman untuk mencari duit kita kena kerja. Latih mereka dengan UPAH BERBAYAR di hujung minggu.

8. Beritahu anak2 kenapa kita harus membeli semasa special offer, promosi, great saving dsbnya. Ajar mereka perlunya BERJIMAT. Tidaklah mereka asyik membeli di musim yang tiada sale.

9. Latih mereka MEMBUAT SENARAI YANG NAK DI BELI atau yang nak di ganti seperti baju sekolah, kasut sekolah, kasut sukan, alat tulis dsbnya. Bawa mereka ke pasaraya untuk melihat harga barang yang mereka kehendaki. Suruh mereka salin harganya. Balik rumah, bincang semula berapa kos yang diperlukan. Buka tabung ke-2 untuk mengetahui jumlahnya. Kira berapa lagi baki yang diperlukan. INGAT!! bantu mereka 50% dari jumlah keseluruhannya.

10. Sentiasa INGATKAN mereka supaya berjimat & beli yang perlu sahaja.

Sumber - Pari-Pari Duit Blogspot

Selasa, 17 November 2009

YG ELOK DAN YG TIDAK....

MAKANAN KEKACANG
Makanan kekacang terutama kacang pistachio mengandungi sejenis bahan spt magnesium, asid folik yang penting untuk pertumbuhan otak kita di samping mengandungi protein tinggi.Dipercayai kacang pistachio dapat menandingi keupayaan kismis dalam hal ini. So, sesiapa nak jadi cerdik,
Makanlah kacang ni, insya Allah...
MINUM AIR YANG ADA SEMUT MATI
Di dalam badan / mulut semut mengandungi sejenis enzim yang apabila kita makan akan memberi kesan terhadap sistem saraf otak, terutama sekali saraf pembelajaran dan hafalan. Enzim ini yang diistilahkan 'racun' pada semut. Kalau boleh elakkan dari terminum air atau termakan makanan yang adasemut.
MAKAN KEPALA IKAN
Sebenarnya makan kepala ikan tidak salah atau memudaratkan cuma elakkan
makan OTAK ikan. Otak ikan adalah segumpal daging berwarna putih atau putih kemerahan yang terletak didalam tengkorak ikan. Untuk memakannya seseorang itu perlu menggoncang atau mengetuk tulang tengkorak tersebut hingga otak itu keluar.
Mudarat otak ikan adalah sama dengan kes semut tadi cuma lebih berat lagi, bahan dalam otak ikan ini boleh mematikan saraf otak kita. So, pesanan saya, ikutlah pesanan Rasulullah ketika hendak memilih makanan atau hendakmakan...

Sebagai renungan kita bersama...

1. Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ?

2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ?

3. Apa yang paling besar di dunia ?

4. Apa yang paling berat di dunia ?

5. Apa yang paling ringan di dunia ?

6. Apa yang paling tajam di dunia ?

Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya.

Lalu Imam Al Ghozali bertanya....

Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab, "Orang tua, guru, kawan dan sahabatnya". Imam

Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat

dengan kita adalah "MATI". Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahwa

setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran : 185)

Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua....

"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab

"Negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang". Lalu Imam Ghozali

menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar. Tapi

yang paling benar adalah "MASA LALU". Walau dengan apa cara sekalipun kita

tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini

dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran

Agama.

Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga....

"Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya menjawah, "Gunung,

bumi dan matahari". Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang

paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A'Raf : 179).

Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa

kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?" Ada yang

menjawab "besi dan gajah". Semua jawapan adalah benar, kata Imam Ghozali,

tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" (Al Ahzab : 72).

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika

Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini.

Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga

banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak dapat memegang

amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?"...

Ada yang menjawab "kapas, angin, debu dan daun-daunan". Semua itu benar kata

Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan

Sholat. Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan sholat, gara-gara bermesyuarat

kita meninggalkan sholat.

Dan pertanyaan keenam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?"...

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, "pedang". Benar kata Imam Ghozali,

tapi yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA". Karena melalui lidah, Manusia

selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

5 Strategi Kejayaan Dan Kekayaan

1. Sikap

Jika hanya ada satu sahaja faktor penentu kejayaan dalam apa juga yang anda lakukan, ialah sikap. Einstein mengatakan bahawa sikap 99% adalah penentu kejayaan atau kegagalan seseorang.

Anda mestilah mempunyai sikap yang positif dalam apa juga yang anda mahu lakukan, jika anda mahukan kejayaan.

Samada anda berjaga, hendak melelapkan mata, bekerja – apa juga yang anda buat, anda mestilah tanamkan sikap positif. Apabila sesuatu perkara tidak menjadi seperti yang anda harapkan, anda sepatutnya terus bersikap positif. Jika anda bangun lewat, jangan merasa bosan, sebaliknya anda harus berfikiran positif dan berkata kepada diri anda sendiri “ ok, hari ini aku terlewat bangun, sekarang aku perlu lakukan yang terbaik untuk hari ini”.

Saya tidak percaya bahawa mereka yang berjaya pada hari ini boleh mencapai tahap itu tanpa mempunyai sikap yang baik dan positif.

Sebenarnya lebih mudah untuk berfikiran negatif, dan untuk pengetahuan anda untuk berfikiran positif memerlukan sedikit usaha. Tampalkan satu nota di atas meja anda, di dalam kereta, cermin dibilik air yang tertulis “SIKAP”. Apabila anda melihat nota itu, berhenti sejenak dan berfikir tentang perkara yang sudah berlaku pada hari itu, dan jika ada masanya anda merasa tidak berfikiran positif, fikirkan semula dan teruskan kerja yang anda lakukan.

Jika anda bersikap positif, semua perkara yang anda lakukan akan menjadi lebih mudah. Jika ada perkara yang anda tidak suka lakukan, jangan biarkan sehingga pada saat akhir, bahkan lakukan perkara tersebut dahulu dan fikirkan “Saya mahu menyiapkan kerja ini sampai siap kemudian saya boleh buat kerja yang saya suka !”. Cubalah teknik ini dan anda pasti akan merasa perbezaannya.

2.
Ambil tindakan

Ini merupakan satu isu yang besar kepada ramai orang, mereka mempunyai idea bisnes yang baik, mereka memberitahu kepada kawan-kawan tentang bisnes yang hendak dimulakan, kawan-kawan menjadi positif dan menyokong. Kemudian mereka beritahu kepada beberapa orang lain sehinggalah menjadi senyap begitu sahaja.

Jika anda mempunyai idea yang bagus tidak menjadi masalah, tetapi anda perlu membuat tindakan. Kemudian apabila anda sudah mula melakukan sesuatu, anda perlu mengambil beberapa lagi langkah seterusnya sehinggalah mencapai kejayaan.

Jika anda mempunyai peluang atau idea pada masa ini, mungkin sesuatu yang sudah lama anda fikirkan, berhenti bercakap dan berfikir tentangnya – BUAT SAHAJA.

Saya mempunyai ramai sahabat yang datang berjumpa dan bercakap tentang idea-idea bisnes seperti seolah-olah mereka yang menyuruh saya melakukan bisnes tersebut. Saya boleh menolong mereka, beri cadangan tetapi yang menyedihkan ialah 90% daripada mereka tidak pernah membuat tindakan. Jika anda tidak membuat tindakan, anda menafikan hak anda untuk satu kejayaan.

3.
Tukar Bagaimana Anda Diprogramkan

Sejak dari bangku persekolahan lagi kita selalu terfikir seperti yang selalu diberitahu oleh orang-orang dewasa bahwa “ belajar pandai-pandai dan dapatkan kerja yang baik”. Harap anda jangan tersalah anggap, saya fikir apabila kita disekolah kita perlu belajar apa yang perlu kemudian buka bisnes anda sendiri!

80% jutawan pada hari ini mencapai impian mereka dengan memulakan bisnes sendiri. Mungkin anda sudah sedia maklum, jika anda benar-benar mahukan kebebasan kewangan, masa depannya ialah dengan memulakan perniagaan sendiri.

Sudah tentu bisnes sendiri harus menanggung risiko, dan boleh mengurangkan risiko tersebut dengan memulakannya secara sambilan, dan gunakan teknik yang saya tunjukkkan dengan modal yang kecil, tetapi ganjarannya amat banyak dan menguntungkan.

4.
Tuliskan Apa Yang Anda Fikirkan

Saya tidak kisah berapa baik memori yang anda ada, tetapi mengapa perlu dibiarkan sahaja. Mengapa perlu menanggung risiko jika terlupa sesuatu yang penting? Tuliskan perkara yang ada difikiran anda menolong melegakan otak anda yang sarat dengan maklumat. Apabila anda menulisnya anda tidak perlu takut jika terlupa pada masa yang diperlukan.

Jika anda mempunyai idea – tuliskan.

Jika anda mempunyai masalah – tuliskan.

Apabila anda menulis sesuatu masalah, anda akan dapati bahawa anda boleh berfikir dengan lebih jelas, dan satu masa nanti perkara tersebut dapat diselesaikan. Teknik ini nampak mudah, tapi jika anda mula menggunakannya, anda pasti akan lihat perbezaannya kelak.

5.
Tetapkan matlamat dan impian

Jika anda tidak mempunyai sasaran, anda tidak akan dapat apa-apa. Anda mesti mempunyai matlamat, anda perlu tahu kemana destinasi anda, berusaha untuk mencapainya dan sentiasa ingat akan impian anda. Saya berjumpa dengan ramai orang yang mungkin tidak faham tentang konsep ini yang berkata “impian aku ialah untuk menjadi jutawan dalam masa 5 tahun” tetapi apabila anda tanyakan bagaimana untuk mencapainya, mereka hanya diam sahaja.

Anda mesti mempunyai matlamat jangka panjang, untuk tempoh 5 tahun akan datang, kemudian anda perlu berusaha untukmencapainya, kemudian tetapkan matlamat jangka pendek yang lebih mudah dicapai contohnya matlamat setahun, sebulan dan seminggu.