Selasa, 18 Mei 2010

Marilah menjadi ahli HPA

Marilah kita bersama HPA milik Islam 100%. yang kini punyai hampir 250 Produk. serta mempunyai rangkaian makanan segera RFC. JOM kita cintai produk Islam. tanamkan dalam minda masyarakat kita.
 
Buat belian sekarang guna id :
(421892.MY01) HERDIYANTO BIN HELMI

Anda akan mendapat harga pengedar apabila menggunakan id di atas. Anda boleh juga jadikan id ini sebagai penaja anda jika anda ingin aktif bersama HPA untuk jalankan FERDU KIFAYAH (EKONOMI)jika ingin aktif secara online daftarkan di sini :http://www.myfzbiz.com/?x=herdi

Kelebihan ahli HPA bukan sahaja dapat menikmati harga pengedar apabila membuat pembelian produk HPA, malah berpeluang untuk membina rangkaian HPA (MLM) untuk menambah pendapatan sampingan atau sepenuh masa. Ahli juga berpeluang untuk menjadi ajen, stokis dan pelbagai peluang lain untuk menjana pendapatan bersama HPA.

Walaubagaimanapun, Ahli HPA tidak diwajibkan untuk melibatkan diri dalam MLM,penjualan produk, ajen, stokis dan sebagainya dalam HPA ini, peluang-peluang kerjaya yang disebutkan tadi hanyalah terbuka kepada ahli HPA yang berminat sahaja. Manakala ahli yang tidak berminat boleh abaikan peluang kerjaya tersebut dan teruskan perjuangan anda untuk menjadi pengguna setia HPA yang merupakan produk halal lagi toyyib sambil menikmati diskaun 20%-25% bagi setiap pembelian produk HPA. Sesungguhnya "Mencari yang halal itu fardhu bagi umat islam".

Jumaat, 14 Mei 2010

7 Things to Stop Doing Now on Facebook

Using a Weak Password

Avoid simple names or words you can find in a dictionary, even with numbers tacked on the end. Instead, mix upper- and lower-case letters, numbers, and symbols. A password should have at least eight characters. One good technique is to insert numbers or symbols in the middle of a word, such as this variant on the word "houses": hO27usEs!

Leaving Your Full Birth Date in Your Profile


It's an ideal target for identity thieves, who could use it to obtain more information about you and potentially gain access to your bank or credit card account. If you've already entered a birth date, go to your profile page and click on the Info tab, then on Edit Information. Under the Basic Information section, choose to show only the month and day or no birthday at all.

Overlooking Useful Privacy Controls

For almost everything in your Facebook profile, you can limit access to only your friends, friends of friends, or yourself. Restrict access to photos, birth date, religious views, and family information, among other things. You can give only certain people or groups access to items such as photos, or block particular people from seeing them. Consider leaving out contact info, such as phone number and address, since you probably don't want anyone to have access to that information anyway.


Posting Your Child's Name in a Caption

Don't use a child's name in photo tags or captions. If someone else does, delete it by clicking on Remove Tag. If your child isn't on Facebook and someone includes his or her name in a caption, ask that person to remove the name.

Mentioning That You'll Be Away From Home

That's like putting a "no one's home" sign on your door. Wait until you get home to tell everyone how awesome your vacation was and be vague about the date of any trip.

Letting Search Engines Find You

To help prevent strangers from accessing your page, go to the Search section of Facebook's privacy controls and select Only Friends for Facebook search results. Be sure the box for public search results isn't checked.

Permitting Youngsters to Use Facebook Unsupervised

Facebook limits its members to ages 13 and over, but children younger than that do use it. If you have a young child or teenager on Facebook, the best way to provide oversight is to become one of their online friends. Use your e-mail address as the contact for their account so that you receive their notifications and monitor their activities. "What they think is nothing can actually be pretty serious," says Charles Pavelites, a supervisory special agent at the Internet Crime Complaint Center. For example, a child who posts the comment "Mom will be home soon, I need to do the dishes" every day at the same time is revealing too much about the parents' regular comings and goings.

by Consumer Reports Magazine
Wednesday, May 12, 2010
Copyrighted 2009, Consumers Union of U.S., Inc. All Rights Reserved.

Isnin, 3 Mei 2010

Negeri-Negeri di Malaysia - Melaka

Negeri Melaka (Tulisan Jawi: Ω…Ω„Ψ§Ωƒ; juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah atau Negeri Hang Tuah) adalah sebuah negeri yang terletak di barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan:
  • Negeri Sembilan di utara;
  • Johor di tenggara; dan
  • Selat Melaka di barat.
Kedudukan Melaka dalam persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) adalah seperti berikut:
  • Keluasan: keempat terkecil di Malaysia (tangga ke-11), serta di Semenanjung Malaysia (tangga ke-9)
  • Penduduk: kedua terkecil di Malaysia (tangga ke-13), serta di Semenanjung (tangga ke-13)
  • Kepadatan penduduk: ke-4 terpadat di Malaysia serta di Semenanjung.
Ibu negerinya Bandaraya Melaka. Walaupun merupakan negeri pertama mengasaskan Kesultanan Melayu, Melaka kini tidak mempunyai seorang Sultan, sebaliknya negeri ini diketuai oleh seorang Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri.

Geografi

Negeri Melaka terletak di pantai barat daya Semenanjung Malaysia, serta bertentangan dengan Sumatera. Berkeluasan 1,650 kilometer persegi, ia bersempadankan Negeri Sembilan di utara dan Johor di timur. Pulau Besar, Melaka juga termasuk dalam sempadan negeri. Jumlah penduduk Melaka pada tahun 2001 ialah 648,000. Penduduk-penduduk negeri Melaka terdiri daripada:
  • Bangsa Melayu: 50%
  • Bangsa Cina dan Peranakan (Baba dan Nyonya): 40%
  • Bangsa India, termasuk segolongan kecil bangsa Chitty
  • Lain-lain bangsa, termasuk bangsa Papia Kristang, iaitu bangsa Serani yang berketurunan daripada bangsa Portugis dan yang bertutur dalam bahasa Cristao (sejenis dialek Portugis yang lama).
Bandar-bandar utama di negeri Melaka ialah Bandaraya Melaka, Alor Gajah, Masjid Tanah, Jasin, Merlimau, Tampin/Pulau Sebang, Ayer Keroh dan Asahan.

Kebudayaan dan ekonomi

Sektor pelancongan dan pembuatan adalah sektor utama dalam menjana ekonomi negeri. Melaka telah mengamalkan slogan "Melawat Melaka Bererti Melawat Malaysia". Melaka kaya dengan tempat-tempat yang menarik dan bersejarah.
Melaka juga terkenal untuk makanan, terutamanya gaya masakan Baba dan Nyonya yang terdirinya daripada gaya masakan Cina dan Melayu. Kebanyakan hidangannya adalah pedas dan berempah.
Rumah baba-nyonya di Melaka.

Sehingga hari kini, kebanyak adat-adat kuno yang berasal daripada pendudukan Portugis masih diamalkan, termasuknya "Intrudu" (sejenis perayaan air yang menandakan permulaan musim Lent, iaith musim puasa bagi orang Katolik), "branyu" (sejenis tarian tradisional) dan "santa cruz" (sejenis perayaan jalan tahunan)
Selain daripada pelancongan, Melaka juga menjadi pusat pengeluaran barangan tempatan daripada makanan dan barangan konsumer kepada barangan komponen-komponen senjata dan automotif berteknologi tinggi, elektronik serta komponen-komponen komputer. Terdapatnya sekurang-kurang 23 kawasan perindustrian yang merangkumi lebih kurang 500 kilang Amerika Syarikat, Jerman, Jepun, Taiwan dan Singapura.
Perkhidmatan perubatan swasta di Melaka semakin dicari oleh pesakit-pesakit sejauh Indonesia dan Singapura. Hospital Straits, Hospital Putra (dulu dikenali sabagai Hospital Southern), Hospital Melaka dan Pusat Perubatan Pakar Pantai merupakan pusat perubatan swasta yang amat popular. Mereka menyediakan perkhidmatan perubatan yang setaraf dengan kebanyakan negara maju yang lain. Kerajaan Negeri Melaka ialah pemegang saham utama Hospital Putra.

Tarikan bersejarah utama

Destinasi pelancongan terutama ialah:
  • Kota A Famosa: Dibina oleh pihak Portugis pada tahun 1511 sebagai kubu pertahanan, ia telah mengalami kerosakkan struktur yang agak teruk semasa pencerobohan Belanda. Pihak British telah bercadang untuk memusnahkannya tetapi campurtangan Sir Stamford Raffles pada tahun 1808 telah menyelamatkan apa yang tertinggal sebagai A' Famosa pada hari ini.
  • Kota St. John: Dibina semula oleh pihak Belanda semasa suku ketiga abad ke-18, kubu ini mempunyai meriam yang mengadap ke tanah besar kerana pada masa itu, serangan ke atas Melaka datang terutamanya dari tanah besar dan bukan dari arah laut.
  • Gereja St. Peter: Dibina pada tahun 1710 semasa pemerintahan Belanda di Melaka, ia merupakan gereja Katolik tertua di Malaysia. Dinding depan dan perhiasannya adalah penggabungan seni rekabentuk timur dan barat. Locengnya di bawa khas dari Goa pada tahun 1608.
  • Gereja St. Paul: Dibina pada tahun 1521 oleh Kapten Portugis yang bernama Duarte Coelho, gereja ini yang dinamakan "Our Lady of The Hill" kemudiannya ditukar oleh pihak Belanda kepada tempat persemadian bangsawan dan di namakan "Gereja St. Paul". St. Francis Xavier telah dipelihara di dalam perkuburan terbuka gereja ini pada tahun 1553 sebelum dibawa dengan kapal ke Goa, India.
  • Gereja Christ: Dibina pada tahun 1753, struktur gereja ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang tulin. Bangunan ini mengandungi bangku gereja yang dibuat dengan tangan, siling cahaya matahari yang dibina tanpa sambungan, kitab Injil tembaga, batu nisan yang ditulis dalam bahasa Armenia dan lukisan "Last Supper".
  • Gereja St. Francis Xavier: Dibina pada tahun 1849 oleh Paderi Farve, seorang rakyat Perancis, menara gereja ini dibina khas bagi memperingati St. Francis Xavier. Dikenali sebagai "Mubaligh Sulung di Timur" (Apostle of the East), St. Francis Xavier dikenang dengan kerja-kerja dakwah menyebarkan agama Katolik di Asia Tenggara pada abad ke-16.
  • Bangunan Stadthuys: Dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda. Ia kini menjadi "Muzium Sejarah dan Etnografi". Paparan harian muzium ini ialah pakaian pengantin tradisional dan artifak dari zaman kegemilangan Melaka.
  • Jalan Hang Jebat (Jonker Street): Terkenal untuk barangan antiknya.
Dalam usaha menambahkan daya tarikan, kerajaan negeri telah menubuhkan pelbagai muzium sebagai gedung koleksi peradaban.
Tarikan lain:
  • Menara Taming Sari: Menara pandang setinggi 110 meter.

Negeri-Negeri di Malaysia - Johor

Apa kata untuk kali ini aku akan siarkan sejarah dan info tentang negeri-negeri yang ada kat Malaysia ni...Seperti yang semua sedia maklum kat Malaysia ni ada 13 buah negeri dan 3 wilayah persekutuan. Untuk edisi pertama ni aku akan citekan skit pasal negeri kelahiran aku iaitu negeri Johor.

Johor Darul Ta'zim ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia dan bersempadankan:
  • Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang di utara;
  • Laut China Selatan di timur;
  • Selat Tebrau di selatan; dan
  • Selat Melaka di barat.
Kedudukan Johor dari segi keluasan, penduduk dan kepadatan dalam persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 14 buah negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) adalah seperti berikut:
  • Keluasan: ke-5 terbesar di Malaysia, dan ke-3 terbesar di Semenanjung Malaysia
  • Penduduk: ke-2 tertinggi di Malaysia serta di Semenanjung Malaysia
  • Kepadatan: ke-7 terpadat di Malaysia serta di Semenanjung Malaysia.
Ibu negerinya ialah Johor Bahru. Darul Ta'zim, nama gelaran Arabnya, bermaksud "tempat perlindungan bermaruah".

Johor terbahagi kepada 10 daerah (merujuk kepada portal rasmi kerjaan negeri johor) seperti berikut:
  • Daerah Johor Bahru
  • Daerah Kulaijaya
  • Daerah Pontian
  • Daerah Kota Tinggi
  • Daerah Kluang
  • Daerah Segamat
  • Daerah Muar
  • Daerah Batu Pahat
  • Daerah Mersing
  • Daerah Ledang (daerah terbaru)
Johor ialah negeri tunggal di Semenanjung Malaysia yang mempunyai pantai di sempadan timur dan barat. Kebanyakan tanahnya rendah dengan bukit-bukau yang bercerun landai. Lokasi tertingginya ialah Gunung Ledang yang berada di paras ketinggian 1,276 meter. Johor mempunyai kawasan hutan simpan paya bakau yang ketiga terbesar di Semenanjung Malaysia dengan keluasan sebanyak 167 kilometer persegi (km2), termasuknya:
  • Hutan Simpan Paya Bakau Sungai Sedili Besar dan Sungai Sedili Kecil;
  • Hutan Simpan Paya Bakau Sungai Lebam.
Negeri ini juga banyak mempunyai pulau. Antara lapan pulau yang terbesarnya ialah:
  • Pulau Tinggi                            
  • Pulau Rawa
  • Pulau Sibu
  • Pulau Tengah
  • Pulau Pemanggil
  • Pulau Aur
  • Pulau Besar
  • Pulau Pisang
  • Pulau Lima.
Bandar-bandar utama di Johor termasuklah Johor Bahru (ibu negeri), Muar, Batu Pahat, Kluang, Kota Tinggi dan Segamat.

Sejarah

Kawasan Johor sudah pun bermula pada tahun 800 sebagai suatu petempatan perdagangan yang penting. Semasa abad ke-14, kawasan itu menjadi wilayah tanggungan Empayar Majapahit sehingga pemerintahan Kesultanan Melaka (1400-1511) yang mana negeri Johor menjadi pula salah sebuah jajahan pemerintahannya. Pada tahun 1511, Melaka dikuasai oleh pihak Portugis dan Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang dan kemudiannya ke Johor di mana beliau mengasaskan Kesultanan Johor.

Kesultanan Johor pada akhir abad ke-16 dan ke-17 mengalami perjuangan pewarisan yang berturut-turutan. Ia juga sering mengalami serangan daripada pihak Portugis dan Aceh. Pada 1641, Johor menyokong pihak Belanda menewaskan pihak Portugis di Melaka dan pada 1660, Johor telah menjadi sebuah entrepot yang maju.

Johor Moden

Semasa Sir Stamford Raffles tiba di Singapura pada 1818, pulau itu ditadbir oleh Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah. Raffles kemudiannya mengetahui bahawa Tengku Hussein, abang sulung Sultan Abdul Rahman, telah digugurkan sebagai sultan kerana tidak berada di sisi ayahandanya semasa kemangkatan. Raffles mengambil kesempatan dalam keadaan ini untuk menyokong Tengku Hussein menjadi sultan dan sebagai ganti, satu perjanjian dimeterai pada 6 Februari 1819 yang mana Tengku Hussein menyewa Singapura kepada pihak British untuk pembukaan pelabuhan di Singapura.

Pada tahun 1855, di bawah perjanjian di antara British di Singapura dan Sultan Ali dari Johor, kuasa memerintah Johor diserahkan kepada Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim. Temenggung Ibrahim membuka Bandar Tanjung Puteri di selatan Johor dan menjadikannya sebagai sebuah bandar utama.

Pada tahun 1866, Temenggung Abu Bakar, anakanda Temenggung Ibrahim, dilantik menjadi Sultan Johor secara rasmi dan menamakan Bandar Tanjung Puteri sebagai Johor Bahru. Sultan Abu Bakar memperkenalkan sebuah perlembagaan dan menubuhkan sebuah sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Dibawahnya, Johor menikmati pembangunan ekonomi yang cemerlang. Permintaan lada hitam dan gambir yang tinggi pada abad ke-19 menyebabkan pembukaan ladang-ladang baru dan kemasukan buruh Cina secara beramai-ramai. Sultan Abu Bakar kemudiannya dikenali sebagai "Bapa Johor Moden".

Pada tahun 1914, Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar terpaksa menerima seorang Penasihat British. Perang Dunia II meletus pada tahun 1939. British yang bertanggungjawab terhadap pertahanan Johor dikalahkan oleh tentera Jepun yang kemudian menduduki Johor dari tahun 1941 hingga tahun 1945. Selepas tamatnya peperangan, British kembali ke Johor dan pada tahun 1946, Johor menjadi sebahagian daripada Malayan Union.

Nasionalisme Melayu yang diketuai oleh Dato' Onn Jaafar daripada UMNO menyebabkan Malayan Union dibatalkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Tanah Melayu kemudiannya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan kemudiannya pada tahun 1963, Johor menjadi salah sebuah daripada 14 buah negeri yang menyertai Malaysia.

Kebudayaan tradisi Melayu Johor

Kuda kepang dan zapin merupakan tarian tradisional Melayu di Johor. Kuda Kepang ialah sejenis tarian yang dipersembahkan dengan kostum yang mewah serta kuda tenunan. Ia memaparkan pahlawan-pahlawan yang berkuda berlawan dalam pertempuran yang semakinnya menjadi cergas sehingga perayaan kemenangan.
Ghazal dan Barongan adalah tulang belakang nyanyian tradisional Melayu. Ghazal melibatkan segolongan kecil ahli muzik yang bermain alat muzik moden dan tradisional, dan seringnya dipersembahkan dalam majlis rasmi.

Di Johor juga terdapat beberapa jenis teater tradisional yang dikenali sebagai Hamdolok, Wayang Wong, Ketoprak dan Wayang Kulit Purwa (atau Wayang Kulit Jawa).

Pakaian tradisional Johor termasuk:
  • Baju cekak musang
  • Baju Teluk Belanga
  • Kurung Johor
  • Kurung Riau
  • Belah kebaya panjang

Pelancongan

Negeri Johor mempunyai banyak tarikan pelancongan, terutamanya:
  • Desaru: pantai-pantai dan padang golf di pantai Laut China Selatan;
  • Johor Bahru: sebuah daerah  yang mempunyai banyak kompleks membeli-belah dan pasar malam;
  • Kota Tinggi: mempunyai air terjun yang tingginya 34 meter.
  • Kukup: sebuah kampung perikanan dengan restoran-restoran makanan laut yang dibina diatas laut;
  • Muar: sebuah bandar yang cantik di tebing sungai;
  • Kepulauan Seribuat: terdiri daripada pulau-pulau yang mempunyai terumbu karang dan pantai yang indah;
  • Tanjung Piai: merupakan hujung yang paling selatan di benua Asia.
Negeri Johor juga mempunyai lima taman negara dengan jumlah keluasan yang melebihi 700 kilometer persegi serta banyak hutan lipur yang lebih kecil untuk menarik kedatangan pelancong:
  • Taman Negara Endau-Rompin
  • Taman Negara Gunung Ledang
  • Taman Negara Tanjung Piai
  • Taman Negara Pulau Kukup
  • Taman Negara Johor Kepulauan Mersing
  • Hutan Lipur Gunung Pulai
  • Hutan Lipur Gunung Arong
  • Hutan Lipur Gunung Lambak
  • Hutan Lipur Gunung Belumut (Moss Mountain)
  • Hutan Lipur Gunung Panti.