Selasa, 22 Julai 2014

PM STATEMENT ON MH17 AGREEMENT

In recent days, we have been working behind scenes to establish contact with those in charge of the MH17 crash site.

That contact has now been made. Under difficult and fluid circumstances, we have been discussing the problems taht have occupied us all: securing vital evidence from the aircraft, launching an independent investigation, and above all recovering the remains of those who lost their lives.

Tonight, we have establish the basis of an agreement to do just that.

Earlier this evening, I spoke to Alexander Borodai, who is in command of the region where the tragedy occurred. We have agreed the following:

Babyboomers, Gen X & Gen Y

Pada suatu malam, Pak Mamat termenung sendirian di atas serambi rumahnya. Dia mula terfikir, kenapa generasi selepasnya susah benar untuk bangun pagi. Dia lihat anak-anak dan cucu-cucunya juga dah tak kenal sanak-saudara. Mereka hanya kenal saudara terdekat saja.

Mereka juga dah tak kenal dengan pahlawan-pahlawan Melayu terdahulu. Atau mungkin mereka juga tak kenal sejarah negara di mana mereka membesar. Tiba-tiba saja hati Pak Mamat menjadi sedih dan sebak. terlintas di dalam fikirannya, adakah setelah dia meninggal dunia, adakah nama-nama pahlawan-pahlawan Melayu masih lagi meniti di bibir generasi baru sekarang?

Selain itu, dia juga bimbang sekiranya ikatan keluarga akan putus begitu saja. Semua itu tak mustahil berlaku. Generasi sekarang tak gemar berkenalan dengan saudara-saudara mereka. Malah mereka juga langsung tak mau mengambil tau di mana pusara datuk nenek mereka dikebumikan. Sudahlah hari biasa langsung mereka tak melawat kubur saudara-mara mereka, Hari Raya sekalipun mereka takde keinginan untuk menjenguk.

Apa yang mereka lebih gemar ialah berkawan dengan orang luo berbanding ahli keluarga sendiri. Mereka lebih kenal artis-artis daripada ahli keluarga mereka sendiri. Kalo dulu, ke mana saja mesti bersama saudara, sepupu atau pun waris. Ikatan persaudaraan memang sangat utuh dan kuat. Tapi kini, ikatan itu semakin lama, semakin longgar dan berkurangan. Walaupun adakalanya mereka bertemu mata, tetapi mereka jarang berbual. Mereka lebih seronok berbual dengan kawan maya mereka.

Jumaat, 4 Julai 2014

3 CARA BUAT DUIT ONLINE (MODAL 'KOSONG', MODAL SEDERHANA, MODAL TINGGI)

Ok, kali ni, saya nak kongsikan 3 jenis cara jana pendapatan secara online, di mana,
anda tidak perlu bersusah payah sangat nak keluar rumah.

CARA 1 : Tidak Guna Modal
Sebenarnya, ada banyak cara buat duit yang tak perlukan modal, namun, ia perlukan kemahiran.
Di sini, saya akan kongsikan satu cara buat duit tanpa modal, yang memerlukan kemahiran menulis.

Ianya perlukan kemahiran menulis dalam English.

HUTANG RM50,000 SETTLE!!!

Anda mempunyai hutang sebanyak RM50,000 atau lebih?

Nak langsaikan semua hutang dengan cepat?

Saya telah temui caranya. Mari kita sama-sama mencubanya...

Syarat-syarat yang perlu anda patuhi supaya teknik ini berkesan

1. Anda ada keinginan untuk selesaikan hutang anda.
2. Anda dapat sesuatu apabila langsaikan hutang itu dengan lebih awal. contohnya;
    a. Dapat diskaun,
    b. Kurangkan migrain,
    c. Lebih tenang dan lain-lain.
3. Anda boleh dan sanggup kurangkan perbelanjaan lain.
4. Anda boleh dan sanggup melakukan kerja sampingan dan/atau bisnes untuk tambah pendapatan.
5. Anda berdisiplin.

Jika anda tiada ciri-ciri seperti di atas, saya minta maaf, teknik ini mungkin tidak sesuai untuk anda.

Kepada yang sanggup melakukan syarat-syarat di atas, sila baca teknik-teknik di bawah

Khamis, 3 Julai 2014

Cam mane nak buat tabungan???

Anda dan pasangan anda berjanji memperuntukkan sejumlah wang untuk tabungan setiap bulan. Pun begitu dengan perbelanjaan harian di tempat kerja, kos petrol, belanja sekolah anak-anak dan pelbagai lagi keperluan kewangan yang perlu disediakan setiap hari anda merasakan ia begitu sukar dilakukan. Jadi bagaimana anda hendak menyisihkan wang untuk tabungan dengan desakan begini? Berikut adalah tip yang boleh anda lakukan. Cara ini, anda boleh mengurangkan penggunaan wang seterusnya membuat tabungan.

1.    Kurangkan membeli barangan kegemaran. Sebagai contoh minuman ringan, gantilah dengan air minuman biasa. Ia jauh lebih murah dan sihat untuk tubuh serta dompet anda.

2.    Hampir sepertiga daripada apa yang kita beli selalunya kerana menurut kata hati. Jika anda berasa tergoda untuk membeli satu-satu barangan, tunda satu hari hasrat tersebut. Ia untuk memberi peluang kepada diri anda menilai semula tindakan itu.

3.    Cuba buat tawar menawar terhadap barang yang hendak dibeli kecualilah untuk barangan harga tetap. Lakukan pembelian pada masa potongan harga atau promosi. Anda juga boleh mengurangkan perbelanjaan dengan membeli sesuatu dalam bentuk borong kerana harga borong selalunya lebih murah.

4.    Jangan terlalu kerap mengeluarkan wang dari ATM. Belajar menganggar perbelanjaan dan hadkan pengeluaran wang sebagai contoh sekali seminggu.

5.    Periksa penggunaan telefon rumah, internet, elektrik dan air. Anda mungkin boleh menjimatkan penggunaannya agar wang boleh disalurkan untuk tabungan.

6.    Manfaatkan kupon-kupon belanja. Meskipun hanya menjimatkan beberapa ringgit tapi tetap jimat bukan?

7.    Beli barang terpakai? Kenapa tidak. Harganya lebih murah tapi pastikan barang-barang tersebut dalam keadaan elok dan boleh berfungsi dengan baik.