Isnin, 30 September 2013

10 KESILAPAN PELABUR EMAS

Sekadar nak berkongsi perkara penting buat pelabur emas dan perak iaitu tentang 10 kesilapan biasa pelabur emas. 

10 Kesilapan Pelabur Emas

Jadi, untuk elakkan kesilapan tu, saya dedahkan 10 daripada kesilapan biasa pelabur emas. Moga ianya bermanfaat:

Ahad, 29 September 2013

CARA MENEGUR DALAM ISLAM

Media sosial pada masa kini telah digunakan secara meluas. Tidak kira usia, jantina, bangsa mahu pun budaya. Acap kali kita dapati terdapat komen-komen di media sosial yang menegur atau memberi pandangan kepada 'status' rakan atau pengguna lain yang akan mendatangkan ketidak puas hatian kepada pengguna lain atau kepada diri rakan yang ditegur itu.  Hal ini terjadi mungkin disebabkan oleh masyarakat kita sendiri yang tidak tahu CARA YANG SESUAI untuk menegur seseorang itu. Kebanyakan kita lebih suka menyindir atau menghentam seseorang itu SECARA KASAR bagi memberi keinsafan tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Ahad, 22 September 2013

Connect or Disconnect

Adakah anda pengguna Facebook? Tweeter? WhatsApp? WeChat? dan lain-lain media sosial? Saya yakin setiap rakyat Malaysia mempunyai akaun-akaun dalam salah satu atau kesemua media sosial di atas. Tidak dinafikan, media sosial mempunyai banyak kebaikan yang boleh dimanfaatkan. Antaranya adalah seperti berikut:

#1.  BERKOMUNIKASI. Boleh menghubungi teman lama yang telah terpisah. Mempertemukan sahabat lama yang telah terpisah. Kita boleh mencari rakan-rakan sekolah melalui jaringan (connection) antara satu sama lain. Sambil berhubung boleh mengenang kembali kisah-kisah silam di zaman persekolahan. Kisah manis, masin, pahit, tawar dan sebagainya. Talian hubungan dapat dikekalkan. Mengeratkan tali silaturahim, mengikuti perkembangan aktiviti pemimpin negara seperti PM, artis-artis pujaan, bertanya khabar rakan-rakan dan saudara mara dengan cara yang paling menjimatkan, berbincang, memberi nasihat, berkongsi pengalaman dan petua.

Persiapan 3 Kekayaan Sebelum Mati

Datang disambut sehelai sepinggang. Pergi pun sehelai sepinggang. Semua harta yang dikumpul selama ni diagih-agihkan pada waris tanpa berbaki pun untuk si mati. Tapi itulah realiti yang pasti kita lalui suatu hari nanti. 4 Ogos 2013 bersamaan 27 Ramadahan 1434H ayahanda kepada isteri saya (mentua saya) kembali kepada pangkuan Ilahi. Sepanjang menguruskan beberapa hal tentang kematian Allahuyarham, baru saya sedar dah lama betul tak diingatkan pasal mati. Hari-hari sibuk fikir pasal dunia kekadang terlupa persiapan penting untuk mati.

Nak duit berjuta?  Duit tu akan diagih-agihkan pada ahli waris lepas kita pergi. Nak kereta mewah? Kita tetap akan dihantar ke kubur dengan van jenazah. Nak rumah besar siap dengan swimming pool? Kediaman akhir kita tetap kubur yang sempit dan gelap gelita. Nak pakaian berjenama penuh almari? Kita tetap balik pada Tuhan sehelai sepinggang berkain putih menghias diri. Jadi, di mana akhirnya dunia yang kita cari?

Jumaat, 20 September 2013

Perarakan Raksasa ATM


Jangan lupa untuk menghadiri Perarakan Raksasa ATM sempena Hari Ulang Tahun Angkatan Tentera Malaysia ke 80 di Dataran Merdeka pada 21 September 2013 mulai Jam 0800H. Akan ada perarakan besar-besaran meliputi semua agensi di bawah Angkatan Tentera Malaysia, Pelbagai aset pertahanan akan dipamerkan, pelbagai demonstrasi, Pertunjukan dan pameran dari ketiga-tiga cabang ATM akan dipamerkan dan ditunjukkan. Pelbagai KEJUTAN yang istimewa yang belum pernah dipertunjukkan dan dipamerkan . 

Ayuh meramaikan Dataran Merdeka pada 21hb September 2013, pastikannya ada dalam kalendar dan diari anda. Bawa Keluarga, Sahabat Andai dan kekawan ke Dataran Merdeka. 

Pengunjung digalakkan datang awal untuk mendapat lokasi yang menarik untuk melihat perarakan dan juga dicadangkan datang menggunakan pengangkutan Awam..


JUMPA ANDA DI SANA..

Perarakan : 21/9/2013 (8.00am-10.30am)

Pameran : 21/9/2013 (10.00am-10.00pm)
22/9/2013 (10.00am-5.00pm)

Tempat : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur


Khamis, 19 September 2013

Jelajah Malaysia - Kudat Sabah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Pe kabar korang semua? Harap sihat-sihat jak disamping orang yang tersayang. Jelajah Malaysia kali ini, akan membawa anda semua terbang jauh ke Malaysia Timur iaitu Sabah, Negeri Di Bawah Bayu. Aku sebenarnya dah beberapa kali sampai di Sabah ni tapi takat sampai di Kota Kinabalu saja. Kiranya trip aku ke Kudat ni adalah yang pertama.

Apa Yang Perlu Ditukar Masa Servis Kereta

Maklumat ni berguna untuk sume orang. Jadi gua post kat sini. Senang nak buat rujukan akan datang.

Apa yang perlu ditukar masa servis kereta.