Adakah anda pengguna Facebook? Tweeter? WhatsApp? WeChat? dan lain-lain media sosial? Saya yakin setiap rakyat Malaysia mempunyai akaun-akaun dalam salah satu atau kesemua media sosial di atas. Tidak dinafikan, media sosial mempunyai banyak kebaikan yang boleh dimanfaatkan. Antaranya adalah seperti berikut:
#1. BERKOMUNIKASI. Boleh menghubungi teman lama yang telah terpisah. Mempertemukan sahabat lama yang telah terpisah. Kita boleh mencari rakan-rakan sekolah melalui jaringan (connection) antara satu sama lain. Sambil berhubung boleh mengenang kembali kisah-kisah silam di zaman persekolahan. Kisah manis, masin, pahit, tawar dan sebagainya. Talian hubungan dapat dikekalkan. Mengeratkan tali silaturahim, mengikuti perkembangan aktiviti pemimpin negara seperti PM, artis-artis pujaan, bertanya khabar rakan-rakan dan saudara mara dengan cara yang paling menjimatkan, berbincang, memberi nasihat, berkongsi pengalaman dan petua.
#2. MEMPROMOSI SESUATU. Melalui laman sosial entri/post terbaru boleh disebarkan kepada rakan-rakan dengan lebih cepat dan menjimatkan masa serta wang ringgit. Barangan dan perkhidmatan yang baik dapat disebarkan. Misalnya produk menguruskan badan, pakaian dan perkhidmatan lain seperti percetakan, membaiki komputer dapat disebarkan dengan lebih meluas.
#3. MUDAH MENYEBARKAN MAKLUMAT. Mesti anda semua ingat, pada masa lalu sebelum perkembangan media sosial ini. Sebarang penyebaran maklumat seperti jemputan kahwin perlu dilakukan dengan menhantar kad jemputan kahwin samada melalui pos atau berjumpa sendiri rakan-rakan atau saudara mara untuk menghantar kad jemputan kahwin kita. Tapi kini, dengan kecanggihan media sosial, kad kahwin tersebut boleh diletakkan di sana dan disebarkan kepada semua rakan-rakan. Mudah dan cepat serta murah. Permintaan bantuan kecemasan seperti keperluan penderma darah tertentu dapat disebarkan dengan lebih cepat.
#4. PERKONGSIAN MAKLUMAT/ILMU. Kalau kita bijak mencari kawan yang sesuai, kita akan mendapat maklumat terkini dengan cepat. Ada rakan-rakan yang rajin berkongsi maklumat, berita untuk dikongsi bersama rakan-rakan. Sebagai contoh, laman sosial dapat menggantikan TV untuk mengetahui perkembangan semasa seperti keputusan dalam perlawanan bola sepak. Perkongsiaan maklumat seperti petua dan tips dalam kehidupan seharian juga dapat dikongsi bersama.
Laman-laman sosial di atas boleh mendatangkan banyak manfaat kepada kita semua sekiranya digunakan dengan betul. Tetapi kebanyakan dari kita tidak memanfaatkan kebaikan yang ada dalam laman-laman sosial tersebut sehinggakan ada di kalangan kita yang menyalahgunakan kemudahan tersebut hingga mencetuskan perpecahan.
Antara keburukan yang ditemui dalam penggunaan laman sosial adalah seperti berikut:
#1. MELALAIKAN/MELEKAKAN. Terlalu lama dengan teman-teman sosial hingga menyebabkan lupa tanggungjawab. Kadang-kadang hingga mengganggu tugas-tugas hakiki. Ianya mampu mengganggu tumpuan sekiranya anda menyertai "GAMES", provokasi/perdebatan yang tidak sihat dan sebagainya. Ketagihan dalam melayari laman sosial ini menyebabkan produktiviti menurun dan pendapatan bulanan yang sepatutnya diperolehi dengan bekerja telah menjadi sia-sia dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang melalaikan.
#2. OBSES/KETAGIHAN. Berlakunya kegilaan terhadap laman sosial hingga sukar untuk berenggang darinya. Boleh juga menimbulkan kemarahan sekiranya diganggu ketika bersosial di laman sosial. Tidak mustahil ada yang menjadi gila disebabkan obses terhadap laman sosial (walau pun statistik tidak ada lagi yang saya temui). Ada yang mengurung dalam bilik seharian mengadap komputer melayari laman sosial sambil bermain games atau bersembang dengan rakan-rakan dan kekasih hati.
#3. TERHAKIS PERGAULAN SECARA REALITI. Ramai yang akan memencilkan diri dan lebih menumpukan perhatian kepada komuniti maya berbanding komuniti di alam realiti. Hubungan sesama ahli keluarga dan masyarakt setempat menjadi semakin renggang.
#4. GANGGUAN KESIHATAN. Seharian mengadap komputer sudah semestinya akan mengundang gangguan kesihatan fizikal dan juga mental. Hal ini kerana terlalu khusyuk mengadap komputer mampu memberikan impak yang buruk kepada kesihatan tubuh badan kita seperti sakit sendi, pening kepala, penglihatan terjejas, obesiti merupakan fenomena yang biasa dialami apabila seseorang menghabiskan masa yang terlalu di hadapan komputer.
#5. GANGGUAN OLEH INDIVIDU YANG TIDAK DIKENALI. Kadangkala ada individu yang tanpa disedari mencerobohi peribadi. Oleh yang demikian, berhati-hati ketika membenarkan mereka ini memasuki senarai rakan anda. Penipuan wang, cinta dan sebagainya sering berlaku.
#6. MERUNTUHKAN RUMAHTANGGA/MENJURUS KE ARAH KEGHAIRAHAN MAKSIAT. Termasuk mempengaruhi remaja berzina. Remaja perempuan terjebak dalam gejala
zina berpunca daripada Facebook. Mereka terpengaruh dan ghairah dengan
kata-kata pujian serta pujaan lelaki menerusi Facebook sehingga membawa
perbuatan zina. Gambar-gambar lucah disebarkan. Seks maya dijalankan kerana
identiti sebenar tidak diketahui. Facebook juga menyebabkan berlaku kes
perceraian kerana suami atau isteri curang selepas berkenalan dengan kekasih
menerusi laman web social.
Ada satu video yang membuka mata tentang masalah dengan gaya hidup moden yang mendekatkan orang jauh, tapi dalam masa yang sama menjauhkan orang yang dekat (tersayang). Jom tengok video menarik, bagaimana dalam tidak sedar kita semua tenggelam dalam facebook dan media sosial, sedangkan bahagia itu ada di sebelah kita sendiri.
Credit to: Youtube.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan