Jumaat, 30 Disember 2011

Tanjung Dawai Kedah

Jeti Tanjung Dawai di waktu senja

Tanjung Dawai. sebenarnya ini kampung wife aku. TANJUNG Dawai adalah perkampungan kecil nelayan di pinggir pantai di daerah Kuala Muda, Kedah dan kira-kira 30 kilometer dari bandar Sungai Petani. Ia terletak di utara muara Sungai Merbok dan menjadi tempat penduduk tempatan mencari rezeki sebagai nelayan. Bagi memudahkan nelayan mendaratkan bot, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) membina jeti. Setiap pagi, jeti itu sibuk dengan gelagat nelayan dan peraih yang berjual beli ikan.

Seawal jam 5.30 pagi, kedai makan dan restoran di sini sudah beroperasi. Nasi campur antara menu istimewa dan menjadi kebiasaan nelayan mengalas perut dengan nasi campur pada awal pagi. Jika berminat melihat persekitaran perairan Tanjung Dawai, anda boleh menyewa bot dengan harga berpatutan. Antara pulau di sekitar Tanjung Dawai adalah Pulau Bidan, Pulau Telor, Pulau Songsong dan Pulau Bunting.

Anda juga boleh menyeberang dengan bot ke Pantai Merdeka menggunakan bot laju yang mengambil masa kira-kira lima minit. Pantai Merdeka adalah kawasan pelancongan utama di Kedah dan sentiasa menjadi tumpuan untuk aktiviti rekreasi dan mandi-manda.

Pada hari biasa, Tanjung Dawai agak sunyi kecuali kelibat nelayan dan penduduk tempatan, tetapi apabila hari minggu, kawasan sekitar menjadi tumpuan orang ramai termasuk pelancong dari Kuala Lumpur dan Johor. Jika mahu menikmati keenakan makanan laut terutama ikan bakar, Tanjung Dawai adalah tempatnya. Apabila matahari terbenam, anda boleh mengunjungi deretan premis makanan laut di tepi pantai. Ikan bakar yang dicicah dengan air asam atau kicap memang terkenal di sini, malah harganya jauh lebih murah berbanding di beberapa tempat lain.
Main pasir di pantai Tanjung Dawai

Tanjung Dawai juga terkenal dengan produk hasil laut seperti ikan talang kering, ikan bilis, belacan dan keropok. Pada musim cuti persekolahan, ramai pelancong dari luar datang untuk membeli makanan laut hasil penduduk tempatan kerana harganya murah.

Jika anda jarang menikmati suasana perkampungan nelayan, apatah lagi penduduk bandar, inilah masa untuk merasai pengalaman seumur hidup itu.

Peta Lokasi

Laluan dari Tol Sungai Petani (U) ke Tanjung Dawai


Sabtu, 24 Disember 2011

Cameron Highland

Pada cuti raya yang lepas, saya berpeluang membawa family untuk berjalan-jalan di Cameron Highlands sambil menghabiskan baki cuti raya. Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai bersuhu antara 100c hingga 200c. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.

Secara keseluruhan Cameron Highlands merupakan kawasan tanah tinggi yang paling menarik di Malaysia .Keindahan di Blue Valley Tea Estate,Gunung Brinchang,Tringkap dan petempatan Orang Asli Sungai Ruil cukup memukau. Ladang yang menghijau dan indah di sini diusahakan oleh Sungai Palas Boh Tea Plantation. 

Lain-lain tarikan ialah Wild Orchid Farm,Green Farm,Rose Valley Village,Butterfly Farm,Butterfly Garden,Kea Farm, Pasar Sayur,Uncle Sam Farm,Cactus Point,Tokong Sam Poh ,Cactus Valley,Strawberry Farm,rumah rehat dan padang golf. Di puncaknya terletak Balai Polis Cameron Highlands dan Balai Bomba Cameron Highlands. Di sini juga terletaknya Gunung Beremban,Gunung Jasar ,Gunung Perdah dan Air Terjun Robinson.Lain-lain lokasi ialah Ringlet danKampung Lembah Bertam Stesen Janakuasa elektrik Cameron Highlands berfungsi sebagai pembekel elektrik.

Antara tempat yang sempat di lawati adalah Kea Farm. Kea Farm adalah salah satu lokasi untuk memberli belah di sini. Terletak berhampiran Hotel Equatorial, Pasar Kea Farm merupakan tumpuan kepada petani menjual hasil tanaman mereka kepada pengunjung dan penduduk tempatan. Bunga segar, cenderahati dan hasil kraf tangan adalah antara produk yang dijual di pasar ini selain dari sayur dan buahan segar.



 Tarikan Pelancong
  • Taman bunga: Cactus Point 500 meter dari Kea Farm
  • Ladang Teh: Ladang Teh BOH, Bharat tea, Sungai Palas Boh, Blue Valley Tea
  • Kebun Sayuran: Terdapat di kebanyakan kampung seperti Kea Farm, Tringkap dan Kuala Terla.
  • Taman bunga: Rose Centre, Rose Valley.
  • Kebun Buah Strawberry.
  • Taman rama-rama.
  • Tokong Sam Poh di Brinchang
  • Jungle Trekking
  • Pasar Sayur dan Pasar malam
  • The Smoke House, The Lake House, Strawberry Park
  • Homestay Kampung Taman Sedia, Tanah Rata.
Hotel
  • Bala's Chalet
  • Heritage Hotel
  • Century Pines Resort
  • Equtorial Hill Resort
  • Rosa Pasadena
  • Casa De La Rosa
  • De La Ferns
  • The Smoke House
  • The Lake House
  • Iris House
  • Star Regency
  • Rainbow Hotel
  • Shahzan Inn
  • Strawbery Park Resort
  • Cameron Highlands Resort (sebelumnya Merlin Inn Resort)
  • Hillsview Hotel
  • Kavy Hotel (Budget Hotel)
  • Sri Pahang House
  • Ye Olde Smokehouse
  • Shal's Apartment
  • Parit Falls
  • New Garden Inn,Tanah Rata
  • Father's Guest House
  • Heritage Hotel
  • The Cool Point Hotel
  • Lakehouse House
  • Kalai Villa Apartment (Tanah Rata)

View Larger Map

Rabu, 21 September 2011

Camne nak layari laman web yang kena block



Kali ni shino nak share sikit pasal knowledge yang shino baru dapat. Tiap kali korang surf internet, ade tak website yang korang tak leh layari?besenye kalau kat sekolah @ kolej @ universiti, korang punye network admin akan filter korang punye network @ block website tertentu. Btul tak?

Untuk pengetahuan korang, network admin kebiasaannye akan block gune DNS(Domain Name Service). Dalam router, diorang akan filter website n IP address yang tak sepatutnye korang layari. So, korang tak akan boleh ke website tu sebab korang gune DNS tersebut. Camne kalau korang ade website yang korang nak layari, tapi korang nak layari jugak.

Kebanyakan orang akan gune proxy kalau nak layari jugak. Shino tak nak cerita pasal proxy kat sini. Maybe len kali la kot.

Camne nak tukar DNS Ip kat pc/laptop korang?caranye camni:

1 - Bukak control panel korang, pastu tekan network and sharing center.
2 - Dekat connection, ade connection pe yang korang connect kan?tekan benda tu.(Shino punye wireless network connection)
3 - Pastu korang tekan properties.
4 - Die kuar network connection properties kan?Tekan internet protocol version 4, pastu tekan properties.
5 - Die akan kuar cam gambar kat bawah ni kan?



6 - Korang tekan kat use the following DNS server address.
7 - korang masukkan preferred DNS server 8.8.8.8
8 - korang masukkan alternate DNS server 8.8.4.4
9 - Pastu tekan ok, pastu close semua.

korang try layari laman web yang kena block tu. leh tak?Semoga berjaya.

P/S: Shino wat kat shino punye network, ok je. takde masalah. untuk pengetahuan korang la, DNS server yang shino bagi ni, google punye free DNS server. setakat ni, google takde block pape lagi la.

* taken from http://shinoxyuna.blogspot.com/