Jumaat, 30 Disember 2011

Tanjung Dawai Kedah

Jeti Tanjung Dawai di waktu senja

Tanjung Dawai. sebenarnya ini kampung wife aku. TANJUNG Dawai adalah perkampungan kecil nelayan di pinggir pantai di daerah Kuala Muda, Kedah dan kira-kira 30 kilometer dari bandar Sungai Petani. Ia terletak di utara muara Sungai Merbok dan menjadi tempat penduduk tempatan mencari rezeki sebagai nelayan. Bagi memudahkan nelayan mendaratkan bot, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) membina jeti. Setiap pagi, jeti itu sibuk dengan gelagat nelayan dan peraih yang berjual beli ikan.

Sabtu, 24 Disember 2011

Cameron Highland

Pada cuti raya yang lepas, saya berpeluang membawa family untuk berjalan-jalan di Cameron Highlands sambil menghabiskan baki cuti raya. Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai bersuhu antara 100c hingga 200c. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.