Khamis, 19 September 2013

Jelajah Malaysia - Kudat Sabah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Pe kabar korang semua? Harap sihat-sihat jak disamping orang yang tersayang. Jelajah Malaysia kali ini, akan membawa anda semua terbang jauh ke Malaysia Timur iaitu Sabah, Negeri Di Bawah Bayu. Aku sebenarnya dah beberapa kali sampai di Sabah ni tapi takat sampai di Kota Kinabalu saja. Kiranya trip aku ke Kudat ni adalah yang pertama.



ASAL-USUL KUDAT  DARI PERSPEKTIF LAGENDA TEMPATAN

Di zaman dahulu, Kudat lebih dikenali di kalangan masyarakat tempatan sebagai “Tanjong Berungus” dan kadangkala juga disebut dengan nama “Tambarungan”. Semasa kedatangan awal peniaga-peniaga Cina di Tanjung Berungus, mereka hairan melihat sejenis rumput yang tumbuh di merata-rata tempat. Kehairanan itu memaksa mereka ingin mengetahuinya daripada penduduk tempatan yang terdiri daripada suku kaum Rungus ( Penduduk asal daerah Kudat ) yang kemudiannya memberitahu bahawa rumput yang menjadi tandatanya di kalangan mereka itu ialah “Kutad” yang membawa maksud “rumput lalang” dalam bahasa Rungus. oleh kerana sebutan “Kutad” oleh peniaga-peniaga Cina itu tadi tidak tepat maka lahirlah nama “Kudat” yang asalnya daripada rumput lalang (Kutad) di mana kawasan yang ditumbuhi rumput berkenaan akhirnya menjadi pusat pertemuan peniaga-peniaga imigran dengan orang tempatan  untuk menjalankan aktiviti perniagaan berjual beli secara tradisi. Sementara cerita daripada suku kaum Binadan Kudat asalnya daripada perkataan “takkudad aku” yang membawa maksud “ Terkejut aku “ oleh salah seorang daripada suku kaum berkenaan yang terperanjat dengan bunyi sebuah kapal yang bernama “SANTI” ketika mereka berlayar dari Limau-Limauan ke Tanjung  Berungus. Peristiwa itu memberikan mereka idea dan bersetuju untuk menamakan Tanjung Berungus sebagai KUDAT.

Daerah Kudat mempunyai 3 buah pusat pentadbiran iaitu:

1.         Kudat Proper.
2.         Pekan Karakit, Pu Banggi.
3.         Pekan Matunggong.

KRONOLOGI SEJARAH PENTABDIRAN AWAL DAERAH KUDAT

Sejarah Kudat bermula sejak kurun ke 18 hingga Perang Dunia Ke-II berasaskan sumber-sumber manifestasi berikut:-

1.Sultan Amir dari Sulu menyerahkan hartanya di Borneo kepada East India Company. Bendera East India Company dikibarkan di Pulau Balambangan pada tahun 1763.

2.Skim penempatan dibuka oleh East India Company di Pulau Balambangan pada tahun 1773.

3.Penempatan di Pulau Balambangan diserang oleh Sulu pada tahun 1775 dan ditutup.

4.Pada tahun 1803 penempatan di Pulau Balambangan dibuka semula dan pada tahun berikutnya penempatan berkenaan ditutup sekali lagi.

5.Tercetusnya pemberontakan Sharif Osman terhadap Inggeris di Teluk Marudu pada 19.08.1845.

6.Kudat menjadi Ibu Negeri North Borneo (Sabah) pada 17.12.1881 hingga 1884.

7.Kedatangan pertama kaum Hakka di Sabah yang mendarat di Kudat pada 04.04.1883.

8.Jepun menduduki Kudat pada 01.02.1942.

9.Pusat pentadbiran Daerah Kecil Banggi diisytiharkan di Pekan Karakit pada  01.01.1975.

10.Sistem Residensi serta jawatan Residen Kudat dihapuskan didaerah Kudat dalam tahun 1979

KELUASAN KEDUDUKAN GEOGRAFI 

Keluasan daerah Kudat adalah 1,287 KM persegi meliputi Semenanjung Kudat, Pulau Balambangan, Pulau Banggi, Pulau Malawali, Matunggong dan beberapa gugusan pulau kecil di sekitarnya. Bentuk muka bumi berbukit bukau. Cuaca tidak menentu dengan musim kemarau lebih panjang. Purata hujan tahunan 184 setahun.

KEGIATAN UTAMA EKONOMI

Kegiatan utama ekonomi daerah kudat tertumpuh kepada sektor pertanian. Seluas 54,723 Hektar adalah kawasan tanah yang sesuai untuk pertanian. Daripada jumlah terebut dianggarkan lebih kurang 32,960 hektar telah diusahakan untuk pelbagai tanaman yang berorientasikan tanaman jangka pendek dan jangka panjang. Sektor perikanan juga memaikan peranan utama dimana ianya penyumbang kedua terbesar selepas pertanian. Sektor ini dilihat semakin berkembang dengan wujudnya beberapa kilang yang mengusahakan industri perikanan. Hasil perikakan kebanyakkannya di eksport ke negara-negara luar seperti Taiwan, Jepun, Hong Kong dan lain-lain lagi.

KEPENDUDUKAN

Populasi penduduk bagi ketiga-tiga daerah dianggarkan 80,000.00 mengikut bancian pada 2005, dengan pecahan seperti berikut :-
Suku Kaum Rungus/Kadazan dan Dusun - 53.48%
Bumiputra Muslim - 32.59%
Cina - 13.40%
Lain-Lain Bangsa - 0.53%

Ekonomi Daerah Kudat terbahagi kepada beberapa sektor iaitu :-
1. Sektor Pertanian
2. Sektor Perikanan
3. Sektor Ternakan
4. Sektor Pelancongan

SEKTOR PERTANIAN

Halatuju dan teras utama pembangunan Sektor Pertanian Negeri Sabah, adalah untuk meningkatkan tahap pengeluaran makanan domestik ke arah mengurangkan bekalan import makanan yang begitu tinggi. Teras ini menggunakan pendekatan yang bersepadu dan logistik melalui pembangunan agresif, efektif dimana dikalangan pengusaha-pengusaha Pertanian akan diberi galakan dan intensif supaya  pengusaha dapat mengeluarkan hasil-hasil tanaman makanan
Selaras dengan halatuju ini, daerah kudat telah memberi tumpuan tanaman makanan yang ditetapkan dan diberi intensif oleh Jabatan Pertanian, iaitu penanaman kelapa, halia, kacang tanah dan padi. Penanaman ini akan dilaksanakan secara berkelompok dan berskala komersial.

ANGGARAN KELUASAN TANAMAN ( DAERAH KUDAT )

Bil
Jenis Tanaman
Keluasan (HA)
1.
Kelapa
3392
2.
Getah
690
3.
Kelapa Sawit
3238
4.
Koko
78.89
5.
Padi Sawah
1035
6.
Padi Bukit
271
7.
Tanaman Kontan
352

JUMLAH
9056.89

SEKTOR PERIKANAN

Keluasan laut bagi daerah Kudat ialah 1,981KM persegi. Sektor perikanan adalah penyumbang kedua ekonomi daerah kudat tetapi sejak kebelakangan ini, industri perikanan semakin berkembang pesat dengan wujudnya limbungan kapal Penuwasa Sdn. Bhd. yang berfungsi untuk membaikpulih/menyelenggara kapal-kapal dan Syarikat Merak Hati Sdn. Bhd yang berorientasikan eksport hasil hidupan laut seperti udang ke Taiwan, Jepun Hong Kong dan lain-lain negara.

SEKTOR TERNAKAN

POPULASI TERNAKAN BAGI DAERAH KUDA [ TAHUN 2005 ]

JENIS TERNAKAN
POPULASI [ EKOR ]
Kerbau
559
Lembu Pedaging
613
Lembu Tenusu
984
Kambing/Bebiri
874
Burung Unta
380
Khinzir
946
Rusa
400
Ayam Kampung
28,950
Ayam Pedaging
4,930
Itik
559

PENGHASILAN HASIL TERNAKAN

Produk Ternakan
Pengeluaran
Nilai ( RM )
Tahap Saradiri %
Meat (m.t)
24.19
341,410.00
12.21
Mutton (m.t)
1.75
29,221.50
0.66
Poultry (m.t)
89.49
581,705.00
3.78
Fresh Milk (m.t)
710,325
1,065,487.50
134.50

INDUSTRI KECIL-KECILAN

Kegiatan industri kecil-kecilan turut mempengaruhi iklim ekonomi daerah Kudat berasaskan perkembangan sejak kebelakangan ini.

 KILANG
JUMLAH
Kuari
2
Minyak Kelapa
4
Kilang Padi
8
Kilang Roti
4
Kilang Ais Batu
3
Kilang memproses ikan/udang/ketam
3
Kilang Papan
6
Kilang Perabot/Pertukangan
10
Kilang Baja
1
Kilang Pelekat Plastik
1
Kilang Besi
2
Limbungan Kapal
1
Bengkel Kereta ( Workshop )
10

SEKTOR PELANCONGAN

Kudat mempunyai pelbagai aset penting bagi memajukan lagi industri ini seperti keindahan alam semulajadi yang kaya dengan flora dan fauna serta pantai-pantai semulajadi serta keunikan sosio budaya suku kaum yang berbilang bangsa. Keunikan ini menjadikan daerah kudat sebagai destinasi yang kaya dengan pelbagai produk pelancongan. 

Simpang Mengayau ( Tip Of Borneo ) : Sempang Mengayau merupakan titik hujung bagi kepulauan Borneo ( Tip Of Borneo ). Ianya boleh dihubungi melalui jalanraya sejauh lebih kurang 25KM daripada Pekan Kudat. Selain dapat menikmati udara segar, anda juga boleh melakukan aktiviti scuba/diver. Pelbagai kemudahan di sediakan seperti restoran dan juga untuk penginapan. Bentuk bulat yang terdapat dalam gambar tersebut   merupakan replika globe besar peta dunia yang menunjukkan dimana anda berada ketika itu.

Kudat Golf & Marina Resort : Pandangan dari atas, padang golf kudat. Pandang Golf  ini merupakan salah satu padang terbesar di Sabah dengan kapasiti 18 lubang. Kudat Golf terletak di kawasan Pekan Kudat. 

Rumah Panjang Bavanggazo : Rumah Panjang Bavanggazo merupakan salah satu tempat menarik untuk dilawati. Ianya terletak di Kg. Tinangol dalam daerah kecil Matunggong. Selain melawat, anda dan keluarga boleh menyewa bilik untuk bermalam, dengan kadar bayaran sewa bilik yang berpatutan. Pelbagai kraftangan suku kaum Rungus dijual disekitar penginapan tersebut. Pada sebelah malamnya anda akan disajikan dengan tarian tradisional suku kaum Rungus.

Pantai Kelambu : Salah satu pantai yang menarik dan indah. Pantai ini mempunyai keunikan tersendiri dimana ianya menghubungkan pulau kelambu seperti dalam gambar. Keadaan lautnya yang tenang amat sesuai untuk para penggemar divers.

Ladang Madu Lebah ( Kg. Gombizau ) : Memelihara Lebah Madu bukannya mudah. Serangga ini bukan sahaja liar tetapi  mampu menyerang sehingga boleh membawa maut. Satu keistimewaan yang anda perlu lawati adalah Kg. Gombizau yang terkenal dengan industri Madu Lebah. Anda boleh melihat sendiri penduduk kampung menternak dan menuai hasil madu dengan mata kasar sendiri. Bagi yang ingin mencuba bagaimana menuai madu lebah, bolehlah berbuat demikian dengan bantuan daripada orang kampung yang mahir. ( Gambar yang dikepilkan adalah Puast Pengumpulan Madu Lebah di Pekan Kecil Sikuati )

Gong Making ( One Village One Industry- Kg. Sumangkap ) : Projek ini dibangunkan oleh KPLB, dengan memilih setiap kampung dengan industri yang terdapat dikampung berkenaan. Jika anda belum pernah melihat bagaimana  sebiji gong dihasilkan, maka tempat ini menjanjikan satu pengalaman baru bagi anda. Proses menghasilkan gong bukanlah satu kerja yang mudah dimana ianya memerlukan kemahiran bertukang besi. Salah satu elemen yang perlu diambil perhatian pembuat gong semestinya memiliki kemahiran mengimpal menggunakan pengimpal bergas. Sebelum gong tersebut dijual kepada pembeli, gong ini akan melalui proses memperbaiki bunyi. Gong tidak akan menghasilkan bunyi yang baik sekiranya tidak melalui proses ini. Proses ini hanya boleh dilakukan oleh orang-orang yang lebih tua dan berpengalaman. Seterusnya gong tersebut akan dicat dan di edarkan kepada pelanggan.

Tiada ulasan: