Ahad, 28 Mac 2010

Apa tu 'Last Post'???

Barangkali kalian semua ingin tahu apa yang dimaksudkan dengan "The Last Post". Di sini aku sertakan serba sedikit sejarah berkaitan dengan lagu tersebut. 



The Last Post adalah satu lagu yang digubah untuk dimainkan dengan bugle dan digunakan oleh angkatan tentera untuk memperingati mereka yang terkorban dalam peperangan. Bugle digunakan kerana bunyinya yang nyaring membolehkan ia didengar dari jarak jauh dan digunakan sebagai alat komunikasi (sebelum kemunculan radio). Boleh dikatakan disini bahawa lagu Last Post adalah lagu yang paling dikenali ramai. Lagu ini digunakan untuk mengakhiri aktiviti harian, dan juga untuk memperingati mereka yang terkorban dalam perang sama ada di majlis pengkebumian ataupun di majlis-majlis peringatan. Last post digunakan oleh Britain dan negara-negara Komanwel. Di Norway, upacara yang sama menggunakan "Bรธnn" (Doa) sementara di Amerika Syarikat, lagu yang digunakan adalah Taps.

Last Post pada asalnya adalah satu lagu panggilan bugle yang digunakan di kem-kem Tentera British untuk mengisyaratkan berakhirnya aktiviti harian di kem tersebut. Nama lagu itu berasal daripada amalan memeriksa ke semua pos kawalan (sentry post) di sekeliling kawasan kem tersebut dan membunyikan tiupan bugle di setiap pos kawalan. Lagu Last Post dimainkan apabila pegawai selesai memeriksa pos kawalan terakhir, dan menandakan keadaan selamat dan aktiviti harian boleh ditamatkan pada hari itu dengan selamatnya.

Amalan ini boleh dikesan seawal kurun ke-17 dan dimulakan oleh askar-askar Tentera British yang ditempatkan di Negeri Belanda, di mana ia mengikuti satu tradisi Belanda dipanggil Taptoe. (Taptoe sendiri berasal daripada keperluan mengisyaratkan saat bila mana tong memeram bir perlu ditutup, bagi menandakan berakhirnya kerja pada hari itu).

Dalam kurun ke-19, Last Post dibawa ke seluruh pelosok Empayar British oleh Tentera British di mana lagu ini digunakan semasa upacara pengkebumian askar yang mati dan dimainkan sebagai tanda mengucapkan selamat tinggal kepada askar tersebut menandakan bahawa tugas askar itu sudah berakhir dan jasadnya boleh bersemadi dengan aman.

Unit-unit dalam Tentera Darat Malaysia masih mengamalkan mainan lagu Last Post pada malam hari. Last Post juga dimainkan di majlis awam memperingati korban perang, seperti pada Hari Peringatan di negara-negara Komanwel. Di Australia dan New Zealand, Last Post dimainkan pada hari ANZAC. Kanada juga menggunakan Last Post sebagai lagu memperingati korban perang dan sebagi penutup aktiviti harian.


Salam...

Salam to all my friends. Dan lama aku x mengupdatekan blog aku ni. Sekarang ni busy skit sebab tgh berkursus (G3) kt PD. Banyak sgt keje kursus yg nak kena buat. Sampaikan waktu tido pun dah x menentu. Kepada rakan2 yg akan menghadiri kursus ni, prepare yourself, mentally and physically. Sebelum nak datang tu tgk2 la buku SD and Tactics. Prepare MAP for 4 phases of war. Kalo x mmg keparit la jawapannya. Setakat ni alhamdullilah...masih dlm lingkungan top 10...tapi x tau la lepas final ex ni...maybe akan ada banyak perubahan. Wish me luck k.