INFO UNTUK DI KONGSI BERSAMAπ...
 Apakah Fungsi Grounding Cable@Voltage Stabilizer Pada Kereta Anda?
 Hari ini ramai orang tertanya-tanya, apakah fungsi sebenar grounding 
cable@voltage stabilizer pada kereta? Di manakah ia di pasang dan 
mengapakah ia perlu dipasang? Adakah ia membantu performance kereta 
kita?
 Disebabkan kemusykilan ini jadi masih ramai di antara 
pemilik-pemilik kereta di luar sana masih lagi tidak memerlukan 
grounding cable@voltage stabilizer ini.
 Pasang di mana ??...ada dua pilihan...
 Ada yang pasang pada bateri kereta...
 Ada juga yang pasang pada soket pencucuh api rokok di dalam kereta...
 Di sini sy selitkan fungsinya dalam bentuk soal dan jawab fungsi 
grounding cable@Voltage Stabilizer supaya memudahkan org paham apa guna 
buat artikel kalau org tak paham....Check it out !
1. Soalan:
 Kenapa perlu menggunakan Penstabil Voltan grounding cable(GC )@Voltage Stabilizer(VS) pada kenderaan?
Jawapan:
 Apabila enjin dihidupkan, pelbagai peranti elektronik di dalam sesebuah
 kenderaan akan menggunakan voltan secara serentak contohya lampu, 
peranti suntikan bahan api(Injection), gegelung, radio, pendingin hawa 
dan lain-lain. yang menyebabkan voltan tidak lagi seimbang terutamanya 
kenderaan yang telah berusia. Di sini, GC@VS akan memainkan peranan 
untuk menyeimbangi voltan dengan penggunaan secara maksimum yang 
mungkin.
2. Soalan:
 Apakah kesan buruk untuk jangka panjang menggunakan GC@VS?
Jawapan:
 Setakat ini, hasil pencarian saya di internet tidak ada pendapat yang 
mengatakan ada kesan buruk penggunaannya. Cuma sebilangan kecil 
mengatakan harganya mahal dan alat ini bukanlah sesuatu yang penting 
untuk dimiliki.
3. Soalan:
 Kenapa harga GC@VS mahal di pasaran sedangkan komponennya adalah terdiri komponen yang asas sahaja?
Jawapan:
 Harganya mahal kerana, anda perlu bayar untuk jaminan produk, 
rekacipta, kos pengeluaran, pembungkusan yang menarik, gaji kakitangan 
pengeluar, keuntungan syarikat, kos bahan-bahan mentah yang cantik dan 
berkualiti, sesetengah syarikat membuat perlindungan insuran serta 
lain-lain.
4. Soalan:
 Bolehkah GC@VS DIY ini mampu berfungsi seperti VS di luar sana?
Jawapan:
 Mengapa tidak, komponen adalah sama jadi fungsi pun sama juga.
5. Soalan:
 Setelah saya menghasilkan GC@VS ini dan mencubanya, saya perasan ada 
perubahan setelah menggunakan GC@VS ini, tetapi kelajuannya tetap sama 
seperti sebelum ini. kenapa?
Jawapan:
 GC@VC hanyalah sebuah alat
 tambahan elektronik, mana mungkin dapat mengerahkan komponen mekanikal 
untuk kelajuan! Kalau ada pun pertambahan kelajuan hanyalah tidak lebih 
dari 4 – 6%. Jadi kesan positifnya menggunakan GC@VS ini adalah kepada 
peranti elektronik. Anda perlu ubah bahagian mekanikal untuk kelajuan, 
atau ubah alat yang mengawal mekanikal cara ia bekerja.
6. Soalan:
 Ada orang cakap, GC@VS boleh jimat penggunaan petrol, betul ker?
Jawapan:
 Saya akan jawab secara teori bukan ilmiah. Apabila voltan pada sesebuah
 kenderaan telah stabil, maka peranti elektronik yang menggunakan voltan
 tidak perlu berkerja keras untuk bertugas secara minima mahupun 
maksima. Peranti elektronik yang paling hampir dengan kawalan minyak 
ialah injection dan computer box, jadi peranti ini dapat bekerja dengan 
baik tanpa beban yang berat dan akhirnya, suntikan bahan api berjalan 
lancar tanpa gangguan voltan yang turun naik. Maka dengan ini, 
penggunaan bahan api akan lebih efisyen dan sekaligus jimat minyak. 
Bagaimana pun, cara pemanduan dan adalah berbeza-beza, jadi keputusannya
 juga berbeza untuk setiap kenderaan.
7. Soalan:
 Kenapa pihak
 pengeluar kenderaan tidak mengeluarkan kenderaan baru yang didatangkan 
sekali dengan GC@VS ini, jika betul GC@VS bagus?
Jawapan:
 Pihak 
pengeluar/pengilang telah mengira pelbagai aspek permotoran. Aspek utama
 untuk kenderaan baru ialah pemanduan berhemah dan keselamatan. Bukan 
untuk kelajuan, perlumbaan dan sebagainya. GC@VS tidak memberi banyak 
kesan untuk pemanduan berhemah. Anda beli kenderaan, andalah yang 
menentukan fungsi sesebuah kenderaan untuk rupa bentuk kegunaan.
8. Soalan:
 Berapa lama GC@VS boleh bertahan dengan kebaikan fungsinya? Setahun? Dua tahun?
Jawapan:
 Perlu diingat, tiada benda yang kekal dan tidak rosak. Lambat laun 
komponen elektronik di dalam GC@VS akan kehilangan fungsinya 
perlahan-demi perlahan. Anggaran usia komponen elektronik yang 
berkualiti mampu bertugas dengan baik antara 4 hingga 5 tahun sahaja. 
Sebab itu, Jepun sudah potong kenderaan sebaik sahaja mencapai 5 tahun 
lebih, mereka telah akui perkara ini.
Membaca itu amalan muliaπ...
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan