Jalan Masuk ke Kolam Memancing Mahaderas
Kolam mancing ini adalah kolam memancing air tawar. Spesis ikan yang ada di sini adalah sama macam di kolam mancing lain. Cuma di sini banyak ikan yang bersaiz XXL + ikan siakan air tawar yang bersaiz 1 - 3kg. Plan asal just nak survey keadaan kolam sini. So takde la aku prepare umpan yang proper. Aku guna dedak yang ada lebih dari sesi memancing aku yang lama.Rate harga untuk kolam ni adalah seperti berikut:
1. 1 jam - RM 10.
2. 2 jam - RM 16.
3. 3 jam - RM 24.
4. 4 jam - RM 32.
untuk tambahan masa lepas 4 jam adalah RM 5/jam.
Best nyer kolam ini adalah kita boleh jual ikan yang kita dapat dengan syarat mestilah melebihi 3 kg. Harga belian balik adalah RM10/kg. Pada hari-hari tertentu akan diadakan Jackpot untuk ikan yang terpilih.Untuk kali ni, aku dapat mancing free. sebab aku dapat naikkan ikan keli afrika seberat 3.95 kg. So dapat lah RM 27 dan aku hanya mancing untuk tempoh 3 jam saja (betul x aku cakap, aku mancing free).
Oppss....hampir aku terlupa. Waktu operasi kolam ni adalah dari jam 9 pagi hingga 12 tgh malam saja. Untuk yang nak pegi mancing pada waktu malam, elok korang prepare liminus stick sebab keadaan di kolam adalah gelap. lampu-lampu hanya dipasang di bawah pondok-pondok memancing saja. Memang tak nampak pelampong kalo x guna liminus stick.
Aku rasa cukup la untuk kali ni. Aku akan update lagi selepas ini jika ada masa mancing di kolam ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan