Jumaat, 27 Disember 2013

Menjual di Facebook : 5 cara mudah untuk dapatkan jualan

1. Berikan tempoh ataupun kuota terhad

Contohnya, "jualan dibuka selama 3 hari
sahaja", dan "jualan istimewa ini akan
ditutup setelah cukup 30 orang pembeli."

Selasa, 24 Disember 2013

TIPS MENINGKATKAN LIKES, COMMENT DAN SHARE FACEBOOK

Adakah anda menjalankan sebuah bisnes dan sudah memiliki page di facebook? Jika sudah, bererti Anda sudah memulakan langkah yang tepat untuk menyebarkan bisnes Anda ke seluruh dunia, sungguh hal tersebut masih awal tapi itu yang baik. Kemudian tahukah Anda KUNCI dalam promosi di facebook adalah, bagaimana supaya fans/followers fanpage bisnes Anda dengan sukarela memberi comment, likes dan share post  Anda. Dengan begitu post bisnes Anda akan muncul pada newsfeed ribuan bakal pengguna baru di facebook yang mana sama sekali belum pernah mendengar nama bisnes Anda.

Inilah perkara-perkara yang perlu Anda perhatikan supaya para audience di fanpage facebook Anda membantu mempromosikan bisnes Anda melalui share, comment dan like mereka:

Jenis Post

Selasa, 29 Oktober 2013

12 Fantastic Tiny Pieces of Art

Here are 12 fantastic tiny pieces of art from a  three-dimensional bull the size of a red blood cell create by Japanese Engineers to the Incredible Hulk in the pin of a needle!
  
  "Little People" is a fantastic street art project by artist Slinkachu, where photos are taken of tiny figures that are placed in public locations throughout London. This one is called "Overpowered."

Sabtu, 12 Oktober 2013

7 Tips Keluarga Bahagia Dari Ustazah Siti Nor Bahyah

1. PUJI – Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu
sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. PELUK – Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk
memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana
pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. PENGHARGAAN – Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

Jumaat, 4 Oktober 2013

LETAKKAN HARGA DALAM BENTUK SILVER

Semalam pergi pasaraya nak beli stok barang-barang mentah untuk persediaan raya. Kosnya, RM 140

Dalam kepala pikir... "Lebih kurang 1 oz Silver bar Morgan barang-barang nih!... isk"

Pernah tak anda fikir sebegini?
Saya dah mula latih diri saya untuk letak harga dari segi Silver.

Apa tujuannya?
Supaya kita dapat ukur kuasa membeli dan kadar inflasi sebenar.

Seorang ilmuan memeluk islam akibat kaji air liur anjing

Seorang ilmuan besar yang mendalami bidang bakteria berkunjung ke Mesir untuk mensekolahkan anaknya dan dia sendiri memperolehi pekerjaan dalam bidangnya tersebut. Pada suatu hari dia membaca buku hadith yang berkaitan dengan masalah kesihatan. Tiba-tiba dia tidak percaya ketika membaca hadis Nabi saw, 

“Jika seekor anjing menjilat perkakas rumah salah seorang di antara kamu, maka cucilah alat (tempat) itu tujuh kali, satu kali di antara yang tujuh itu dicampur dengan tanah ..”

Top 5 Biggest Football Stadiums in the World

It is said that if football was a nation, it would be the largest nation in the world. With such a massive fan-base it is only natural that the biggest and most well capitalized clubs in the world will require equally massive arenas to house their armies of supporters, and to put on the kind of show that is demanded of them. Football stadiums are today the pre-eminent "Arena Experience" in the world, and we have made a list of the 5 biggest stadiums in the world as measured by seating capacity.

1. Rungrado May Day Stadium – 150,000 – Pyongyang, North Korea:

Khamis, 3 Oktober 2013

TIPS MEMBELI RUMAH PERTAMA ANDA

Di sini saya nak kongsikan tentang 3 tips untuk membeli rumah pertama anda.


#PERTAMA: Faktor Lokasi

- Sebelum tu, anda pelu tetapkan dahulu bahawa rumah tersebut untuk disewa, dijual balik atau untuk duduk sendiri?

Kalau untuk disewa, anda mestilah letak target siapa yang bakal sewa rumah anda. 
-Kalau untuk orang bujang, seeloknya cari lokasi yang berdekatan dengan Stesen LRT atau Bus Stop.

- Kalau untuk dijual balik, pastikan lokasi
tersebut mempunyai potensi kenaikan rumah yang
tinggi. Anda boleh buat survey sebelum membeli.

- Kalau untuk duduk sendiri, pastikan anda selesa dengan kejiranan rumah anda. Sebab jiran inilah yang anda akan mengadap hari-hari..

Most Amazing Illusions

We think we perceive objective reality, but perception is always altered by invisible biases. Illusions demonstrate this fact. So go ahead, get your own perception from 10 of the coolest illusions ever made.
  

Elevator Floor Illusion


Going into this elevator would certainly makes one nervous. A sign at the entrance cautions the people that goes in about work in progress. A more detailed look shows that the floor has been painted with an illusion that there is no floor.



Isnin, 30 September 2013

10 KESILAPAN PELABUR EMAS

Sekadar nak berkongsi perkara penting buat pelabur emas dan perak iaitu tentang 10 kesilapan biasa pelabur emas. 

10 Kesilapan Pelabur Emas

Jadi, untuk elakkan kesilapan tu, saya dedahkan 10 daripada kesilapan biasa pelabur emas. Moga ianya bermanfaat:

Ahad, 29 September 2013

CARA MENEGUR DALAM ISLAM

Media sosial pada masa kini telah digunakan secara meluas. Tidak kira usia, jantina, bangsa mahu pun budaya. Acap kali kita dapati terdapat komen-komen di media sosial yang menegur atau memberi pandangan kepada 'status' rakan atau pengguna lain yang akan mendatangkan ketidak puas hatian kepada pengguna lain atau kepada diri rakan yang ditegur itu.  Hal ini terjadi mungkin disebabkan oleh masyarakat kita sendiri yang tidak tahu CARA YANG SESUAI untuk menegur seseorang itu. Kebanyakan kita lebih suka menyindir atau menghentam seseorang itu SECARA KASAR bagi memberi keinsafan tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Ahad, 22 September 2013

Connect or Disconnect

Adakah anda pengguna Facebook? Tweeter? WhatsApp? WeChat? dan lain-lain media sosial? Saya yakin setiap rakyat Malaysia mempunyai akaun-akaun dalam salah satu atau kesemua media sosial di atas. Tidak dinafikan, media sosial mempunyai banyak kebaikan yang boleh dimanfaatkan. Antaranya adalah seperti berikut:

#1.  BERKOMUNIKASI. Boleh menghubungi teman lama yang telah terpisah. Mempertemukan sahabat lama yang telah terpisah. Kita boleh mencari rakan-rakan sekolah melalui jaringan (connection) antara satu sama lain. Sambil berhubung boleh mengenang kembali kisah-kisah silam di zaman persekolahan. Kisah manis, masin, pahit, tawar dan sebagainya. Talian hubungan dapat dikekalkan. Mengeratkan tali silaturahim, mengikuti perkembangan aktiviti pemimpin negara seperti PM, artis-artis pujaan, bertanya khabar rakan-rakan dan saudara mara dengan cara yang paling menjimatkan, berbincang, memberi nasihat, berkongsi pengalaman dan petua.

Persiapan 3 Kekayaan Sebelum Mati

Datang disambut sehelai sepinggang. Pergi pun sehelai sepinggang. Semua harta yang dikumpul selama ni diagih-agihkan pada waris tanpa berbaki pun untuk si mati. Tapi itulah realiti yang pasti kita lalui suatu hari nanti. 4 Ogos 2013 bersamaan 27 Ramadahan 1434H ayahanda kepada isteri saya (mentua saya) kembali kepada pangkuan Ilahi. Sepanjang menguruskan beberapa hal tentang kematian Allahuyarham, baru saya sedar dah lama betul tak diingatkan pasal mati. Hari-hari sibuk fikir pasal dunia kekadang terlupa persiapan penting untuk mati.

Nak duit berjuta?  Duit tu akan diagih-agihkan pada ahli waris lepas kita pergi. Nak kereta mewah? Kita tetap akan dihantar ke kubur dengan van jenazah. Nak rumah besar siap dengan swimming pool? Kediaman akhir kita tetap kubur yang sempit dan gelap gelita. Nak pakaian berjenama penuh almari? Kita tetap balik pada Tuhan sehelai sepinggang berkain putih menghias diri. Jadi, di mana akhirnya dunia yang kita cari?

Jumaat, 20 September 2013

Perarakan Raksasa ATM


Jangan lupa untuk menghadiri Perarakan Raksasa ATM sempena Hari Ulang Tahun Angkatan Tentera Malaysia ke 80 di Dataran Merdeka pada 21 September 2013 mulai Jam 0800H. Akan ada perarakan besar-besaran meliputi semua agensi di bawah Angkatan Tentera Malaysia, Pelbagai aset pertahanan akan dipamerkan, pelbagai demonstrasi, Pertunjukan dan pameran dari ketiga-tiga cabang ATM akan dipamerkan dan ditunjukkan. Pelbagai KEJUTAN yang istimewa yang belum pernah dipertunjukkan dan dipamerkan . 

Ayuh meramaikan Dataran Merdeka pada 21hb September 2013, pastikannya ada dalam kalendar dan diari anda. Bawa Keluarga, Sahabat Andai dan kekawan ke Dataran Merdeka. 

Pengunjung digalakkan datang awal untuk mendapat lokasi yang menarik untuk melihat perarakan dan juga dicadangkan datang menggunakan pengangkutan Awam..


JUMPA ANDA DI SANA..

Perarakan : 21/9/2013 (8.00am-10.30am)

Pameran : 21/9/2013 (10.00am-10.00pm)
22/9/2013 (10.00am-5.00pm)

Tempat : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur


Khamis, 19 September 2013

Jelajah Malaysia - Kudat Sabah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Pe kabar korang semua? Harap sihat-sihat jak disamping orang yang tersayang. Jelajah Malaysia kali ini, akan membawa anda semua terbang jauh ke Malaysia Timur iaitu Sabah, Negeri Di Bawah Bayu. Aku sebenarnya dah beberapa kali sampai di Sabah ni tapi takat sampai di Kota Kinabalu saja. Kiranya trip aku ke Kudat ni adalah yang pertama.

Apa Yang Perlu Ditukar Masa Servis Kereta

Maklumat ni berguna untuk sume orang. Jadi gua post kat sini. Senang nak buat rujukan akan datang.

Apa yang perlu ditukar masa servis kereta.

Jumaat, 26 Julai 2013

Tip Menjaga Hati Pasangan

Jagalah hati pasangan masing-masing. Tip-tip menjaga hati pasangan masing-masing adalah seperti berikut:

Isnin, 15 Julai 2013

Petua Selamanya Sayang

Nabi S.A.W bersabda: "Orang mukmin yang sempurna imannya ialah yang terbaik budi pekertinya dan lunak jenaka pada keluarganya dan sebaik-baik anda ialah yang terbaik pada isterinya (keluarganya)".

Berkahwin hanya sekali dalam hidup. Itulah pasangan hingga ke hujung hayat. Jika terpaksa berpisah pun atas sebab yang diharuskan oleh syarak ataupun kematian saja. 


Memang sakit sikit untuk bertolak ansur dengan pasangan yang tidak sama pendiriannya, tetapi lagi sakit bila berpisah dengannya dan terpaksa bersusah payah mencari pengganti pula. Pengganti pula tidak semestinya akan memberi kebahagian tetapi kekadang memberi masalah yang lagi dahsyat.