SUHU dan cahaya dalam akuarium sering diabaikan. Perlu diingat, suhu tidak boleh dinafikan kerana penting dalam pemeliharaan ikan akuarium kerana ikan akan agresif dalam suhu air yang rendah. Bagaimanapun ada spesies ikan memerlukan suhu air sejuk, panas atau sederhana mengikut suhu bilik.
Ini bergantung kepada spesies terbabit kerana proses mengawan atau membiak memerlukan hidupan air berada dalam suhu suam atau sedikit panas. Justeru, adalah lebih selamat sekiranya anda menempatkan akuarium berhampiran tingkap atau lampu kerana ini boleh membantu tumbuhan rumpai air membesar lebih cepat sekiranya anda menggunakan rumpair berkenaan.
Perlu diingat ikan hanya akan aktif dalam suhu air yang dikira suam. Suhu air pada tahap itu juga dapat menghindarkan ikan yang dipelihara daripada dijangkiti penyakit. Lampu kalimantang sering menjadi pilihan kerana dapat memberi kelebihan kepada rumpai air mendapat cahaya yang mencukupi.
Ikannya juga cepat membesar dan sering kelihatan meragut rumpai sebagai makanan. Bagaimanapun, lampu kalimantang yang paling sesuai ialah jenis biasa yang berwarna putih.
Kebanyakan ikan tropika membesar pada suhu antara 23 dan 25 darjah Celcius. Tahap suhu ini sesuai untuk tumbesaran ikan tropika tetapi suhu biasa amat sukar diramalkan kerana keadaan cuaca yang berubah-ubah.
Bagaimanapun, dalam usaha menstabilkan suhu akuarium anda untuk proses tumbesaran ikan, anda boleh menggunakan pemanas biasa yang sering digunakan. Pemanas ini sejenis elemen elektrik yang ditebat dalam tiub kaca. Wayar yang bersalut itu akan membawa aliran elektrik melalui tiub kaca dan mengalirkan habanya melalui tiub kaca.
Alat pemanas air ini secara automatik akan mengerat aliran elektrik apabila suhu yang sesuai tercapai. Lazimnya terdapat dua jenis pemanas suhu air untuk kegunaan akuarium.
Satu daripadanya seperti lampu biasa wayar elektrik dimuatkan dan disalut dalam tiub kaca. Sejenis lagi ialah alat pemanas air automatik yang dikepilkan di luar akuarium.
Terdapat banyak jenis alat pemanas untuk akuarium yang dijual di pasaran khususnya di kedai ikan. Jenis tiub panjang kadang kala diisi dengan raksa atau alkohol. Penggunaan raksa lebih tepat dan lebih cepat berbanding penggunaan alkohol.
Sesetengah reka bentuk, ada yang terapung permukaan air atau ada juga yang dilengkapkan dengan alat klip atau pelekat getah supaya ia boleh diletakkan di posisi dikehendaki.
sumber: joran berita harian