Salam lebaran kepada semua di luar sana. Alhamdulillah dan syukur kerana telah dapat melaksanakan rukun islam yang ketiga iaitu puasa di bulan ramadhan. Setelah sebulan menahan lapar dan dahaga, umat Islam seluruh dunia beramai-ramai meraikan Hari Raya Aidilfitri. Walaupun disambut dalam suasana yang serba sederhana disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini, kemeriahan tetap dapat dirasai. Pada tahun ini merupakan hari raya ku yang pertama bersama isteri tercinta. Kelahiran anak kami yang pertama, Muhammad Hafiz Haziq pada 10 Sep 09, memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri kami pada tahun ini.
Di kesempatan ini, kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua sahabat handai dan rakyat malaysia, semoga hari raya ini membawa seribu kenangan kepada semua.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin