Ahad, 28 Februari 2010

CONTOH SOALAN TEMUDUGA KERJA SWASTA

Ini adalah berdasarkan Informasi yang dipetik dari internet dan juga pengalaman yang diceritakan . Soalan-soalan temuduga sentiasa berlainan mengikut jawatan . Walaubagaimanapun asasnya boleh dijadikan panduan.

Tell me about yourself. (Ceritakan tentang diri anda)

Anggaplah bahawa soalan ini membuka peluang untuk anda mempromosikan diri sendiri. Walaupun nampak mudah, tapi sebenarnya tidak. Jangan habiskan sepuluh minit untuk bercerita tentang butiran peribadi sahaja. Majikan tidak mahu tahuanda berasal dari mana atau di mana anda bersekolah. Hadkan jawapan kepada nama, umur, kediaman sekarang dan kelayakan tertinggi. Selepas itu tekankan pada kelebihan skil dan pengalamananda. Habiskan jawapan anda dengan menyuarakan keinginan untuk berkhidmat kepada syarikat tersebut.

Why should we hire you? (Kenapa mesti kami pilih anda untuk jawatan ini?)

Jangan menjawab soalan ini secara umum seperti kebanyakan calon. Sejumlah besar calon akan memberikan jawapan hardworking atau honest . Jangan buat kesalahan yang sama. Serlahkan keistimewaan anda dengan menghuraikan tentang kualiti diri anda yang unik.

Why do you want to work here? (Mengapa anda memilih syarikat ini?)

Ini adalah salah satu soalan temuduga yang akan digunakan oleh majikan untuk memeriksa sama ada anda ada membuat sedikit homework . Anda tidak patut sama sekali menghadiri panggilan interview tanpa menyelidik tentang latar belakang, perkembangan dan bidang industri syarikat yang berkaitan. Sekiranya anda bersedia dengan maklumat – maklumat tersebut, majikan akan melihat anda sebagai seorang yang berinisiatif dan boleh diharap. Anda juga akan lebih bersedia jika ditanya soalan yang berkaitan dengan syarikat.

What is your greatest weakness? (Apakah kelemahan anda yang paling ketara?)

Soalan ini perlu dijawab dengan jujur. Tetapi pada masa yang sama, ceritakan bagaimana kelemahan tersebut menjadi kelebihan kepada anda. Contohnya, ceritakan bagaimana anda menghadapi masalah menyesuaikan diri dengan syarikat yang lepas dan apa langkah – langkah yang anda telah ambil mengatasi masalah tersebut. Ini akan mengambarkan anda sebagai seorang individu yang mampu mencari kelemahan diri sendiri dan berusaha memperbaikinya.

Why did you leave your last job? (Kenapa anda berhenti dari tempat kerja yang lepas?)

Walaupun kerjaya anda di syarikat yang lepas berakhir dengan dasyat (!), baik anda berhati – hati apabila menjawab soalan ini. Jangan ambil peluang ini untuk mengadu dumba. Ia memberikan imej yang tidak baik (bad impression) semasa temuduga. Jawab secara diplomatik yang mungkin. Sekiranya anda perlu ada menyatakan beberapa aspek negatif, pastikan anda tidak lupa menyertakan beberapa aspek yang positif juga.

Describe a problem situation and how you solved it. (Huraikan suatu masalah yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda menyelesaikannya.)

Soalan temuduga ini memerlukan anda berfikir. Memang agak sukar untuk anda menjawab soalan ini, lebih – lebih lagi sekiranya anda seorang fresh graduate dan tidak mempunyai sebarang pengalaman kerja. Penemuduga ingin melihat kebolehan anda untuk berfikir secara kritikal tidak kira untuk apa situasi. Walaupun masalah yang anda hadapi cuma tidak cukup masa untuk belajar, terangkan langkah – langkah yang anda ambil untuk menyusun jadual harian anda. Ini akan menunjukkan bahawa anda adalah seorang yang bertanggungjawab dan boleh menyelesaikan masalah dengan baik.

What accomplishment are you most proud of? (Apakah pencapaian yang paling anda banggakan?)

Taktik menjawab soalan ini adalah dengan memilih pencapaian yang berkaitan dengan jawatan kosong yang anda pohon. Walaupun pencapaian anda yang terbaik adalah mendapat tempat pertama dalam peraduan memasak maggi peringkat negeri, tolong pilih pencapaian yang lebih berkaitan dengan kerjaya profesional anda. Fikirkan kualiti – kualiti yang diingini oleh majikan dan tekankan bagaimana anda boleh memenuhi kriteria tersebut.

What are your salary expectations? (Berapakah gaji yang anda harapkan?)

Soalan temuduga ini juga agak sukar, terutamanya bagi yang kurang pengalaman. Perkara pertama yang anda perlu lakukan sebelum sebelum temuduga adalah menyelidiki lingkungan gaji untuk bidang anda di Malaysia. Anda boleh mengunakan khidmat percuma Jobstreet untuk tujuan tersebut. Jangan mengemukakan apa – apa soalan berkaitan gaji kepada penemuduga selagi penemuduga tidak berbuat demikian. Sekiranya penemuduga mengemukakan soalan tersebut, berikan lingkungan gajiyang anda inginkan, misalnya RM2000 – RM2500. Jangan berikan jawapan yang spesifik sehingga anda ditawarkan kerja.


Sumber : www.ambang-kerjaya-impian.com

TIPS LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Temuduga merupakan proses yang perlu dilalui oleh mereka yang ingin menjawat jawatan awam atau kerajaan. Proses temuduga ini penting kerana ia merupakan antara benteng terakhir yang menentukan samaada usaha anda selama ini yang bersusah payah mengisi borang SPA dan juga menghadiri sesi ujian bakal memberi habuan atau sebaliknya kekecewaan.

Pastikan anda membuat persediaan rapi sebelum menghadapi sesi temuduga kerana tanpa persediaan yang secukupnya, anda akan pulang hampa dan kecewa.

Berikut adalah 5 tip asas dan mudah yang boleh diikuti oleh anda yang akan melalui temuduga kerja kerajaan:

1. Ambil berat adab dan tertib temuduga

Tampilkan pemakaian dan personaliti yang menggambarkan anda seolah olah seorang eksekutif yang yakin, berkarisma dan berketerampilan. Untuk lelaki, tali leher serta kasut, baju dan seluar yang berpadanan manakala untuk wanita, pemakaian eksekutif yang bersesuaian. Jangan segan silu untuk memakai kot atau blazer, kerana ia bukan sesuatu yang anda akan lakukan setiap hari. Pastikan anda datang awal ke sesi temuduga, lengkap dengan segala dokumen yang diperlukan.

2. Tahu tugas dan peranan anda

Semak semula jawatan yang dipohon dan senaraikan tugas tugas dan peranan yang mungkin dipikul jika sekiranya anda berjaya menjawat jawatan kosong yang ditawarkan. Jika ditanya, “Pada pandangan anda, apakah tugas tugas jawatan seorang Pegawai Penyelia seperti yang anda pohon sekarang?”, perkara terakhir yang anda inginkan berlaku adalah gagal menjawab soalan di atas dan hanya kelu tidak terkata di hadapan penemuduga. Dapatkan maklumat dari beberapa sumber seperti laman web, buku panduan, rakan rakan serta ahli keluargayang bekerjaa dengan kerajaan.

3. Buat kajian mengenai struktur & organisasi pentadbiran kerajaan

Buat sedikit kajian mengenai beberapa jabatan atau kementerian terutamanya tugas tugas yang dipikul oleh jabatan yang berlainan. Buat perbandingan dengan pentadbiran negeri (dan sebagainya) untuk memahami perbezaan dari segi struktur dan fungsi. Ini terutamanya penting untuk merekayang bakal menghadiri temuduga PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik).

4. Ambil tahu isu semasa dan terkini

Seorang kakitangan kerajaan perlu sentiasa peka dengan perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang berlaku di dalam dan luar negara. Sebagai contoh, penemuduga mungkin bertanyakan pendapat anda tentang dasar dasar luar Amerikayang diamalkan oleh Presiden barunya Barrack Obama. Manakala, dari konteks dalam negeri, anda mungkin diminta menghuraikan pandangan anda tentang konsep Satu Malaysia yang diperkenal oleh Perdana Menteri Ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak.

5. Usaha jawab walaupun tidak tahu jawapan tepat

Bukan sesuatu yang memalukan jika anda tidak tahu jawapan kepada sesuatu soalan temuduga. Tetapi, jangan sekadar menjawab “maaf, saya tidak tahu”. Sebaliknya, cuba terangkan sejauh manayang anda tahu dan tunjuk usaha kepada penemuduga bahawa anda sanggup bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu ilmu atau maklumat.

Sebenarnya, selain daripada menguji pengetahuan, penemuduga ingin mengetahui sejauh mana usaha atau inisiatif anda mencuba. Mereka juga ingin bersemuka dengan calon pekerjayang mempunyai kemahiran berkomunikasi dan mereka yang boleh membuat analisa kepada sesuatu persoalan dan isu.

CONTOH SOALAN TEMUDUGA KERAJAAN - SPA

1. Apa yang anda tahu tentang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)? Apakah peranan peranan yang dimainkan oleh SPA?

2. Kerajaan memperkenalkan konsep KPI (Key Performance Indicator) untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan menteri menteri yang dilantik di dalam kabinet. Boleh anda ulas sedikit tentang ini?

3. Selain daripada KPI, apa lagi langkah langkah atau mekanisme yang membolehkan sesebuah majikan mengukur kemampuan seseorang pekerja?

4. Anda baru dilantik ke sebuah jabatan kerajaan. Anda mendapati, terdapat beberapa kepincangan dalam beberapa proses dan prosedur perkhidmatan yang diberikan oleh jabatan anda. Sebagai orang bawah yang baru sahaja bekerja, bagaimana anda boleh mengutarakan pendapat anda kepada pegawai lain yang lebih tinggi pangkatnya?

5. Aung San Suu Kyi adalah pejuang demokrasi yang dinafikan hak hak kemanusiaan oleh negaranya Myanmar. Sebagai sebuah negara yang berada di kerantauan yang sama, apa yang boleh dilakukan oleh Malaysia untuk menyuarakan kerisauan antarabangsa dan dalam masa yang sama mengekalkan hubungan diplomatik kedua dua hala?

6. Bagaimana anda boleh menyelesaikan konflik atau perselisihan pendapat dengan rakan sekerja anda?

7. Setakat yang anda tahu, apakah tugas tugas yang bakal dipikul oleh Juruukur (atau jawatan yang dipohon) di jabatan ini?

8. Kenapa anda yang harus kami pilih, dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda?

9. Apakah kelemahan anda yang harus kami ketahui? Adakah anda melakukan sebarang perkara yang akan membantu anda mengatasi kelemahan tersebut?

10. Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada beliau untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan beliau menjadi seorang jurutera yang serba boleh?

11. Di manakah anda 5 tahun dari sekarang?

12. Sebagai seorang pegawai sumber manusia, apakah strategi yang boleh anda lakukan untuk memastikan tahap motivasi pekerja di semua jabatan atau unit berada pada tahap yang tertinggi?

13. Mengapa anda memohon jawatan ini?

14. Kenapa jawatan dalam kerajaan yang dipilih. Kenapa tidak swasta? Apa kelebihan dan kekurangan bekerja dengan kerajaan berbanding dalam sektor swasta?

15. Pada pendapat anda, adakah sistem pendidikan di negara ini berada pada landasan yang betul? Apa yang anda mahu lihat pada sistem pendidikan yang masih belum ada buat masa ini?

16. Sebagai pereka lanskap, apakah langkah langkah yang perlu diambil, serta faktor faktor yang mesti diambil kira sebelum anda melakukan sebarang rekaan di atas kertas?

17. Nyatakan sebarang pencapaian atau keterlibatan anda dalam membangunkan sistem teknologi maklumat, samaada di tempat kerja sebelum ini, di universiti atau di tempat tempat lain.

18. Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk ke jabatan kerajaan, bagaimana anda boleh meyakinkan kami bahawa anda tidak akan keluar dan masuk semula ke sektor swasta?

19. Seorang pegawai kerajaan akan sentiasa menghadapi kemungkinan untuk dipindah lokasi dan tempat bekerja. Terangkan respons anda terhadap komitmen sebegini. Bagaimana anda akan menyelesaikan segala cabaran yang muncul dalam proses perpindahan ini?

20. Nyatakan satu contoh di mana anda telah menonjolkan bakat kepemimpinan semulajadi dalam melaksanakan sesuatu aktivit atau program yang besar dan berjaya.

Sumber : skorcareer

Sabtu, 27 Februari 2010

Apit Benjol Lagi

Alkisahnya di sebuah Rumah Setinggan tinggallah sebuah keluarga dengan seorang anak lelakinya bernama Apit. Pada suatu malam si Papa nak menunaikan tanggungjawap kepada siMama.                                 
                                                                           
"Sayang, abang nak lagi ler. ". Pelawa siPapa disertai nafas ghairah. "Ya bang... tengok dulu si Apit, dah tidur ke belum?" Jawab siMama penuh kerinduan. Mendapat lampu hijau, si Papa terus teriak. "Pit... dah tidur kau pit?." "belum Papa... tengah baca buku." "Sudah...esok saja, dah alam, tidur!!!!" Perintah siP apa dengan tegas.                           
                                                                           
Kira kira 10 minit kemudian, si Papa teriak lagi. "Pit.... dah tidur kau Pit? "Belum...." Si Papa mengemaskan ikatan kain pelikat lalu keluar memarahi dan memukul si Apit. "Disuruh tidur....tidurlah! !!" sehingga kening siApit benjol. 

Esoknya di sekolah si Apit ditanya oleh gurunya, tentang benjol di keningnya. Berceritalah si Apit dari awal sampai dia dipukul papanya. Lalu gurunya pun mengajar Apit "Malam nanti..kalau ditanya lagi,kamu diam saja....ya." "Ya....cikgu" . jawab si Apit.                
Malam tu, dia terdengar Papanya bersembang dengan Mamanya. "Sayang, apa  kata kita ke syurga lagi." "Ya bang.....tengok dulu si Apit, dah tidur ke belum" "Pit.....dah tidur kau Pit?.Si Apit teringat pesanan gurunya, maka dia diam saja, daripada kena benjol lagi, dia pura-pura tidur.           
                                                                            
"Apit.....dah tidur kau Pit?" ulang Papanya.                        
                                                                           
Apit tetap diam. Kerana tidak ada jawapan, maka Papanya terus mematikan lampu.. jadilah gelap gelita. Si Apit ketakutan setengah mati, tapi daripada benjol, dia menahan ketakutannya. Terjadilah 'pertarungan' antara Papa dan Mama yang tidak diketahui oleh si Apit. Tak lama kemudian Apit terdengar suara Papanya..                                           
                                                                       
  "Yang...abang nak keluar ni", termengah²                                 
  "Ya Bang .. kita keluar sama-sama", dia dengar suara Mamanya menjawab. Dengan segera si Apit bangkit dan berteriak sekuat hati; "Apit nak ikutt..! Apit nak ikuuttt.."!                                           
                                                                           
  Esoknya.....Apit BENJOL lagi ....... 

Joke hilang ngantuk / stress

1. Cium Isteri 
 
Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:
 

Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?
Suami : Kenapa?
Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?
Suami : Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?'

2. Bunuh Setan
 

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau, si isteri menceritakan apa yang difengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya..
 

Isteri: Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatukan bang, dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan'.
Suami: yerr kerr? Tak apa..malam ini malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan ...betul tak sayang? (sambil ketawa....)
Isteri hanya tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian,
Isteri: Banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.
Si suami tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian,
Isteri: Banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.
Suami: Ttakpe...tunggulah malam'.
Keesokkan harinya:
Isteri: banggg, jom kita bunuh syaitan...bang' .
Si suami diam sambil mengangguk lemah.
Keesokkan harinya lagi....
Isteri: 'banggg, jom kita bunuh syaitan... '.
Si suami tiba - tiba marah dan berkata ..........
Suami: 'Ayang nie nak bunuh syaitan ke atau nak bunuh abang'

3. Pak pandir menunjukankan kepandaiannya
 

Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye.
Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas.
Tapi dia masih pelik, sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.
Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,
'Bentuk macam taik..' Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,
'Lembik...macam taik.'
Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu dia berkata,
'Bau macam taik.'
Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk menjilat sedikit taik tersebut.
Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit...
' MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK !!!'

4. Mamak dapat anak
 

Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya, tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya
 

Ali: Apa yang suka sangat Mamak ni?
Mamak: Saya bini juga surat India mari.
Ali: Apa dia cakap? Tentu good news....
Mamak: Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby!Ayo.... saya banyak suka hati la. Saya belanja awak free minum jugak!
Ali: Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?
Mamak: Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.
Ali: Lerrrrrr.??? ??...kalau 3 tahun tarak balik tu anak siapa? Hahahaha…

5.. kisah 2 ekor burung.
 

Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua.
Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja, Datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua.Ia berkata kepada si penjual burung.
 

Pembeli : Berapa harga burung kakak tua ini...??
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu $500, sedangkan yang diam itu $1000.
Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.
Penjual: Yaa...memang berbeza, yang berharaga $1000 itu ialah pencipta lagunya.


6. Belajar bahasa English
 

Seorang gadis yang lemah bahasa Ingerisnya kacau-bilau. .. suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan2 di The Mall
 

Gadis:' I'm sorry '

Pelancong:' I'm sorry, too '
 

Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..
 

Gadis:' I'm sorry. three '
Pelancong: ' What are you sorry for? '
Gadis:' I'm sorry, five '

7.Anak siapa??
 

Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.
Suzy : Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah : Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Suzy: Tapi mengapa?
Ayah : (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu.Tapi, jangan beritahu ibumu ye! 


Terkejut dengan jawapan itu,suzy pergi pula kepada ibunya.
 

Suzy : Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu : Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzi : Tapi kata ayah, Robert itu abang saya.Adik beradik kan tak boleh kahwin.
Ibu : (Separuh berbisik) Hmmm....Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy : Ha!!??!!

Frying Eggs




The wife was busy frying eggs, when her husband came home. He walked into the kitchen and immediately started yelling...

"CAREFUL!!! CAREFUL!!! MORE OIL!!! TURN THEM!!! TURN THEM NOW!!! WE NEED MORE OIL!!! THEY ARE GOING TO STICK!!! CAREFUL!!! CAREFUL!!! TURN THEM!!! TURN THEM!!! HURRY UP!!! ARE YOU CRAZY!!!! THE OIL IS GOING TO SPILL!!! USE MORE SALT!!! THE SALT!!!!"

The wife was very upset, "What the hell is wrong with you? Why are you yelling like this? Do you think I don't know how to fry an egg?"

The husband calmly replied, "This is to show you what it feels like for me when I am driving and you sit next to me..." 
 

PERTANDINGAN MEMANCING


MEMANCING TERBUKA TEMERLOH
Tarikh: 6 Mac 2010 (Sabtu)
Masa: 1.30 tengahari - 6.30 petang
Tempat: Taman Tasik Temerloh, Pahang
Juara: RM12,000.00, Kedua: RM4,000.00, Ketiga: RM2,000
Keempat: RM500.00  Kelima: RM400.00
Keenam - 10: RM200 dan ke-11 - 20: RM100
Yuran RM60/joran. 20 Cabutan bertuah.
Cabutan Bonanza: TV LCD32 inci.
Tel: 013-6322137
 
MEMANCING MAEPS SEMPENA PAMERAN
PERABUT EKSPORT 2010 (EFE2010)
Tarikh: 7 Mac 2010 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi - 1.00 tengahari
Tempat: Kolam Maeps, Serdang
Juara: RM10,000.00, Kedua: RM3,000.00, Ketiga: RM1,000
Keempat - 10: RM200  Ke-11 - 20: RM100
Yuran RM50/joran. 10 Cabutan bertuah.
Cabutan Bonanza: Set Sofa bernilai RM5,000.00
Tel: 013-3113911

Petua Mendapat Pasangan oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah Bhg 4

1. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

2. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

3. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

4. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

5. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

6. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

7. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

8. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

9. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

10. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

11. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

12. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

13. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

14. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

15. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

16. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

17. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

18. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

19. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

20. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Petua Mendapat Pasangan oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah Bhg 3

1. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

2. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

3. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

4. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

5. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

6. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

7. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

8. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

9. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

10. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

11. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

12. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

13. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

14. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

15. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

16. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

17. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

18. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

19. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

20. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

Petua Mendapat Pasangan oleh Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah Bhg 2

1. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

2. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

3. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

4. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

5. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

6. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

7. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

8. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

9. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

10. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

Petua Mendapat Pasangan oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah Bhg 1

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya. 

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini. 6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

Tasik Paling Dalam

Tasik Baikal yang terletak di bahagian selatan timur Siberia (Russia) adalah tasik paling dalam di dunia. Jarak kedalaman bahagian tengah Tasik Baikal mencapai sehingga 1,637 meter manakala panjangnya sejauh 620 kilometer dan lebarnya ialah 32 hingga 74 kilometer.

Oleh kerana kandungan air di tasik tersebut terlampau banyak ditambah pula dengan kandungan air dari hujan ribut semasa musim luruh menyebabkan tasik tersebut tidak membeku sehingga ke bulan Januari.

Tasik tersebut menjadi tempat tinggal bagi haiwan-haiwan yang unik seperti anjing laut Baikal yang hanya dapat ditemui di kawasan air yang bersih dan segar. Air di Tasik Baikal sebenarnya memang bersih dan segar kerana ia dilimpahi dengan air dari pelbagai anak sungai yang mengalir ke dalamnya.

Tips Amalan Pemakanan Sihat

1. Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring

2. Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut. 

3. Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan. 

4. Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol. 

5. Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.  

6. Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas. 

7. Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.
 
8. Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi.
 
9. Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar.  
 
10. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.  
 
11. Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda.
 
Sumber: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Tips Keselamatan Ketika Berada Di Dalam Kereta

1.  Pastikan kereta anda berada di dalam keadaan yang baik dan minyak kereta anda sekurang-kurangnya separuh tangki.  

2.  Jangan biarkan minyak anda terlalu sedikit sehingga menyebabkan anda terpaksa berhenti untuk mengisi minyak terutamanya di kawasan yang anda tidak biasa.  

3.  Pastikan kunci kereta anda di keluarkan terlebih dahulu sebelum anda keluar atau meninggalkan bangunan ke tempat letak kereta. Sikap suka mencari kunci di dalam beg anda ketika sampai di kereta boleh membuka peluang kepada penjenayah untuk menyerang anda.  
4.  Perhatikan sekeliling anda sebelum masuk ke dalam kereta. Jika anda was-was terhadap persekitaran anda ketika itu, terus berjalan melepasi kereta anda ke tempat yang selamat.  

5.  Kunci kereta anda sebaik sahaja anda memasuki kereta anda.  

6.  Pastikan pintu di kunci walaupun sebelum anda menghidupkan enjin kereta anda.  

7.  Apabila anda berhenti dijalan raya, pastikan pintu anda berkunci dan jarak antara kereta anda dengan kereta hadapan tidak begitu rapat. Ini mengelakkan penjenayah daripada mencari peluang untuk memasuki kereta anda dan seterusnya menyerang anda.  

8.  Letakkan kereta anda di tempat yang terang dan selamat, walaupun anda meninggalkan kereta anda tidak lama.  

9.  Perhatikan sekeliling anda sebelum keluar daripada kenderaan anda. Jika seseorang dengan tiba-tiba menghampiri anda dengan tujuan menyerang, hidupkan enjin dan keluar daripada kawasan tersebut secepat mungkin.  

10.  Pastikan tempat duduk hadapan dan belakang kosong dan seperti biasa kunci kereta sudah tersedia di tangan anda apabila anda di ekori di kawasan tempat letak kereta, dan anda masih lagi jauh daripada kereta anda, cuba menginsut di bawah kereta berhampiran. Posisi ini menyukarkan penjenayah untuk menyerang anda yang berada di bawah kereta.  

11. Jika penyerang berjaya memasuki kereta anda ketika anda berada di dalamnya, gunakan segala kekuatan anda untuk keluar daripada kereta tersebut. Walaubagaimanapun, jika anda masih tidak berjaya melepaskan diri, pandu kereta anda melanggar pendua jalan, tembok, tiang dan apa sahaja yang dapat menyebabkan kemalangan kecil. Ketika penyerang anda beralih perhatian gunakan peluang ini untuk keluar secepat mungkin daripada kereta anda. Lari sekuat hati sambil menjerit meminta pertolongan.Cuba menarik perhatian orang untuk menolong anda.  

12.  Jangan berhenti untuk menolong orang yang anda tidak kenali ketika keretanya rosak, sebaliknya apa yang anda boleh lakukan untuk menolong ialah dengan memandu ke pondok telefon berdekatan dan menelefon polis atau bantuan lain.  

13.  Jika tayar anda pancit di tengah jalan, teruskan juga pemanduan ke tempat yang selamat, terang dan ramai orang. Lebih baik merosakkan tayar anda daripada mengambil risiko untuk mengabaikan keselamatan anda.  

14.  Jika anda terlibat di dalam kemalangan, duduk di dalam kereta anda sehingga polis sampai. Di dalam kemalangan kecil terdapat pemandu yang akan meminta keterangan pemanduan seperti lesen dan insuran. Tunjukkan lesen dan insuran anda melalui cermin sahaja.  

15.  Jika anda diekori ketika di dalam perjalanan, jangan memandu pulang kereta anda sebaliknya pandu kereta anda ke balai polis atau balai bomba yang berhampiran. Bunyikan hon kereta anda. Jika tidak, pandu kereta anda ke stesen minyak atau ke kawasan tumpuan orang ramai dimana anda dapat menelefon polis.  

16.  Jangan tinggalkan kereta anda melainkan anda pasti bahawa anda akan dapat memasuki bangunan dengan selamat.  

17.  Cuba dapatkan nombor pendaftaran kereta serta mengecam kereta yang mengekori anda.  

18.  Jika boleh, cuba untuk memiliki sebuah telefon bimbit di dalam kereta anda untuk tujuan kecemasan. ( Pastikan juga bateri telefon anda di cas serta telefon anda boleh membuat panggilan) 

sumber: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

    Rabu, 10 Februari 2010

    Tayar Haus Antara Punca Kenderaan Bergetar

    Ada ketikanya pemandu kereta tidak selesa apabila stereng yang dipegang bergetar dan tidak stabil kerana berat ke sebelah kiri atau kanan. Lebih merisaukan apabila seluruh badan kereta ikut bergetar.
    Apabila berhadapan dengan keadaan ini, antara sebab utama kerosakan yang berlaku diberi perhatian termasuk tekanan tayar depan terlalu rendah atau ukurannya tidak sama, kehausan tayar depan tidak sama, kehausan atau kelonggaran sambungan sistem kemudi atau kotak gear stereng bergoyang, penyelarasan jajaran roda depan kurang tepat dan roda depan tidak seimbang.

    Jika menghadapi masalah seperti itu pemandu dan penumpang pasti tidak selesa, lebih-lebih lagi jika sedang dalam perjalanan jauh. Untuk itu, punca kerosakan dan getaran perlu diketahui. Apabila memandu kenderaan penumpang atau trak, terutama trak kecil diatas jalan kasar atau rosak, biasanya akan terasa ada goncangan sehingga stereng perlu dipegang dengan kuat. Namun demikian, anda juga dapat merasakan adanya getaran atau goncangan pada stereng dan badan kenderaan walaupun keadaan jalanraya datar dan baik, pada suatu kelajuan antara 70 kilometer sejam (kmj) dan 80km.
    Keadaan sebegini dinamakan 'shimmy'. Jadi, jika berhadapan dengan keadaan begini mula-mula periksalah tekanan tayar depan, keadaan sistem kemudi atau skru roda depan. Kemudian periksa kehausan tayar depan, sebaik-baiknya masih mempunyai rusuk bunga dengan tebal sekurang-kurangnya 2mm.
    Gunakan tayar baru untuk perjalanan keluar bandar. Ada kemungkinan getaran yang berlaku boleh dihilangkan apabila tayar yang sudah haus diganti dengan tayar baru atau setelah tayar kiri-kanan ditukar kedudukannya. Namun demikian, jika getaran masih terasa juga, sebaiknya pemeriksaan dilakukan dengan lebih teliti kerana dibimbangi kerana disebabkan kehausan atau kelonggaran pada sistem rod kemudi dan sistem gantungan depan; atau kerana penyelarasan penjajaran roda depan yang kurang tepat hingga menyebabkan roda tidak seimbang. Untuk memeriksa dan membuat pembaikan bagi masalah berkenaan diperlukan alat dan kemahiran. Roda tayar dilengkapi satu alat pengimbang. Alat itu menunjukkan letak dan besarnya pengimbang yang harus dipasang pada rim roda.
    'Shimmy' boleh terjadi apabila roda tidak dikunci dengan baik pada tempatnya, atau rod gandar tidak segaris dengan lubang pada roda. Jadi, banyak faktor yang boleh menyebabkan 'shimmy'; beberapa kesalahan dapat diperbaiki dengan mudah tetapi ada pula yang memerlukan kepakaran tertentu untuk mengatasinya.
    Sumber Maklumat: http://www.kereta2u.blogdrive.com/archive/1.html