Sabtu, 21 November 2009

TIPS KEWANGAN UNTUK ANAK-ANAK

1. Ajar anak anda permainan seperti MONOPOLY, PAYDAY, SAIDINA dsbnya.

2. Sediakan WALLET, POUCH, HANDBAG atau PURSE.

3. Belikan 2 TABUNG yang kecil & cute. Satu untuk simpanan tetap (tabung 1) & satu lagi untuk simpanan sementara (tabung 2). Setiap kali dapat duit, simpan 50% di tabung 1 & 50% di tabung 2. Gunakan tabung 2 (simpanan sementara) untuk membeli barang keperluan mereka. Ajar mereka untuk mendapatkan sesuatu, mereka harus membuat simpanan. Sekiranya mereka nak beli kasut berharga RM30.00, suruh mereka simpan sehingga Rm15.00 dan anda akan top-up selebihnya. Barulah mereka faham cara untuk mendapatkan sesuatu.

4. Buka AKAUN BANK untuk mereka.

5. Kenapa tabung simpanan tetap (tabung 1) bersaiz kecil? Untuk cepat penuh & mereka akan membawanya ke bank. Di sana mereka akan diberitahu tujuan membuat simpanan di bank. Mereka akan kerap ke bank untuk membuat simpanan tetap untuk masa depan mereka.

6. Untuk anak2 islam, latih mereka keluarkan 10% dari jumlah simpanan tabung 2 untuk disedekahkan di masjid pada setiap hari jumaat (semasa solat jumaat). Mereka akan faham KONSEP BERSEDEKAH dan FADILATNYA.

7. Latih juga anak anda membuat kerja seperti membasuh kereta, kemas bilik, jemur dan lipat baju. Berilah mereka upah sebagai kefahaman untuk mencari duit kita kena kerja. Latih mereka dengan UPAH BERBAYAR di hujung minggu.

8. Beritahu anak2 kenapa kita harus membeli semasa special offer, promosi, great saving dsbnya. Ajar mereka perlunya BERJIMAT. Tidaklah mereka asyik membeli di musim yang tiada sale.

9. Latih mereka MEMBUAT SENARAI YANG NAK DI BELI atau yang nak di ganti seperti baju sekolah, kasut sekolah, kasut sukan, alat tulis dsbnya. Bawa mereka ke pasaraya untuk melihat harga barang yang mereka kehendaki. Suruh mereka salin harganya. Balik rumah, bincang semula berapa kos yang diperlukan. Buka tabung ke-2 untuk mengetahui jumlahnya. Kira berapa lagi baki yang diperlukan. INGAT!! bantu mereka 50% dari jumlah keseluruhannya.

10. Sentiasa INGATKAN mereka supaya berjimat & beli yang perlu sahaja.

Sumber - Pari-Pari Duit Blogspot

Tiada ulasan: