Rabu, 30 Disember 2009

Kemalangan Ngeri di Lebuhraya Utara -Selatan

Kejadian kemalangan melibatkan bas ekspres banyak kali kita dengar. Setiap kali berlaku, pelbagai pihak menuding jari sesama sendiri. Pada masa itu barulah pihak berkuasa nak kuatkuasakan undang-undang yang tak brape nak kuat. Sebab kemalangan berlaku adalah banyak. Ada disebabkan kerosakan pada bas itu sendiri, keadaan persekitaran di kawasan kemalangan dan selalunya adalah disebabkan kelalaian pemandu bas itu sendiri.

Kali ini aku bukan nak cari kesalahan sape2 atau memberi komen tentang kemalangan bas ekspress 2 tingkat tapi aku nak bawa korang semua imbas kembali sejarah pembinaan Lebuhraya Utara - Selatan.

Sepintas Lalu...

Lebuhraya Utara-Selatan ialah projek lebuh raya kebangsaan pertama yang menghubungkan utara dan selatan Semenanjung Malaysia merentasi sembilan buah negeri menghubungkan bandar-bandar utama di bahagian barat Semenanjung Malaysia menjadikan ia lebuh raya terpanjang di Malaysia dengan panjang keseluruhan 847.7 kilometer, menghubungkan antara Bukit Kayu Hitam (dan dihubungkan dengan Lebuhraya Phetkasem
di Thailand) dan Johor Bahru.
Ia terbahagi kepada jajaran utara, Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Baru Lembah Klang dan jajaran selatan yang dihubungkan dengan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah. Ia dikendalikan oleh syarikat konsesi PLUS Expressway Berhad.
Faktor penyumbang kepada pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan adalah kemudahan rangkaian lebuh raya yang baik bagi menghubungkan bandar-bandar utama di barat Semenanjung Malaysia dan menjadikan Malaysia sebuah pusat pelaburan dan pelancongan utama di rantau Asia Tenggara. Dalam hasil kajian yang dijalankan pada tahun 1970an mendapati keseluruhan objektif tersebut boleh dicapai dengan adanya rangkaian lebuh raya yang lebih cepat dan selamat. Pada tahun 1977, Jabatan Kerja Raya telah menerima arahan rasmi untuk melukis pelan lebuh raya dari sempadan Malaysia-Thai (Bukit Kayu Hitam) ke Tambak Johor. Pada tahun 1980, Lembaga Lebuhraya Malaysia telah ditubuhkan untuk memantau proses kerja bagi lebuh raya kebangsaan pertama.
Pada masa itu, semua kerja pembinaan antara 1981 hingga 1988 diuruskan sepenuhnya oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia sebelum diserahkan kepada Plus Expressway Berhad pada tahun 1988. Pembangunan rangkaian lebuh raya pertama kebangsaan itu dijalankan secara berperingkat bermula dari tahun 1981 hingga 1995. Lembaga Lebuhraya Malaysia ditubuhkan pada tahun 1980 bagi memantau kerja pembangunan peringkat awal sebelum tugasan tersebut diserahkan sepenuhnya kepada PLUS Expressway Bhd mulai tahun 1988. Lebuhraya Utara-Selatan beroperasi secara berperingkat-peringkat:
  • *Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban - Peringkat pertama
  • * Lebuhraya Ipoh - Changkat Jering - sepanjang 60 km menelan belanja RM165 km. Panjang keseluruhan di Perak sahaja 220 km. Jambatan menyeberangi Sungai Perak sepanjang 366 meter. Sebuah terowong sepanjang 622 meter menerusi Banjaran Keledang dan terowong ini dinamakan sebagai Terowong Menora.
  • * Lebuhraya Ipoh - Bidor - sepanjang 48 km menelan belanja RM135 juta.
Peringkat pertama lebuh raya dibuka kepada pengguna pada Februari 1994. Keseluruhan projek itu siap 15 bulan lebih awal daripada perancangan awal dan ia dirasmikan oleh bekas perdana menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 8 Sep 1994.
Kemudahan di sepanjang lebuh raya
  • * Kawasan rehat dan rawat lebih kurang setiap 60 km
  • * Kawasan letak kereta lebih kurang setiap 2 persimpangan bertingkat
  • * Restoran bertingkat di Ayer Keroh dan Sungai Buloh
  • * Telefon kecemasan setiap 2 km
  • * Perkhidmatan PLUS Ronda untuk memberi bantuan ketika dalam keadaan seperti kerosakan enjin di lebuh raya.
Dengan adanya kawasan rehat dan rawat (R & R), kejadian pemandu letih dan mengantok tidak sepatutnya berlaku. ku pernah terbaca tentang sistem pengankutan awam di Jepun membabitkan bas ekspress/persiaran, lori dan pengangkutan awam lain yang menggunakan lebuhraya di Jepun. Seperti di negara kita, lebuhraya di sana juga mempunyai kawasan R & Ryang mana jarak antara satu R & R dengan yang lain adalah 40 minit perjalanan. Apa yang mereka praktikkan adalah dengan memastikan semua kenderaan pengankutan awam berhenti di setiap kawasan R & R tersebut. Ini menyebabkan perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 2 jam akan menjadi 4 jam atau lebih. Itu sebab orang Jepun suka naik bullet train sebab mereka akan sampai ke destinasi yang dituju dengan lebih cepat dan selamat.

Bagaimana kalo cara itu dipraktikkan di Malaysia? Sama-sama lah kita kaji perkara ini...

Tiada ulasan: