Rabu, 30 Jun 2010

KERJA DARI RUMAH

Portal Kerja Dari Rumah ini adalah satu lagi inisiatif  Yayasan Keusahawanan Sosial Malaysia (YKS) bagi mengujudkan peluang-peluang pekerjaan dari rumah. Konsep Keusahawan Sosial (Social Entrepreneurship) yang diperkenalkan oleh YKS telah banyak membantu anak-anak yatim, miskin dan anak-anak terbiar serta ibu-ibu tunggal.

Melalui Program Kerja Dari Rumah ibu bapa akan lebih banyak berada dirumah bersama keluarga . Kerja di rumah bersama-sama anak-anak adalah peluang terbaik bagi ibu bapa untuk bersama-sama dengan anak-anak. Ianya membolehkan kebajikan anak-anak terjamin dan anak-anak adalah terpelihara dari melakukan perkara-perkara yang tidak diingini.

Dengan tanggung jawab terhadap keluarga serta kemungkinan kerja-kerja tambahan dari kerja atau perniagaan dari rumah boleh menjadi lebih sukar seperti mana yang difikirkan oleh ramai orang. Bagaimana pun kebanyakan ibu bapa di rumah segera menyedari mengenai cabaran dan keseronokan.

Namun demikian, ibu bapa di rumah mempunyai kelebihan yang banyak dewasa ini. Kemudahan internet telah membuka banyak kemungkinan, dari perjumpaan bersama rakan baru secara atas talian kepada membawa masuk pendapatan, sementara berada bersama anak-anak.

Ibubapa yang bekerja di rumah tidak semestinya mendapat pekerjaan atau perniagaan dari rumah, tetapi jika itu adalah yang hendak dilakukan, maka sila dapatkan nasihat yang terbaik. Terdapat pelbagai penipuan program kerja dari rumah. Jadinya berhati-hatilah dalam menilai sebarang tawaran.

Bekerja di rumah dapat memberikan sebenar-benar kepuasan. Dapat berada bersama anak-anak sambil menambah pendapatan, dan tiada majikan selain dari diri sendiri.. Itulah antara keindahan yang boleh dinikmati dari urusniaga atas talian.

Anda tidak perlu bimbang mengenai apa-apa terma teknikal seperti TML atau pembinaan laman web. Segala-gala kemudahan ada di www.kerjadarirumah.com.my.

Bagaimana berada di rumah bersama anak-anak dapat mengubah keadaan?
  • Ibubapa selalu beranggapan mereka hanya akan berada bersama keluarga. Sekarang ini berkerjaya di rumah.
  • Ianya adalah perkara biasa bagi ibubapa yang telah bersara untuk kembali kepada kerja sementara terutamanya apabila anak-anak semakin dewasa.
  • Berada di rumah hanyalah merupakan pilihan bagi kebanyakan wanita sekarang ini, dan bukan lagi suatu ketentuan.
  • Bekerja di rumah, memulakan perniagaan dari rumah dan berinteraksi secara jarak jauh telah berkembang dengan pesatnya sekarang ini.
  • Terdapat para bapa yang tinggal dirumah sementara si ibu yang menjadi penanggung keluarga.
Dewasa ini, berlainan dengan sebelumnya, kita hidup dalam era maklumat. Ramai yang menagih maklumat yang dapat mendidik, memberi penerangan atau setidak-tidaknya memberikan sedikit keselesaan dalam kehidupan mereka. Dua puluh empat jam sehari, tujuh hari seminggu, terdapat permintaan yang tinggi terhadap maklumat di serata dunia. Berita baiknya adalah, anda akan mendapat keuntungan dari program ini.

Adakah anda berminat untuk bekerja di rumah? Disini ada beberapa kelebihan bekerja di rumah?

1)           Tiada kesesakan lalulintas

2)           Peluang untuk bersama keluarga terutama anak-anak dengan lebih lama lagi

3)           Mengunakan teknologi internet untuk mengembangkan perniagaan

4)           Menjimatkan wang dari perbelanjaan perjalanan (kenderaan, petrol, parkir dsb)

5)           Mengawal masa sendiri

Anda mungkin telah jemu dengan program MLM, jualan langsung dan pelbagai perniagaan sebelum ini. Tetapi adakah ianya benar-benar "perniagaan dari rumah"? Tidak benarlah jika anda perlu bergerak untuk menghadiri perjumpaan, persembahan dan sesi latihan. Ianya menjadi perniagaan yang bergerak.

MLM bukan perniagaan/kerja dirumah jika anda tidak berada dirumah!

Adakah anda menyedari bagaimana internet dapat memberikan kemudahan kepada anda bekerja di rumah serta membina perniagaan yang berjaya dalam masa yang sama?

Mahukah anda menggunakan internet sambil berada di rumah?

Program www.kerjadarirumah.com.my kami membolehkan anda menggunakan teknologi terkini ketika anda berada di rumah sambil bekerja. Anda akan hanya perlu menyertai perjumpaan, persembahan dan latihan hanya pada peringkat awal.

Kami telah berjaya membantu orang ramai untuk bekerja dirumah dan membina perniagaan yang berjaya secara online. Kami sedang mencari pelopor yang berkemahuan untuk menjadi mereka yang mengguna dan membesar dengan teknologi kami di pasaran tanpa sempadan.

Tiada ulasan: