Setelah  berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa  hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan  untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak  dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang,  Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang  perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di  dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan,  senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.
Ketika  tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari  untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi  begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini  suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana?  Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk  Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara  harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil  masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang  setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan,  adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya  dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum  lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal  melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang  mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering  menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku  metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya  sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku  metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat  menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu  saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau,  adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya  yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia  menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik  untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik  tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga  beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya  perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar  sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah  hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad  yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau  daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan  mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan  penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat  orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan  untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika  saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara  pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama  perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau  fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan,  menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama.  Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara  yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan  hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi  anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan  hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini  akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami  pelajaran disekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo,  apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok,  dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam  merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel ,  siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak  manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok  bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu  penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan  DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar  rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)
Perhatian  saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi  cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam,  diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam  pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka  memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi  mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu  kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat  meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak  itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate  (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik  terdiri dari kaum Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga  6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan  pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi  saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza  tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala  pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari  pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg  diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya  ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara  disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
Selanjutnya  pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini  murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan  mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya  lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa  senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute  tinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yang diberi  keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat  mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir  tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan  projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda  (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda  terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja  sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka  dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis  yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan  fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan  ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala  mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan  menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti  Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini  guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang  orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai  adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan?  Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan?  Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi  bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah  tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan  kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan  kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan  mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca  cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan  ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New  York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan  untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka  sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa  hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya,  pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh  dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa,  beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu  mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah  tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam  lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya  ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik  untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk  pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah  tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga  sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola  keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron  (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si  perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan  sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali  untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini  bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap  pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya  begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir  serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran  mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah  sebuah pulau sebesar Manhattan !!
Anda mungkin  musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah  menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika  anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun  bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan  harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya  berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana?  Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka  dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka  begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah  kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan  akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini,  saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu  zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi  saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah,  mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi?  Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan  perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira  hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang  cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah  saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat  menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai  'Mengapa saya gemarkan tomato!  ' Selamat sejahtera dan semuga kita  dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan  manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Penulis : Dr. Stephen Carr Leon
Di  alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of  SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.
 
 
 



