Ogos datang lagi. Tahun  ini kita akan menyambut kemerdekaan ke-53. Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin  telah melancarkan kempen Kibar Jalur Gemilang di Kangar secara  besar-besaran. Ia menandakan bermulanya sambutan Bulan Kemerdekaan ke-53  bertemakan '1Malaysia Menjana Transformasi'. 
Sambutan Bulan Kemerdekaan pada tahun ini bermula dengan pelancaran  kempen Kibar Jalur Gemilang di Perlis dan dijangka berakhir dengan  sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka, Kota Kinabalu pada 16  September, manakala sambutan Hari Kebangsaan pula akan berlangsung pada  31 Ogos di Stadium Putra Bukit Jalil.
Sambutan seumpama ini telah menjadi tradisi di negara kita setiap  tahun bagi memperingati semula detik kemerdekaan negara yang dicapai  pada 31 Ogos 1957. Ironinya, pelancaran kempen Kibar Jalur Gemilang dan  Bulan Kemerdekaan pada tahun ini dilaksanakan selang sehari selepas  sambutan Hari Pahlawan pada 31 Julai lalu. Kedua-dua peristiwa ini  mempunyai nilai signifikan dan hubung kait yang cukup kuat. 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan