Sabtu, 24 Disember 2011

Cameron Highland

Pada cuti raya yang lepas, saya berpeluang membawa family untuk berjalan-jalan di Cameron Highlands sambil menghabiskan baki cuti raya. Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai bersuhu antara 100c hingga 200c. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.


Secara keseluruhan Cameron Highlands merupakan kawasan tanah tinggi yang paling menarik di Malaysia .Keindahan di Blue Valley Tea Estate,Gunung Brinchang,Tringkap dan petempatan Orang Asli Sungai Ruil cukup memukau. Ladang yang menghijau dan indah di sini diusahakan oleh Sungai Palas Boh Tea Plantation. 

Lain-lain tarikan ialah Wild Orchid Farm,Green Farm,Rose Valley Village,Butterfly Farm,Butterfly Garden,Kea Farm, Pasar Sayur,Uncle Sam Farm,Cactus Point,Tokong Sam Poh ,Cactus Valley,Strawberry Farm,rumah rehat dan padang golf. Di puncaknya terletak Balai Polis Cameron Highlands dan Balai Bomba Cameron Highlands. Di sini juga terletaknya Gunung Beremban,Gunung Jasar ,Gunung Perdah dan Air Terjun Robinson.Lain-lain lokasi ialah Ringlet danKampung Lembah Bertam Stesen Janakuasa elektrik Cameron Highlands berfungsi sebagai pembekel elektrik.

Antara tempat yang sempat di lawati adalah Kea Farm. Kea Farm adalah salah satu lokasi untuk memberli belah di sini. Terletak berhampiran Hotel Equatorial, Pasar Kea Farm merupakan tumpuan kepada petani menjual hasil tanaman mereka kepada pengunjung dan penduduk tempatan. Bunga segar, cenderahati dan hasil kraf tangan adalah antara produk yang dijual di pasar ini selain dari sayur dan buahan segar.



 Tarikan Pelancong
  • Taman bunga: Cactus Point 500 meter dari Kea Farm
  • Ladang Teh: Ladang Teh BOH, Bharat tea, Sungai Palas Boh, Blue Valley Tea
  • Kebun Sayuran: Terdapat di kebanyakan kampung seperti Kea Farm, Tringkap dan Kuala Terla.
  • Taman bunga: Rose Centre, Rose Valley.
  • Kebun Buah Strawberry.
  • Taman rama-rama.
  • Tokong Sam Poh di Brinchang
  • Jungle Trekking
  • Pasar Sayur dan Pasar malam
  • The Smoke House, The Lake House, Strawberry Park
  • Homestay Kampung Taman Sedia, Tanah Rata.
Hotel
  • Bala's Chalet
  • Heritage Hotel
  • Century Pines Resort
  • Equtorial Hill Resort
  • Rosa Pasadena
  • Casa De La Rosa
  • De La Ferns
  • The Smoke House
  • The Lake House
  • Iris House
  • Star Regency
  • Rainbow Hotel
  • Shahzan Inn
  • Strawbery Park Resort
  • Cameron Highlands Resort (sebelumnya Merlin Inn Resort)
  • Hillsview Hotel
  • Kavy Hotel (Budget Hotel)
  • Sri Pahang House
  • Ye Olde Smokehouse
  • Shal's Apartment
  • Parit Falls
  • New Garden Inn,Tanah Rata
  • Father's Guest House
  • Heritage Hotel
  • The Cool Point Hotel
  • Lakehouse House
  • Kalai Villa Apartment (Tanah Rata)

View Larger Map

Tiada ulasan: