Perjalanan 1000 batu bermula 
dengan langkah pertama. Dalam 1000 batu itu, langkah paling susah ialah 
langkah pertama sebab momentum kejayaan belum lagi bermula. Malangnya kebanyakkan orang ‘putus-asa’ ketika mereka masih di tahap 
“langkah pertama”. Pendek kata, mereka sudah tewas ketika masih belum 
benar-benar bermula lagi…
 Dalam konteks pelaburan emas:
 a. Kita tak akan faham tinggi rendah harga emas selagi belum bermula. 
Hanya bila sudah bermula sahaja, baru kita faham harga tinggi rendah 
sebab kita sudah ada 
BENCHMARK tersendiri.
b. Kita lambat faham 
tentang 
ILMU PELABURAN EMAS itu sendiri selagi tak bermula. Mungkin ada 
guru emas dah terangkan panjang lebar, tapi kita susah hadam penerangan 
tersebut selagi tak bermula.
c. Selagi tak bermula, kita susah faham segala 
PROSEDUR berkaitan dalam jual beli emas.
Bermula Dulu Dengan Kecil. Jadi cara yang terbaik, dapatkan ilmu asas dahulu melalui pembacaan 
blog atau facebook guru-guru emas, kemudian terus bermula dengan bajet 
kecil. Mulakan dahulu walaupun dengan coin 1 dinar atau gold bar 1
 gram. Anggap belian pertama itu sebagai pengalaman pertama untuk 
BELAJAR, dan untuk merasai, bukan untuk jana keuntungan lagi.
 
Bila sudah bermula, kita akan nampak jalan lebih luas dihadapan kita 
untuk terus maju, insyaAllah. Waktu dah mula ‘nampak’ tentang emas, kita
 perlu 
ADJUST halatuju sebenar serta tindakan yang perlu kita ambil 
untuk capai matlamat tersebut.
 Apa pun usahakan ke arah kejayaan,
 jangan ambil masa terlalu lama untuk bermula. Mulakan dahulu, adjust 
kemudian. Jangan sekali-kali tunggu “perfect-time” sebab “perfect-time” 
yang kita tunggu-tunggu itu sebenarnya tidak wujud…
 Wasalam
 Herdi Helmi
Harimau Mint Gold
 Authorised Agent 
www.harimaumint.gold.my/hm01335