Jumaat, 18 Disember 2015

✨✨::>>>Celik Emas<<<::✨✨


1. Mula sedar tentang emas - lalu membuat research mengenainya sama ada melalui forum-forum di internet, blog-blog, laman sosial atau bahan-bahan bacaan bercetak.

2. Perasaan ingin tahu yang sangat kuat dan merasakan aura emas.

3. Merasa tidak sabar untuk memiliki emas,dan apabila memiliki emas,akan timbul perasaan teruja yang mendorong penyimpan emas untuk menceritakan tentang emas kepada orang lain pula.


4. Timbul kesedaran mengenai helah wang kertas dan berusaha untuk mencari lebih maklumat mengenainya.

5. Menyedari akan hakikat bahawa wang yang sebenar ialah dinar dan dirham,namun untuk mengaplikasikannya sekaligus amatlah payah.Maka usaha untuk menggunakannya secara kecil-kecilan dalam komuniti kecil amatlah sesuai di peringkat awal ini.

6. Mengambil langkah memperkenalkan emas dan perak terlebih dahulu dan menggalakkan orang lain menyimpan emas sebagai aset yang unggul,kalis inflasi dan mengelakkan dari menyimpan wang kertas yang susut nilai.Simpanan wang kertas hanyalah untuk keperluan seharian dan sebagai medium pertukaran on the spot.

7. Sedar wang kertas penuh dengan riba,dan berusaha untuk mengurangkannya kerana untuk membuang 100% belum dapat lagi dilaksanakan.Maka dengan simpanan emas dan seterusnya penggunaan dinar dan dirham dapat mengelakkan dari riba secara terus menerus.

” Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah SWT (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala yang menyusahkannya)”

8. Bertindak menjadi peniaga emas untuk memudahkan usaha untuk memperkenalkan emas kepada lebih ramai orang.Ini juga dapat meningkatkan ekonomi orang Islam dari seorang umat kepada seorang umat yang lain.

Sabda Nabi Muhammad SAW,
“Peniaga yang benar dan jujur lagi beramanah,Allah SWT akan menempatkan mereka bersama para Nabi,Sidiqqin, dan para Shuhada”

-Riwayat At Tarmizi

‪#‎emas‬ ‪#‎syilingemas‬ ‪#‎syiling‬ ‪#‎harimau‬ ‪#‎mint‬ ‪#‎gold‬ ‪#‎harimaumintgold‬ ‪#‎malaya‬ ‪#‎1g1bulan‬ ‪#‎murah‬ ‪#‎exclusive‬ ‪#‎limited‬

Tiada ulasan: