Selasa, 10 Ogos 2010

Ramadhan Datang Lagi....

Pose datang lagi...esok kita semua akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan atau lebih popular dengan ‘bulan puasa’. Ia juga merupakan berita malang kepada perokok-perokok tegar seperti saya kerana hanya tinggal 1 hari sahaja lagi masa yang ada untuk hisap rokok puas-puas. Setiap tahun saya berazam untuk mengurangkan merokok tatkala muncul Ramadhan tapi tidak pernah pun berjaya. wife kat umah tu pun dah selalu bising.

Apa-apa pun aku nak mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Rabu, 4 Ogos 2010

ATM sedia hantar pengaman ke Gaza

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia menghantar pasukan pengaman ke Gaza di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada bila-bila masa demi keamanan dan kesejahteraan rakyat Palestin.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan yakin dengan kemampuan pasukan pengaman ATM dalam mewujudkan kesejahteraan di Gaza berdasarkan prestasi beberapa misi pasukan itu seperti di Lebanon selama ini.

Beliau menjelaskan, keyakinan itu juga berdasarkan penerimaan baik masyarakat Asia Barat terhadap penugasan pasukan pengaman ATM di sana yang dilihat sentiasa memahami dan menghormati budaya rakyat tempatan.

"Bagaimanapun misi untuk mewujudkan pasukan pengaman Malaysia ke Gaza perlu diluluskan oleh resolusi PBB terlebih dahulu. Usaha mewujudkan keamanan dan kesejahteraan di kalangan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza memang sentiasa menjadi dasar kerajaan kita selama ini," katanya.

Beliau ditemui selepas menerima kunjungan hormat delegasi Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei, Kolonel Yusof Abd. Rahman di pejabatnya sini hari ini. Terdahulu, Ahmad Zahid menerima kunjungan hormat delegasi Panglima Angkatan Tentera Singapura, Leftenan Jeneral Neo Kian Hong dan delegasi Setiausaha Pertahanan Timor Leste, Dr. Julio Tomas Pinto. Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Jen. Tan Sri Datuk Azizan Ariffin.


* Sumber: utusan malaysia

Sambutan bulan kemerdekaan


Ogos datang lagi. Tahun ini kita akan menyambut kemerdekaan ke-53. Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan kempen Kibar Jalur Gemilang di Kangar secara besar-besaran. Ia menandakan bermulanya sambutan Bulan Kemerdekaan ke-53 bertemakan '1Malaysia Menjana Transformasi'. 

Sambutan Bulan Kemerdekaan pada tahun ini bermula dengan pelancaran kempen Kibar Jalur Gemilang di Perlis dan dijangka berakhir dengan sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka, Kota Kinabalu pada 16 September, manakala sambutan Hari Kebangsaan pula akan berlangsung pada 31 Ogos di Stadium Putra Bukit Jalil.

Sambutan seumpama ini telah menjadi tradisi di negara kita setiap tahun bagi memperingati semula detik kemerdekaan negara yang dicapai pada 31 Ogos 1957. Ironinya, pelancaran kempen Kibar Jalur Gemilang dan Bulan Kemerdekaan pada tahun ini dilaksanakan selang sehari selepas sambutan Hari Pahlawan pada 31 Julai lalu. Kedua-dua peristiwa ini mempunyai nilai signifikan dan hubung kait yang cukup kuat. 

XP: "Show hidden files and folders" not work

A few days back, in quest to find a solution with my window xp (show hidden files and folders was not working at all). The problem is every time I, selected the radio button “Show hidden files and folders”, and then press Ok .. the changes would just disappear upon opening the dialog again. It was probably some virus attack after which the Windows registry was not being updated properly. So here is what I  find to restore it back. There are so many methods to restore back the registry. If one method is not working, please try another one.

Method 1:

Go to registry editor by running regedit in the run box.
Go to this key:
HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer\Advanced
In the right hand area, double click hidden and change the value to 1.
Now you’re all set to go. Check it in your tools menu if the changes have taken effect.

Method 2: (By Random Hajile)

1. Click “Start” -> “Run…” (or press Windows key + R)
2. Type “regedit” and click “Ok”.
3. Find the key: HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer
Advanced\FolderHidden\SHOWALL
4. Look at the “CheckedValue” key… This should be a DWORD key. If it isn’t, delete the key.
5. Create a new key called “CheckedValue” as a DWORD (hexadecimal) with a value of 1.
6. The “Show hidden files & folders” check box should now work normally. Enjoy! :)

Method 3: (By Denny)

1- Click Start –> Run –> regsvr32 /i browseui.dll –> enter
A confirmation message will appear like given below
2- Click Start –> Run –> regsvr32 /i shell32.dll
Wait for the confirmation and click OK.

Method 4:

If none of the above methods work, please download Smart Virus Remover from here:

Using this Virus Remover please restore your Windows settings and your show hidden files and folders will be set to default.

Please spare a few moments from your precious time and tell us about your experiences.

Selasa, 27 Julai 2010

Cara-cara membuat pelaburan emas di Malaysia

Terdapat beberapa cara membuat pelaburan emas di Malaysia.
Antaranya ialah:
Dengan membaca info diatas, anda akan mendapati bahawa terdapat beberapa peluang membuat pelaburan emas di Malaysia, pilihlah yang mana satu anda berkenan :)
 
Publish Post

 * Sumber - Blog Jutawan Emas

Mengapa anda perlu membeli emas?

Untuk pengetahuan anda, emas merupakan simpanan/pelaburan yang amat baik untuk jangkamasa sederhana dan panjang.
Ini kerana nilai emas sentiasa meningkat dalam jangkamasa panjang.
Saya ambil contoh syiling Kijang Emas:

Harga untuk 1 Oz (31.10 gram) syiling Kijang Emas pada 18 Julai 2001 ialah RM1082.00 dan pada 17 Jun 2008 – harganya ialah RM3048.00 !!!
Ini adalah kenaikan harga sebanyak 181.70% dalam masa 7 tahun atau purata kenaikan 25.95% setahun!!
 


Harga Emas dunia 10 tahun

Dalam konteks harga emas pasaran dunia, mari lihat carta ini:


Pada Jun 1998, harga emas adalah 300 USD per Oz (RM30.86/gram)
Pada Jun 2008, harga emas mencecah 890 USD per Oz (RM91.50/gram)
Ini adalah kenaikan 284% dalam 10 tahun bersamaan 28.4% setahun!
Ini jelas membuktikan bahawa pelaburan di dalam emas sangat stabil, hebat dan memberikan pulangan yang tinggi (sekitar 25 – 28% setahun)

Isnin, 26 Julai 2010

SIMPANAN DANA KECEMASAN


Dana Kecemasan

"Dana kecemasan" biasanya adalah satu dana yang disimpan untuk membayar perbelanjaan di luar jangkaan. Sebagai contoh:

    * Tayar kenderaan anda perlu ditukar dengan yang baru.

    * Rumah anda penuh dengan anai-anai dan memerlukan   rawatan pakar makhluk perosak.

    * Ahli keluarga anda memgalami masalah kesihatan yang memrlukan pembedahan segera.

    * Rumah anda dimasuki pensuri dan kehilangan kesemua barangan berharga.

    * Tiba-tiba syarikat anda bankrap.

Senarai ini boleh berterusan panjangnya dan anda mungkin tidak mengalami hanya satu daripadanya, tetapi kesemuanya serentak! Jika kesemua masalah ini berlaku secara serentak anda akan mengahadapi saat paling getir di dalam hidup.

Mengapa Perlu Ada "Dana Kecemasan"?

Kehidupan setiap orang mempunyai turun naiknya, hari baik dan hari sukar.  Apabila anda menyimpan untuk waktu kecemasan, anda melindungi diri anda dan keluarga anda. Anda bersedia untuk situasi-situasi yang tidak diduga, pada waktu itulah anda memerlukan simpanan duit kecemasan untuk masa-masa sukar.

Amat mudah untuk terperangkap dalam hutang lebih-lebih lagi hutang kad kredit dan ceti haram jika anda tidak mempunyai duit simpanan. Anda perlu membayar bil dan memastikan hutang kad kredit sentiasa rendah walaupun ketika sesuatu yang tidak diduga berlaku ke atas anda.

Oleh kerana tiada siapa yang boleh menjangkakan masa hadapan, setiap daripada kita memerlukan dana kecemasan.


Bagaimana saya boleh menyimpan, sedangkan saya tidak mempunyai banyak duit?

Caranya ialah:

    * Simpan duit untuk diri sendiri terlebih dahulu.

    * Buka satu "akaun simpanan automatik" yang membolehkan anda mengeluarkannya ketika kecemasan.

    * Turunkan perbelanjaan anda dengan berbelanja secara bijak.

    * Tetapkan beberapa syarat untuk menggunakan duit, iaitu syarat yang BENAR-BENAR ketat.

    * Cuba sehingga anda berjaya dan janganlah cepat berputus asa.



Simpan Sendiri Terlebih Dahulu

Pada kebanyakan masa apabila kita mendapat gaji, kita mula membayar untuk itu dan ini, dan kepada orang lain terlebih dahulu, hanya selepas itu kita menyimpan bakinya. Ini adalah terbalik. Ia adalah duit anda dan anda berhak menyimpan sebahagiannya untuk diri dan keluarga anda.

Jangan berputusa asa jika anda hanya dapat menyimpan sedikit. Menyimpan satu Ringgit sehari atau RM10 seminggu, mungkin tidak banyak tetapi dihujung tahun, anda akan mempunyai RM365 atau RM520. Seperti pepatah Melayu ada mengatakan,"Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit!". Adalah lebih baik untuk menyimpan sedikit setiap minggu daripada cuba menyimpan dengan banyak dan gagal.

Apabila anda menyimpan terlebih dahulu, anda akan dapat memastikan perbelanjaan mengikut baki duit yang ada. Jika anda tidak nampak duit, anda tidak berpeluang untuk membelanjakannya.



Berapa banyak yang patut disimpan

Sebagai garis panduan, sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan anda. Adalah lebih baik bermula dengan jumlah yang anda selesa dan secara perlahan-perlahan menuju ke arah matlamat itu. Sudah tentu jika anda boleh simpan lebih, itu adalah lebih baik.

Matlamat anda adalah untuk menyimpan dana kecemasan yang cukup untuk tiga ke enam bulan perbelanjaan bulanan anda. Anda boleh melakukannya dengan cuba menyimpan perbelanjaan seminggu, kemudian dua minggu dan secara perlahan bertambah kepada sebulan dan seterusnya.



Di manakah saya perlu menyimpan "Dana Kecemasan" saya?

Dana kecemasan anda perlu disimpan dalam satu akaun yang senang untuk anda keluarkan di dalam waktu-waktu kecemasan. Anda boleh memilih untuk membuka Akaun Simpanan dengan bank tetapi memilih untuk tidak memiliki kad ATM. Alternatifnya, anda juga boleh memilih untuk melabur sebahagian darinya ke dalam dana Amanah Saham kerajaan. Pilih dana yang memastikan keselamatan kepada kapital anda sementara memberikan pulangan yang berpatutan.

Apabila anda mendapat pendapatan, ingat untuk menyimpan bagi diri sendiri terlebih dahulu. Cara yang mudah untuk melakukan ini ialah dengan berdaftar dengan skim potongan gaji. Anda boleh meminta majikan anda atau bank anda untuk menyimpan sebahagian daripada gaji anda ke dalam akaun simpanan/amanah saham anda setiap bulan. Ingat bahawa akaun ini adalah untuk kecemasan sahaja dan seboleh yang mungkin, anda tidak akan menggunakannya untuk tujuan lain!


Bagaimana saya boleh tahu bila "Dana Kecemasan" dapat digunakan?

Keputusan ini bergantung pada situasi anda. Anda perlu memikirkan hal ini dengan lebih awal dan kemudian patuhi syarat-syarat anda sendiri.

Soalan-soalan berikut mungkin boleh membantu anda dalam menetapkan beberapa syarat:

    * Adakah perbelanjaan ini satu keperluan atau kehendak?

    * Adakah saya benar-benar perlu membelinya hari ini?

    * Apa yang akan berlaku jika saya tidak membelanjakannya sekarang?

    * Bolehkah saya mendapat pengganti yang lebih murah?

    * Adakah cara lain untuk saya membayar perbelanjaan ini tanpa perlu berhutang?

    * Jika saya menggunakan duit ini hari ini, bagaimana perasaan saya tentang keputusan saya ini pada bulan hadapan?


Sentiasa ingat bahawa ini adalah "Dana Kecemasan" anda dan jika ia bukan kecemasan, anda tidak akan menyentuhnya.

Kesimpulan

"Dana Kecemasan" ini adalah penyelamat dan pastikan ia cukup besar untuk melindungi anda dan keluarga anda apabila menghadapi hari-hari sukar

Jadi, mula bina dana ini sekarang dan ia mungkin penyelamat anda suatu hari nanti.



Info dari : http://www.akpk.org.my

TIP MENGURUSKAN KEWANGAN

Dalam mengurus kewangan dan merancang perbelanjaan khususnya untuk diri sendiri mahupun untuk keluarga bukanlah sesuatu yang sukar untuk kita mengadaptasikan prinsip pengurusan kewangan di dalam kehidupan kita seharian. Memang ada di antara segelintir kita yang ‘tahu' iaitu mempunyai pengetahuan dalam mengurus kewangan dan mengawal perbelanjaan seharian mereka, namun masih ada juga di antara kita yang ‘malas' untuk mengadaptasikannya atau melaksanakannya dalam kehidupan seharian kita. Tetap masih ramai yang tertanya-tanya apakah ‘konsep asas' dalam pengurusan kewangan dan mengawal perbelanjaan. Disini disertakan beberapa konsep asas pengurusan kewangan untuk diparktikkan oleh para pengguna:


TIP 1 : Menentukan Matlamat Kewangan

Matlamat atau dalam istilah lainnya ‘target' sebagai pengguna. Samalah konsepnya seperti zaman semasa belajar duhulu. Dalam konteks mengurus kewangan, kita harus tahu akan matlamat kewangan kita itu. Ke mana ianya hendak digunakan!

Contohnya, mungkin ada di antara kita yang bermatlamat untuk :

    * menyambung pelajaran;
    * membeli sebuah rumah;
    * berkahwin;
    * berbulan madu;
    * perbelanjaan rumahtangga;
    * pendidikan anak-anak;
    * mengerjakan ibadah Haji;
    * perbelanjaan sewaktu persaraan;
    * dan banyak lagi!

Jelasnya di sini ialah kita telah nampak apakah matlamat kewangan kita. Apabila kita sudah nampak akan matlamat kewangan kita, sudah pasti aliran kewangan kita akan menjadi lebih teratur dan terancang. Seterusnya kita juga perlu tahu jangka masa untuk kita mencapai matlamat kita tadi. Sama ada matlamat tersebut akan dicapai dalam jangka masa yang pendek, sederhana atau pun panjang. Contohnya, merancang untuk mengerjakan ibadah haji untuk 3 tahun akan datang. Jadi pengguna harus terus melakukan simpanan yang lebih ke dalam akaun Tabung Haji demi untuk mencapai matlamat tersebut.


TIP 2 : Mengawasi Tabiat Berbelanja

Jika kita merasakan sewaktu penghujung bulan kita gagal untuk menyimpan duit. Inilah masanya untuk kita memantau dan mengawasi perbelanjaan semasa kita. Yang penting di sini ialah kita perlu menyemak semula ke manakah ianya telah dihabiskan atau dibelanjakan. Adakah ianya cenderung ke arah keperluan atau kehendak semata-mata. Jika ianya berdasarkan kehendak semata-mata, dan seterusnya menyebabkan kita gagal untuk menyimpan. Tabiat tersebut haruslah segera diubah.


TIP 3 : Menulis Rancangan Atau Pelan Perbelanjaan

Ramai yang telah tahu akan konsep ini tetapi masih ramai juga di antara kita yang malas untuk mengamalkannya. Cuba tanya diri kita selama ini, pernahkah kita melakukan pelan perbelanjaan sebelum berbelanja? Ramai di antara kita apabila terima saja duit gaji, perkara pertama yang difikirkan adalah untuk membayar hutang atau liabiliti yang ada. Kemudiannya, bila nampak saja duit yang lebih terus digunakan untuk berbelanja sepuas-puasnya hingga lupa untuk melakukan simpanan. Bagi mengelak perkara ini dari terus terjadi. Sepatutnya kita perlu menulis dan merancang perjalanan perbelanjaan tersebut. Apabila kita menerima duit gaji atau pendapatan bulanan, kita perlulah menulis ke manakah ianya hendak dibelanjakan. Jadi apabila kita tahu akan perjalanan perbelanjaan sudah tentu kita akan tahu arah tuju wang kita tadi dibelanjakan dan digunakan.


TIP 4 : Menyimpan Terlebih Dahulu Sebelum Berbelanja

Konsep perbelanjaan yang betul dan sepatutnya adalah :
Pendapatan - Simpanan = Hutang + Perbelanjaan
Dan bukannya :
Pendapatan - (Hutang + Perbelanjaan) = Simpanan

Maksudnya di sini ialah setiap kali memperolehi gaji bulanan sepatutnya yang diutamakan terlebih dahulu adalah melakukan simpanan kemudian barulah digunakan untuk tujuan pembayaran hutang dan perbelanjaan.
Tetapi malangnya kebanyakkan daripada kita, apabila terima saja duit gaji. Ianya terus digunakan untuk untuk membayar hutang dan berbelanja. Tetapi di dalam melakukan simpanan pulak, ianya dikecualikan. Simpanan akan dilakukan apabila mempunyai lebihan wang. Ini adalah konsep yang salah sebenarnya.


TIP 5 : Perbelanjaan Isi Rumah (Household)

Beli secara borong. Misalnya kalau anda biasa berbelanja RM4 sehari untuk snek dan air bersamaan RM80 sebulan. Belian secara borong mungkin hanya bersamaan RM30 sahaja. Rancang perbelanjaan anda. Beli barang di pasar raya besar (hypermarket)  yang menawarkan harga yang lebih murah apabila dibeli dalam kuantiti yang banyak seperti pencuci rambut, sabun dan lain-lain barang keperluan rumah. Buat perbandingan harga sebelum membeli barangan tersebut.


TIP 6 : Kad Kredit

Sebaik-baiknya guna wang tunai untuk mengelakkan terlebih belanja (overspent). Jika ingin digunakan juga selesaikan pembayaran dalam masa 20 hari, iaitu waktu bebas faedah (interest free period). Sekiranya anda mempunyai simpanan seperti simpanan tetap yang memberikan 4% faedah setahun berbanding hutang kad kredit yang dikenakan 18% setahun, lebih baik keluarkan simpanan untuk menyelesaikan hutang.


TIPS 7 : Fikirkanlah Masa Depan!

Seterusnya, jika kita merasakan ilmu pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan itu tidaklah penting. Kita telah silap. Pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan merupakan perkara yang harus dipratikkan oleh setiap orang. Sekiranya bukan untuk hari ini ia pastinya mendatangkan manfaat untuk kita di masa hadapan. Segalanya memerlukan pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan yang teliti. Jika tanpa kedua-duanya ini, sudah pasti kita tidak akan tahu akan tujuan kewangan kita sebenarnya. Pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan yang teratur amat penting bagi setiap individu demi menjamin kesejahteraan hidup.
* sumber - Portal Smart Consumer

Rabu, 14 Julai 2010

Koleksi E-Book Percuma

SILA DAPATKAN SENASKAH E-BOOK PERCUMA YANG ADA DALAM KOLEKSI AKU. E-BOOK INI BOLEH LAH KORANG JADIKAN SEBAGAI PANDUAN DALAM MENJALANKAN PERNIAGAAN ATAU APE SAHAJA YANG ANDA CEBURI. KOLEKSI INI AKAN DITAMBAH DARI MASA KE SEMASA. BUAT MASA SEKARANG KOLEKSI YANG ADA ADALAH SEPERTI DI BAWAH.

(14 JULAI 2010)

1. PETUA PENGURUSAN KEWANGAN.

2. APA ITU BLOG?

3. CARA PROMOTE BLOG ANDA.

Rahsia dr Alam Siber

Saya terjumpa formula rahsia ini hanya beberapa bulan lepas. Sebelum itu, saya telah bertungkus-lumus mencari dan mencuba pelbagai teknik yang agak complicated, sukar, canggih dan bunyi macam terlalu hebat. Rupanya hanya ada satu teknik mudah yang tanpa kita ketahui saat ini.

Pada saya teknik ini ia tidak memerlukan anda mempunyai usaha yang berkekalan. Hanya sekali lakukan dan lihat apa terjadi. Ia adalah teknik yang kekal, jadi anda tidak perlu berusaha setiap hari untuk memastikan factor-faktor seperti trafik masuk ke halaman web. Tiada risiko juga dalam melakukan teknik ini.

Saya menjumpai teknik ini semasa mencari laman web hosting file. Apabila saya menjumpai teknik, maka barulah duit mula masuk poket. Memang ajaib.

Teknik saya ini memang cukup ringkas. Walaupun ringkas, tetapi saya memberikan segala teknik secara PERCUMA dan detail supaya sesiapa boleh terus lakukannya tanpa was-was. Jadi, saya sertakan banyak sekali screen capture. Saya tidak akan berikan banyak alternatif lain. Apa yang anda perlu lakukan ialah mengikut langkah-langkah ini dan moga-moga ia juga berjaya untuk anda.

Jadi, apa dia teknik rahsia saya ini?
Teknik ini mungkin bunyinya terlalu mudah. Tetapi cara untuk memastikan anda dapat lakukan ini adalah dengan mengikuti langkah penuh secara tepat arahan-arahan di dalam E-Book saya ini. Anda mungkin tidak ada idea langsung untuk melakukannya.

Saya berikan E-book ini secara percuma kepada anda semua dengan cara download sahaja link di bawah ini. Anda hanya perlu copy & paste URL di bawah ini:

http://www.ziddu.com/download/10703182/duitziddu.pdf.html