1. Harga minyak terpaksa dinaikkan ekoran harga minyak di peringkat antarabangsa melambung tinggi.Kenapa pula Malaysia perlu sakit??Sedangkan Malaysia negara pengeluar minyak bukan pengimport minyak. Kalau harga minyak dunia naik maka negara kita akan bertambah kaya.
Analogi yang lain, kalau kita ada dusun durian, tentu kita dan keluarga gembira kerana harga buah durian mahal. Anak kita boleh makan dengan puas dan kita pula boleh dapat wang banyak. Lu pikir la sendiri...
2.Harga minyak kita lebih murah jika hendak dibanding dengan negara Asean yang lain.
Jangan banding dengan Thailand, Indonesia. Perlu banding dengan Brunei kerana harga minyak di negaranya RM1.20 seliter. Buah Oren dengan epal tidak boleh buat perbandingan. Perlu diingat juga, walaupun Indonesia, Thailand minyaknya mahal, tetapi barang keperluan harian dan pakaian serta barang yang sudah siap murah seperti makanan, pakaian, alat perabot semuanya murah.Di negara kita semuanya mahal daripada minyak sampai kepada keperluan yang lain. so cam mane? Lu pikir la sendiri...
3. Minyak di Singapura lebih mahal daripada Malaysia. Singapura bukan negara pengeluar minyak. Tambahan pula pendapatan rakyatnya tinggi, contohnya pencuci lantai gaji hampir RM2000 ringgit di Malaysia, hanya RM600. Begitu juga pengangkutan awam antara yang terbaik di dunia, di Negara Malaysia Hadhari paling teruk.Di negaranya tol hanya dikenakan waktu tertentu sahaja, sedangkan di Malaysia siang malam, 'non stop'.Lu pikir la sendiri...
4. Wang subsidi petrol RM56 bilion akan digunakan untuk pembangunan. Kita hendak tanya ke mana wang subsidi ini akan pergi.Adakah hendak belanja untuk Monsun Cup yang menghabiskan wang rakyat RM 250 juta, Formula 1 yang berapa kerat rakyat yang mampu hendak menonton. Sedangkan belanja untuk Formula 1, tahun 2004-RM98.4 juta, tahun 2005-RM110.7j, 2006-RM121.8j, 2007-130.5j.Belanja konduktor Malaysian Philharmonic Orchestra sebanyak RM3.5 juta sebulan yang diambil daripada wang Petronas. Apakah ini yang dimaksudkan untuk pembangunan.Ketika minyak naik 30 sen kerajaan mengumumkan RM4 bilion subsidi akan digunakan untuk memperbaiki pengangkutan awam. Kita tidak nampak pengangkutan awam bertambah baik malahan makin teruk.Lu pikir la sendiri...
5. Hendak ambil tindakan kepada peniaga yang jual barang mahal.Mana ada peniaga hendak jual barang murah kalau modal sudah mahal.Kalau minyak naik, semua barang akan naik, kerana barang bukan bawa dengan beca roda tiga.Persatuan Lori sudah mengumumkan bahawa mereka akan naik tambang kos pengangkutan 35 peratus. Kerana lori 10 tan dulu hanya perlu untuk minyak RM3000 sebulan sudah mencecah naik kepada RM5000.Lu pikir la sendiri...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan