Utk Kawan2 Sumer...
Teori ni saya temui semas saya sedang menanti bas. Tau tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang, awk nengok bas tu dan awk kate pd diri awk, " Ee...penuhnya...tak de tempat duduk." Jadi, awk katakan pd diri awk, "Saya akan tunggu bas yg lain." Awk pun biarkan bas tu berlalu dan awk tunggu pulak bas yg lain.
Kemudian, datang pulak bas yang kedua. Awk nengok bas tu dan awk akan cakap, "Eee...bas nie buruk sangat...mesti tak selesa. Dan mungkin bas ini akan rosak di tengah jalan."
Jadi awk biarkan bas buruk tu berlalu pergi dan awk bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya. Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ini awk kate, "Emm...tak de air-cond....cuaca plak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain." Dan sekali lagi awk biarkan bas tu berlalu dan awk bercadang untuk menanti bas yg seterusnya.
Tiba2 awan mula gelap, cuaca semakin mendung da baru awk perasan yang awk pula dah terlambat rupanya. Awk mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awk sedar bahawa....awk dah naik bas yang salah!!
Jadi, selama ini awk dah bazirkan masa dan wang untuk menunggu apa yg awk nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yang ber air-cond, adakah awk pasti bahawa bas itu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas itu terlalu sejuk untuk awk??
Jadi, (terutamanya golongan perempuan) mengingini apa yg awk idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga awk sanggup memberi satu peluang pada orang lain kan?? Sekiranya awak dapati "BAS" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak laukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas itu.
Tapi....saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam nie. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti2kan), awak tahan bas itu tapi pemandu bas tu plak buat tak paham dan pura2 tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak.
Terus-terang saya katakan, ia berlaku pada saya beberapa kali. Hahahaha.....Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yg saya lakukan ialah BERJALAN. Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri.
Jadi, bercinta itu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu...semua nya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada CINTA!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan