Jumaat, 26 Julai 2013

Tip Menjaga Hati Pasangan

Jagalah hati pasangan masing-masing. Tip-tip menjaga hati pasangan masing-masing adalah seperti berikut:

Isnin, 15 Julai 2013

Petua Selamanya Sayang

Nabi S.A.W bersabda: "Orang mukmin yang sempurna imannya ialah yang terbaik budi pekertinya dan lunak jenaka pada keluarganya dan sebaik-baik anda ialah yang terbaik pada isterinya (keluarganya)".

Berkahwin hanya sekali dalam hidup. Itulah pasangan hingga ke hujung hayat. Jika terpaksa berpisah pun atas sebab yang diharuskan oleh syarak ataupun kematian saja. 


Memang sakit sikit untuk bertolak ansur dengan pasangan yang tidak sama pendiriannya, tetapi lagi sakit bila berpisah dengannya dan terpaksa bersusah payah mencari pengganti pula. Pengganti pula tidak semestinya akan memberi kebahagian tetapi kekadang memberi masalah yang lagi dahsyat.