Jumaat, 26 Julai 2013

Tip Menjaga Hati Pasangan

Jagalah hati pasangan masing-masing. Tip-tip menjaga hati pasangan masing-masing adalah seperti berikut:


1. Tip jaga hati suami.

 - Puji dia selalu.
 - Bila dia bercakap dengar dan diam.
 - Jangan dilawan tetapi boleh memberi pendapat yang tidak menyinggung.
 - Lepas sembahyang cium tangan dan minta ampun.
 - Selalu kata, "Ada apa-apa yang Abang tak berkenan hari ni", walau pun tahu semuanya okey.
 - Jangan merajuk kalau dia diam saja atau tak puji anda sebab lelaki memang tak pandai tunjukkan kasih sayang.
 - Ikut segala kata-katanya selagi tidak menyalahi agama.
 - Ringankan bebannya seperti tolong bayar bil, hantar anak ke sekolah dan sebagainya.
 - Hadiahkan dia sesuatu.
 - Hantar SMS berbentuk doa serta kepercayaan padu seminggu sekali.
 - Bergurau selalu.
 - Pastikan anda sentiasa wangi.
 - Kalo suami pernah buat salah, jangan diungkit-ungkit.
 - Kalau dia menggatal jangan mudah mengamuk selagi belum terbukti.

2. Tip jaga hati isteri.

 - Wanita seronok dipuji, maka pujilah selalu tentang apa-apa saja; masakannya, pakaiannya, wajahnya, perilakunya dan sebagainya.
 - Hadiahkan sesuatu yang sangat-sangat diingininya.
 - Bantu dia di dapur.
 - Jangan cerita pasal bekas kekasih atau bekas isteri kepadanya.
 - Jangan puji wanita lain di hadapannya, tapi boleh sekadar contoh untuk diteladani.
 - Sesekali hantar mesej-mesej cinta kepadanya.
 - Eloklah jangan ada skandal.
 - Kalau boleh tak usah berpoligami kecuali isteri setuju.
 - Peluk isteri sekitar 5 saat sebelum pergi kerja dan berikan kucupan di dahi atau pipinya. Sekadar bersalaman pun memadai.
 - Berdoa dengan kuat bahawa anda impikan isteri yang solehah dan anda pun mahu menjadi soleh.

Untuk dikongsi bersama

Tiada ulasan: