Nabi S.A.W bersabda: "Orang mukmin yang sempurna imannya ialah yang terbaik budi pekertinya dan lunak jenaka pada keluarganya dan sebaik-baik anda ialah yang terbaik pada isterinya (keluarganya)".
Berkahwin hanya sekali dalam hidup. Itulah pasangan hingga ke hujung hayat. Jika terpaksa berpisah pun atas sebab yang diharuskan oleh syarak ataupun kematian saja.
Memang sakit sikit untuk bertolak ansur dengan pasangan yang tidak sama pendiriannya, tetapi lagi sakit bila berpisah dengannya dan terpaksa bersusah payah mencari pengganti pula. Pengganti pula tidak semestinya akan memberi kebahagian tetapi kekadang memberi masalah yang lagi dahsyat.
Jadi lah seperti orang tua dengan kereta lamanya. Dijaga kereta itu melebihi dirinya sendiri. Pagi-pagi sebelum mandi, dimandikan dulu kereta lamanya. Badan kereta itu digilap hingga berkilat. Masuk ke dalam pun semerbak baunya. Bila dikira usia kereta itu, usianya sama dengan orang tua tersebut. Tentulah banyak kenangan antara orang tua itu dengan kereta lamanya.
Barang lama memang banyak ragamnya. Tetapi disebabkan sayang, apa jua kesusahan sanggup dilalui. Alangkah baiknya jika prinsip itu kita boleh apply dalam hubungan perkahwinan. Berikut adalah petua untuk selamanya sayang:
a. Besarkan Matlamat, Kecilkan Minat.
Alam rumah tangga perlu ditempuh dengan adanya
matlamat, tidak hanya boleh bertahan semata- semata
pada minat saja. Jika minat menjadi ukuran, akan mudah
menjadi bosan bila ciri-ciri yang diminati semakin hilang.
Cuba renungkan jika seorang lelaki mengambil seorang
wanita sebagai isterinya kerana minat dengan matanya
yang bunda, bagaimana jika satu hari nanti mata yang
bundar itu menjadi sepet atau terus menjadi buta?
b. Serasikan Diri.
Semakin tua semakin banyak ragam. Maka itu perlu
berubah ikut pada keadaannya atau prinsip hidup yang
lebih sesuai. Bayangkan suami sudah mula cenderung
untuk beribadat sedangkan isterinya masih seronok
dengan cara lama. Mana mungkin keserasian akan wujud.
Lama-lama hilanglah sayang.
c. Betulkan Titik Akhir.
Titik akhir pada penghidupan adalah kematian dan
kematian yang terbaik adalah dalam kasih sayang Allah
S.W.T. Yang demikian, betulkan titik akhir anda. Titik
akhir yang paling tepat adalah kepada Allah S.W.T.
Lakukan apa saja yang boleh membawa ke situ. Titik akhir
yang betul adalah jaminan keserasian, kebahagian dan
kasih sayang yang abadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan