Jumaat, 27 Disember 2013

Menjual di Facebook : 5 cara mudah untuk dapatkan jualan

1. Berikan tempoh ataupun kuota terhad

Contohnya, "jualan dibuka selama 3 hari
sahaja", dan "jualan istimewa ini akan
ditutup setelah cukup 30 orang pembeli."


2. Lakukan follow up kepada yang telah
    bertanya atau berminat

Jika anda telah memberi maklumat
kepada mereka yang berminat tetapi
mereka tidak membuat pembelian,
maka lakukan follow up, iaitu
menghubungi mereka semula.

Tanya mereka, apakah yang boleh
anda bantu, atau adakah mereka
mempunyai sebarang pertanyaan
atau kemusykilan, atau ingatkan
kembali kepada mereka tarikh
tamat jualan.

*dah like page Heriza House? Jika belum klik sini > Heriza House*

3. Like yang berkualiti

Pastikan mereka yang Like Page
anda adalah yang benar-benar
"targeted" (berpotensi), iaitu sesuai
dengan produk yang anda jual.

Tiada guna anda mempunyai
10,000 Likes, tetapi mereka bukan
individu yang berminat.


4. FB Ads yang tepat

Buat FB Ads dan target mereka yang
sudah Like Page anda sahaja.
Penting untuk kita tahu, pos FB Page
biasanya akan dilihat oleh sekitar 20%
orang yang Like FB Page anda.

Jadi untuk memastikan semua ataupun
sebahagian besar mereka nampak pos
jualan anda adalah dengan
menggunakan FB Ads.

 
5. Gambar yang menjual

Gunakan gambar produk atau gambar
perniagaan yang jelas, menarik dan
profesional. anda boleh hasilkan
sendiri, dapatkan perkhidmatan yang
pakar, ataupun minta pihak pembekal
menyediakannya.
 
*dah like page Heriza House? Jika belum klik sini > Heriza House*

Tiada ulasan: