MASUK GAJI
Tarikh 25
haribulan atau 1 haribulan pada setiap bulan pastinya menjadi hari yang
ditunggu-tunggu bagi mereka yang 'makan gaji'. Umumnya, sebelum tarikh tersebut
telah terbayang-bayang barangan keperluan yang ingin dibeli. Tidak ketinggalan
pastinya juga sudah tersedia senarai hutang-hutang yang perlu dibayar.
Kesannya, ada kalangan kita yang mengeluh 'dihari gaji' dan merasakan
pendapatan yang diterima setiap bulan tidak pernah mencukupi. Ini ditambah lagi
dengan situasi dimana seakan 'tahu-tahu' sahaja bila tarikh gaji mulalah kereta
rosak, barang hilang dan perlu diganti, anak sakit serta sebagainya yang
memerlukan perbelanjaan 'diluar jangka'.
6 SEBAB GAJI TAK 'CUKUP-CUKUP'
Terdapat 6 SEBAB yang mungkin menjadi penyumbang kepada gaji seseorang seringkali
tidak 'cukup-cukup'.
Sebab #1 - Hubungan dengan Maha Pemberi
Semak dan
muhasabah semula hubungan kita dengan Maha Pemberi Rezeki. Seringkali kita alpa
bahawa hakikat setiap hari apa yang diusahakan segalanya diatur dan ditentukan
oleh Allah SWT yang merupakan Maha Pemberi Rezeki kepada hambaNya. Jika kita
sanggup bekerja bersungguh-sungguh sehingga lewat malam hanya semata-mata untuk
mendapat gaji setiap bulan, bagaimana pula hubungan dan tanggungjawab kita
sebagai hambaNya? Adakah kita sering menjadikan alasan melewatkan atau
meninggalkan solat kerana kesibukan bekerja? Adakah kita juga sanggup 'culas'
masa bekerja hanya kerana menyakini bahawa gaji tetap akan diterima setiap
bulan walaupun kita tidak memberikan yang terbaik untuk kerja dan amanah yang
telah diberikan kepada kita? Adakah kita juga sudah memastikan bahawa gaji yang
dibawa pulang setiap bulan benar-benar membawa keberkatan dalam kehidupan?
Sentiasalah muhasabah dalam memperbaiki hubungan kita denganNya. Mintalah
padaNya agar dimurahkan rezeki dan dipermudahkan kehidupan kita dalam menempuh
mehnah dan tribulasi kehidupan ini. Percayalah bahawa hubungan yang baik dengan
Maha Pemberi Rezeki bukan hanya dapat memastikan gaji yang diperolehi mencukupi
malah turut mendapat keberkatan daripadaNya.
Sebab #2 - Gaji Tak Setimpal
Tidak
dinafikan sememangnya terdapat situasi dikalangan kita yang menerima gaji yang
tidak setimpal dengan kelayakan dan keperluan mereka. Pernah terbaca satu
kajian yang dibuat oleh Jobstreet Malaysia terhadap 2062 responden yang
merupakan siswazah Malaysia menyatakan gaji bulanan RM2500 berdepan kesukaran
untuk menangani kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat. Sebanyak 77%
dikalangan mereka yang memberitahu tidak mempunyai baki wang mencukupi untuk
membuat simpanan kerana terpaksa menampung perbelanjaan keperluan setiap bulan.
Janganlah berhenti berusaha dan sentiasalah memohon kepadaNya serta terus
melangkah dalam mencari peluang pekerjaan yang lebih baik. Dikala sedang
mencari peluang yang lebih baik, pekerjaan dan amanah yang berikan sekarang ini
janganlah sesekali diabaikan.
Sebab #3 - Berhutang dan Menambah Hutang
Berdasarkan
kajian Jobstreet Malaysia yang sama juga menunjukkan 63% daripada pendapatan
responden bersamaan RM1500 digunakan untuk tujuan pembayaran pinjaman kereta,
pinjaman pendidikan khususnya PTPTN, kos-kos lain seperti minyak, tol dan
lain-lain. 50% di kalangan mereka tinggal bersama keluarga, 30% lagi menyewa
secara berkongsi bersama rakan dan 20% membuat keputusan untuk tinggal
berseorangan. Aroninya 50% di kalangan responden adalah mereka yang tinggal
bersama keluarga turut menyatakan gaji RM2500 tidak mencukupi. Ini menunjukkan,
pembelian kereta sejurus selepas tamat pengajian turut menjadi penyumbang
kepada masalah ketidakcukupan gaji khususnya di kalangan graduan. Boleh
diibaratkan situasi ini umpama tidak sedar berhutang dan ditambah lagi dengan
hutang yang baru. Perlu disedari sebaik tamat pengajian, hutang PTPTN telah
menunggu kebanyakan graduan. Hutang kereta ini bukan hanya menambah lagi
liabiliti malah pemilikan kereta pastinya memerlukan perbelanjaan dan komitmen
setiap bulan. Atas sebab itulah saya mencadangkan untuk menangguhkan dahulu
pembelian sesebuah kereta.
Sentiasa juga ingatkan diri, bayar hutang yang ada dan jangan cuba menambah hutang khususnya hutang-hutang mudarat. Sebagai contoh, sengaja memilih hutang kereta dikala kereta bukanlah benar-benar keperluan, hutang perabot dikala tanpa perabot pun kita masih boleh gembira, hutang tv dikala tv lama masih boleh digunakan, hutang smartphone dikala smartphone lama masih lagi berfungsi dan pelbagai jenis hutang mudarat yang lain.
Sentiasa juga ingatkan diri, bayar hutang yang ada dan jangan cuba menambah hutang khususnya hutang-hutang mudarat. Sebagai contoh, sengaja memilih hutang kereta dikala kereta bukanlah benar-benar keperluan, hutang perabot dikala tanpa perabot pun kita masih boleh gembira, hutang tv dikala tv lama masih boleh digunakan, hutang smartphone dikala smartphone lama masih lagi berfungsi dan pelbagai jenis hutang mudarat yang lain.
Sebab #4 - Kemahuan Menjadi Keutamaan
Ramai
yang telah menyedari gaji bulanan yang diperolehi setiap bulan berada di paras
'cukup-cukup'. Namun, aroninya apabila berbelanja mereka lebih mengutamakan
kemahuan daripada keperluan. Sebagai contoh, terikut-ikut dengan gaya hidup
rakan-rakan atau orang disekeliling sehinggakan menyebabkan ada mereka yang
sanggup berbelanja melebihi kemampuan. Tanpa disedari 'biar papa, asalkan
bergaya' menjadi amalan atau sengaja memilih cara tersebut atas alasan
mengekalkan status dan kepuasan diri.
Sebab #5 - Tiada Catatan dan Pengasingan
Bagi
memastikan gaji yang diperolehi setiap bulan benar-benar cukup, kaedah mencatat
dan pengasingan perlu dilakukan. Buat catatan segala perbelanjaan utama bagi
setiap bulan termasuk hutang-hutang yang perlu dilangsaikan. Secara umum,
mereka yang membuat catatan aliran keluar dan masuk kewangan mereka akan
memperolehi 2 kelebihan. Pertama, kelebihan dalam mengenal pasti 'kedudukan
kewangan semasa' dan ke dua dapat mengawal 'kebocoran' wang gaji yang mereka
perolehi setiap bulan. Pengasingan gaji bagi keperluan membayar hutang-hutang
juga perlu dibuat terlebih dahulu sebelum berbelanja.
Sebab #6 - Tak Sanggup Hidup Di BAWAH Kemampuan
Secara
umum terdapat 3 kategori cara hidup yang menjadi pilihan.
Kategori #1 - Hidup di LUAR Kemampuan
Jika
seseorang itu kekal dalam situasi ini saya pasti mereka akan terus menghadapi
situasi gaji yang diperolehi setiap bulan tidak akan pernah mencukupi.
Keluarlah dari zon ini dan janganlah menyeksakan diri hanya kerana ingin
kelihatan bergaya atau terus berada dalam 'status rekaan' yang kita sendiri
menyedari bahawa kita sebenarnya tidak mampu.
Kategori #2 - Hidup PADA Kemampuan
Ramai
yang memilih hidup pada kemampuan sepertimana kata pepatah "ukur baju di
badan sendiri". Golongan ini boleh diklasifikasi sebagai 'cukup-cukup' dan
kebiasaanya tiada masalah kewangan yang kritikal. Masih boleh menikmati
kehidupan dan bergembira apabila tibanya hari gaji. Boleh terus kekal dalam zon
ini kerana pilihan tetap di tangan kita. Sebagai contoh, saya merasakan diri
saya berada di zon ini, barangkali sudah tiba masa untuk saya beralih ke zon
seterusnya ke arah matlamat kewangan yang lain seperti meningkatkan simpanan
dan menambah lagi pelaburan hartanah pada masa hadapan.
Kategori #3 - Hidup di BAWAH Kemampuan
Saya
sendiri menyedari bahawa bukan senang untuk mengamalkan 'Hidup di BAWAH
Kemampuan'. Jika kita boleh berjimat kenapa tidak memilih untuk berjimat. Jika
sesuatu barang itu bukan keperluan kenapa perlu memilikinya hanya semata-mata
kita berkemampuan. Hasil daripada penjimatan boleh dijadikan modal untuk
pelaburan lain di masa hadapan. Sememangnya bukanlah mudah untuk mengamalkan
dan berada di dalam zon ini. Namun, saya telah menyedari bahawa 'Hidup di BAWAH
Kemampuan' juga telah diamalkan oleh mereka yang kini berjaya dalam pelaburan
hartanah, emas, saham dan juga ahli-ahli perniagaan yang berjaya. Tidak kurang
juga orang-orang dulu kelihatan hidup mereka 'biasa-biasa sahaja' tetapi harta
yang dimiliki di tahap 'luar biasa'.
Semoga
catatan ini boleh dijadikan panduan dan memotivasikan diri sendiri.
1 ulasan:
TINY STRIP - Titanium Strength and Strength, Part 3 - ITAN
TINY STRIP · is titanium expensive Materials: aluminum, wood, polypropylene, polypropylene, and titanium rainbow quartz magnet. · camillus titanium knife Materials: aluminum, mens titanium earrings wood, polypropylene, titanium vs ceramic flat iron
Catat Ulasan