Khamis, 20 September 2012

Pemuda Minta Izin Berzina Dari Bakal Bapa Mertua

Suatu hari pasangan kekasih ni nak kuar dating. Setibanya si pakwe di hadapan rumah makwenya…

Gadis : Masuklah dulu, jumpa dengan ayah saya.

Teruna : Boleh ke?

Gadis : Masuk je lah, saya nak bersiap

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengalukan-alukan kedatangan si Teruna.

Rabu, 15 Ogos 2012

Raya Datang Lagi

Lagi berapa hari nk raya ek? Pejam celik pejam celik ade lagi seminggu umat muslimin muslimat di malaysia dan di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sungguh pantas masa berlalu. Raya tahun ini aku akan berhari raya di kampung isteriku, iaitu di Tg Dawai, Kedah. Kalo nak ikutkan turn balik raya, tahun ni sepatutnya balik beraya di kampung aku di Muar Johor. Tapi disebabkan isteriku baru saja melahirkan baby dan sekarang berpantang di sana, kena la aku beraya kat sana. 

Isnin, 6 Ogos 2012

Cinta Itu Umpama Menunggu Bas

Sebenarnya aku pernah dapat cerita ini daripada sorang kawan aku. Tapi aku dah lupa lak camne ceritanya. Sib baik aku jumpa cerita nie semula dari blog ini. Semoga korang dapat jadikan iktibar dan panduan dalam menempuh alam percintaan.

Suami gantung joran apabila isteri hamil

KEPERCAYAAN melarang suami memancing apabila si isteri mengandung sudah menjadi satu daripada budaya masyarakat Melayu sejak berzaman dulu lagi.
Menurut pandangan Tok Daing Mahadi, nelayan berusia 89 tahun dari Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor ketika ditemui penulis beberapa bulan lalu, bahawa kepercayaan itu diada-adakan oleh isteri serta keluarga kedua-dua pihak. Larangan supaya suami tidak turun memancing ketika isteri hamil adalah kerana bimbang bayi yang bakal lahir akan mendapat kecacatan seperti mulut sumbing, badan bersisik ataupun ada tabiat menyukai air dan pelbagai lagi gambaran atau andaian buruk yang semata-mata untuk menakutkan suami.

Ahad, 20 Mei 2012

MENGAPA KITA PERLU BERJIRAN


Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan kerana ia adalah salah satu daripada cara hidup Islam. Dalam konteks kejiranan, umat Islam berkewajipan mengekalkan hubungan baik dan mesra sesama mereka. Ini kerana ia memainkan peranan penting dalam menjana satu kehidupan setempat yang aman dan harmoni yang boleh memberi kemudahan, kelapangan dan jalan keluar bagi satu-satu kesulitan atau masalah. Tuntutan supaya menjalinkan hubungan baik sesama jiran dijelaskan di dalam firman Allah swt yang bermaksud:

“..dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki”. (An-Nisaa’ : 36)