Tahu
tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yang menunggu bas. Bila
bas itu datang, awak tengok bas itu dan awak kata pada diri awak. Eee,
penuhnya! tak ada tempat duduk. Jadi, awak katakan pada diri awak, Saya
akan tunggu bas yang lain. Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak
tunggu pula bas yang lain. Kemudian, datang pula bas yang kedua. Awak
tengok bas itu dan awak akan cakap, Eee! bas ni buruk sangat. mesti tak
selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan. Jadi, awak pun
biarkan bas buruk itu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang
seterusnya.
Setelah
beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yang datang itu kosong,
tak penuh dan tak seburuk bas yang tadi tapi kali ini awak kata, Emmm,
tak ada air-cond. cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yang
lain.
Dan
sekali lagi awak biarkan bas itu berlalu dan awak bercadang untuk
menanti bas yang seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin
mendung dan baru awak perasan yang awak sudah terlambat rupanya. Awak
mula panik dan terus naik bas yang datang ketika itu, walaupun bas itu
tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa, awak dah
naik bas yang salah. Jadi, selama ini awak dah membazir banyak masa dan
wang untuk menunggu apa yang awak hendak.
Walaupun
yang datang itu adalah bas yang berhawa dingin, adakah awak dapat
pastikan bahawa bas itu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas
itu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadi, (terutamanya golongan perempuan)
lelaki pun samalah mengingini apa yang awak idamkan itu memang tak
salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada
orang lain, kan? Sekiranya awak dapati bas itu tidak sesuai dengan
awak, apa yang perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada
bas itu.
Tapi,
saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yang macam ini. Awak nampak
sebuah bas datang (tentulah bas yang awak nanti- nantikan), awak tahan
bas itu tapi pemandu bas tu pula buat tak faham dan pura-pura buat tak
nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!
Hahahaha! Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam itu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!
Bodoh
sebenarnya untuk mengejar bas itu sebab setiap kali, awak akan terjatuh
dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta itu adalah ibarat
menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu,
semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak
sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan