Lagi berapa hari nk raya ek? Pejam celik pejam celik ade lagi seminggu umat muslimin muslimat di malaysia dan di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sungguh pantas masa berlalu. Raya tahun ini aku akan berhari raya di kampung isteriku, iaitu di Tg Dawai, Kedah. Kalo nak ikutkan turn balik raya, tahun ni sepatutnya balik beraya di kampung aku di Muar Johor. Tapi disebabkan isteriku baru saja melahirkan baby dan sekarang berpantang di sana, kena la aku beraya kat sana.
Di sana-sini kanak-kanak dah sebok bermain bunga api dan mercun termasuk la yg dah dewasa pun sebok dok main mercun. Tapi bila kenang-kenang dan fikir-fikirkan balik, rasanya Hari
Raya di Malaysia nie makin lama makin kurang meriahnya. Dah tak
happening macam masa aku kecik-kecik dulu. Tak tau lah sebab apa. Mungkin
sebab umur dah makin tua kot, jadi dah makin tak feel dah. Jadi aku nak ajak korang semua mengenang
kembali kenangan Hari Raya masa zaman kanak-kanak dulu. Serius masa
kecik-kecik dulu raya memang sangat best. Meriah tak terkata. Antara
benda-benda best time raya dulu yang biasa aku buat ialah:-
1. Berperang dengan jiran depan rumah. Selalunya kami start berperang bila dah abes teraweh. Mula la pakat kumpul ramai-ramai dan aim rumah mane nak kena attack. Biasanya kami guna mercun roket. Ada sekali tu mercun roket yang kami bakar tu dah termasuk ke dalam rumah yang kami attack. Menjerit makcik dalam rumah tu sekeluarga. Kami pun apa lagi, lintang pukang kami semua lari menyelamatkan diri (takut kena marah...hehehe).
2. Bara'an. Di kampung aku, seperti di perkampungan masyarakat jawa, ade tradisi yang masih lagi diteruskan hingga ke hari ini iaitu bara'an atau orang melayu cakap marhaban dari umah ke umah. Biasanya aktiviti ini akan dimulakan pada hari raya kedua hingga la ketiga. Kalo g bara'an ini orang akan duduk kat ruang tamu, tapi aku dan geng-geng aku akan duduk kat ngan dapor. bukan ape time ni la peluang nak tengok anak dara orang.
3. Main karbait. Ala menatang benda yang korang letak dalam meriam buluh tue. Tapi kami tak letak dalam meriam
buluh. Kami guna batang paip air besi yang aku sendiri x tau dari mane datangnya. Yang aku tau, meriam ni diturunkan dari pakcik-pakcik aku. Dah kira cam harta pusaka laaaa...Letak air sikit dalam tue. Pastue letak
karbait then cucuh ngan api. KADABOOMMM!!!. Disebabkan meriam kami ni diperbuat dari besi padu, terpaksa la kami improvise skit untuk memudahkan kami memasukkan karbait ke dalam meriam. Kami letakkan karbait tu dalam tin susu yang telah dipaku ke sebatang kayu. Jadi x perlulah kami nak tonggengkan meriam tu setiap kali lepas kami cucuh dengan api. Berat siot meriam tu lagi-lagi kalo main time nak berbuka. Ada sekali tu kami main dekat ngan jalan raya. Abis semua lori kereta berhenti sebab ingat tayar diorang meletup.
4. Pusing satu kampung carik duit raya.
Kumpul sedara mara yang sama umur then buat road tour satu kampung. Makcik
jiran tengok muka kitorang pun dah tau muka nak duit raya jer. Datang
sekadar minum air sirap jer. Pastu wat muka seposen nak duit raya. Dapat
duit raya terus chalo mencari mangsa seterusnya.
Apa pulak kenangan korang? Meh share-share ngan aku. Kasik terasa sikit feel raya tahun nie.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan