Pada suatu malam, Pak Mamat termenung sendirian di atas serambi rumahnya. Dia mula terfikir, kenapa generasi selepasnya susah benar untuk bangun pagi. Dia lihat anak-anak dan cucu-cucunya juga dah tak kenal sanak-saudara. Mereka hanya kenal saudara terdekat saja.
Mereka juga dah tak kenal dengan pahlawan-pahlawan Melayu terdahulu. Atau mungkin mereka juga tak kenal sejarah negara di mana mereka membesar. Tiba-tiba saja hati Pak Mamat menjadi sedih dan sebak. terlintas di dalam fikirannya, adakah setelah dia meninggal dunia, adakah nama-nama pahlawan-pahlawan Melayu masih lagi meniti di bibir generasi baru sekarang?
Selain itu, dia juga bimbang sekiranya ikatan keluarga akan putus begitu saja. Semua itu tak mustahil berlaku. Generasi sekarang tak gemar berkenalan dengan saudara-saudara mereka. Malah mereka juga langsung tak mau mengambil tau di mana pusara datuk nenek mereka dikebumikan. Sudahlah hari biasa langsung mereka tak melawat kubur saudara-mara mereka, Hari Raya sekalipun mereka takde keinginan untuk menjenguk.
Apa yang mereka lebih gemar ialah berkawan dengan orang luo berbanding ahli keluarga sendiri. Mereka lebih kenal artis-artis daripada ahli keluarga mereka sendiri. Kalo dulu, ke mana saja mesti bersama saudara, sepupu atau pun waris. Ikatan persaudaraan memang sangat utuh dan kuat. Tapi kini, ikatan itu semakin lama, semakin longgar dan berkurangan. Walaupun adakalanya mereka bertemu mata, tetapi mereka jarang berbual. Mereka lebih seronok berbual dengan kawan maya mereka.
Bloggers sekalian, situasi di atas adalah fenomena yang berlaku di akhir zaman ini. Generasi sekarang memang tidak gemar mengambil tau mengenai sejarah. Mereka juga jarang sekali bertanya salasilah keluarga dan juga waris-waris mereka. Selain itu juga, cara hidup generasi sekarang dengan generasi dulu memang berbeza.
Kebimbangan Pak Mamat itu bukan saja dirasai oleh beliau sorang, malah negara juga amat bimbang dengan perkara ini. Semakin lama, semangat persaudaraan dan semangat sayangkan negara makin terhakis dalam diri rakyat Malaysia. Disebebkan itulah pelabagai kempen yang dilakukan oleh kerajaan untuk menyuburkan semangat patriotik dan persaudaraan dalam generasi baru.
Di Malaysia kini, kita mempunyai tiga golongan terpenting iaitu generasi babyboomers, generasi X dan generasi Y. Golongan babyboomers boleh dikategorikan mereka yang hidup semasa perang dan selepas perang. Golongan ini adalah satu golongan yang dilahirkan semasa keadaan susah. Disebabkan itulah golongan ini mempunyai semangat patriotik yang sangat kuat. Cara hidup mereka juga berbeza. Mereka ini juga boleh bergaul dengan pelbagai bangsa. Bagi mereka, tiada perbezaan bangsa. Semuanya adalah 1Malaysia. Selain itu juga, mereka lebih gemar membaca dan mempelajari sesuatu yang baru. Mereka ini juga lebih teliti dalam apa yang mereka lakukan. Semangat mereka untuk mencari ilmu sangat hebat. Sukar dilawan oleh generasi sekarang.
Generasi X pula boleh dikategorikan sebagai mereka yang lahir selepas era peperangan. Kelahiran antara tahun 1970 hingga 1990-an. Generasi ini masih lagi mengenali generasi lama, namun semangat patriotik mereka ini tak setebal golongan babyboomers. Hal ini kerana mereka lahir pada zaman negara sedang membangun. Golongan inilah yang mula-mula kenal dengan teknologi, tetapi tidak semua yang dapat memahami dan tau menggunakan teknologi moden. Generasi X ini juga, masih kenal dengan waris-waris, sepupu sepapat dan ahli keluarga yang jauh tetapi tidak sepenuhnya.
Generasi Y, golongan ini lahir pada zaman negara sudah moden. Golongan ini dikenali sebagai Generasi Milenium. Mereka membersar dengan gajet-gajet baru. Ada juga mengatakan generasi ini sebagai generasi manja. Mereka telah dihidangkan dengan semua benda, bagai lahir atas talam emas. Semangat patriotik golongan ini semakin berkurangan. Hanya segelintir saja yang memahami konsep sayangkan negara.
Mereka ini juga tidak suka mencampuri urusan politik. Generasi Y tidak suka memikirkan sesuatu perkara yang berat. Apa yang aku ingin sampaikan ialah, sekira berakhirnya golongan babyboomers ini, mungkin anak-anak dan cucu mereka dah tak kenal sapa pahlawan negara. Ramai juga waris-waris dan sepupu sepapat yang mereka tak kenal. Jika dilihat kini pun, walaupun golongan ini masih lagi bernafas, semangat patriotik, semangat persaudaraan dah makin terhakis.
Adakah perbezaan generasi ini akan menguburkan nama-nama pahlawan negara dalam sejarah negara? Adakah perginya orang-orang dulu-dulu ini akan menghilangkan kemeriahan Hari Raya atau balik kampung? Adakah setelah mereka menutup mata, ukhuwah dengan sanak saudara mula dilupakan?
Kepada golongan generasi baru, golongan babyboomers telah berusaha menumpahkan darah dan keringat untuk kesenangan anda hari ni. Tapi adakah usaha mereka itu kita hargai? Atau kita hanya memandang sebelah mata saja segala usaha yang telah mereka lakukan selama ini?
Sebenarnya, segala apa yang kita kecapi sekarang bukanlah tersedia dengan begitu saja. Tapi ia merupakan pergorbanan nyawa golongan babyboomers terdahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan