Jumaat, 4 Julai 2014

HUTANG RM50,000 SETTLE!!!

Anda mempunyai hutang sebanyak RM50,000 atau lebih?

Nak langsaikan semua hutang dengan cepat?

Saya telah temui caranya. Mari kita sama-sama mencubanya...

Syarat-syarat yang perlu anda patuhi supaya teknik ini berkesan

1. Anda ada keinginan untuk selesaikan hutang anda.
2. Anda dapat sesuatu apabila langsaikan hutang itu dengan lebih awal. contohnya;
    a. Dapat diskaun,
    b. Kurangkan migrain,
    c. Lebih tenang dan lain-lain.
3. Anda boleh dan sanggup kurangkan perbelanjaan lain.
4. Anda boleh dan sanggup melakukan kerja sampingan dan/atau bisnes untuk tambah pendapatan.
5. Anda berdisiplin.

Jika anda tiada ciri-ciri seperti di atas, saya minta maaf, teknik ini mungkin tidak sesuai untuk anda.

Kepada yang sanggup melakukan syarat-syarat di atas, sila baca teknik-teknik di bawah



Teknik 1

Katakan hutang anda berjumlah RM50,000. Sekarang ni anda bayar sebanyak RM 250 sebulan.
Maka, dalam tempoh 200 bulan atau 16 tahun lebih, hutang anda akan selesai.
Kenapa tidak, kalau anda membuat bayaran tambahan sebanyak RM 100 setiap bulan?
Jadi, bayaran bulanan anda akan menjadi RM 350 dan berita gembiranya, hutang anda akan langsai dalam masa 12 tahun sahaja. Jimat dekat 5 tahun, berbanding sebelum ini.

SEBELUM GUNA TEKNIK INI

 Ambil masa 16 tahun dan 8 bulan (2/3 tahun)

SELEPAS GUNA TEKNIK INI, dengan hanya tambah EXTRA BAYARAN RM 100 sahaja

Ambil masa 12 tahun

Beza 4 tahun 8 bulan. Jauh beza tu...CUBA BAYANGKAN
So, itu teknik yang pertama, BAYAR LEBIH. Sekarang kita tengok pula teknik kedua.

TEKNIK 2

Untuk teknik kedua pula, cara yang sama juga, bayar lebih, tapi kita ubah suai sikit.
Jika cara tadi, kita bayar direct kepada pihak pemberi pinjaman (bank dan lain-lain institusi kewangan), sekarang kita "Hack" sikit.

Caranya kita simpan duit yang kita nak bayar extra tu, ke tempat pelaburan berisiko rendah.
Apabila cukup setahun (atau tempoh matang), kita keluarkan duit simpanan yang terkumpul tadi, bersama dengan keuntungannya, dan bayar hutang kita.

Bagaimana tu? begini caranya. Tadi kita ingin bayar hutang kita extra RM 100 setiap bulan kan?
So, RM 100 tu sebagai contoh kita simpan di tabung Haji. Pulangan di Tabung Haji, katakan 5% setahun, jadi dalam tempon setahun, jumlah simpanan kita adalah RM 1,200, tambah dengan keuntungan dividen iaitu RM 60.
So, keluarkanlah RM 1,260 tadi dan bayar hutang kita.

Anda dapat langsai hutang awal 3 bulan berbanding teknik pertama tadi. Itu kalau anda simpan RM 100 sebulan, kalau lagi banyak anda simpan, lagi banyaklah yang anda dapat.

Kenapa simpan di tempat pelaburan berisiko rendah? Sebabnya adalah kita tak nak pening-pening nak fikir, kerana in the first place, kita fokus kepada fikir bagaimana nak adakan wang tambahan (yang kita dapat simpan) tadi. Tujuan kita adalah konsisten.

SEBELUM GUNA TEKNIK INI.

  Ambil masa 16 tahun dan 8 bulan (2/3 tahun)

SELEPAS GUNA TEKNIK INI.

Ambil masa 11 tahun 9 bulan

Perbezaan dekat 5 tahun


TEKNIK 3

Cara yang sama seperti teknik kedua tu. Cuma bezanya ialah, kita bayar extra tu, 5 tahun sekali.
Kita biarkan duit yang kita simpan tu, beranak pinak dengan kuasa compounding (compounding interest)
Setiap 5 tahun, kita keluarkan semua duit yang terkumpul beserta dengan keuntungan simpanan.
Cuma cara ini, agak berisiko kerana kita sendiri akan jadi gelap mata, apabila melihat jumlah wang yang banyak.
Melainkan anda benar-benar berdisiplin. Baru cara ini akan berhasil. Ketepikan kehendak, ketepikan kemahuan, utamakan untuk selesaikan hutang.

Guna kaedah ketiga ini, anda dapat singkatkan tempoh pinjaman anda sebanyak 9 bulan berbanding teknik no 2 tadi.

SEBELUM GUNA TEKNIK INI

  Ambil masa 16 tahun dan 8 bulan (2/3 tahun)

SELEPAS GUNA TEKNIK INI

Ambil masa 11 tahun sahaja.

Jimat 5 tahun 8 bulan


Itu baru extra RM 100 setiap bulan. Kalau anda simpan extra RM 200. Lagi cepat anda dapat langsaikan hutang anda.

Semoga teknik-teknik ini dapat membantu.

#sharingiscaring

Tiada ulasan: