Anda dan pasangan anda berjanji memperuntukkan sejumlah wang untuk tabungan setiap bulan. Pun begitu dengan perbelanjaan harian di tempat kerja, kos petrol, belanja sekolah anak-anak dan pelbagai lagi keperluan kewangan yang perlu disediakan setiap hari anda merasakan ia begitu sukar dilakukan. Jadi bagaimana anda hendak menyisihkan wang untuk tabungan dengan desakan begini? Berikut adalah tip yang boleh anda lakukan. Cara ini, anda boleh mengurangkan penggunaan wang seterusnya membuat tabungan.
1. Kurangkan membeli barangan kegemaran. Sebagai contoh minuman ringan, gantilah dengan air minuman biasa. Ia jauh lebih murah dan sihat untuk tubuh serta dompet anda.
2. Hampir sepertiga daripada apa yang kita beli selalunya kerana menurut kata hati. Jika anda berasa tergoda untuk membeli satu-satu barangan, tunda satu hari hasrat tersebut. Ia untuk memberi peluang kepada diri anda menilai semula tindakan itu.
3. Cuba buat tawar menawar terhadap barang yang hendak dibeli kecualilah untuk barangan harga tetap. Lakukan pembelian pada masa potongan harga atau promosi. Anda juga boleh mengurangkan perbelanjaan dengan membeli sesuatu dalam bentuk borong kerana harga borong selalunya lebih murah.
4. Jangan terlalu kerap mengeluarkan wang dari ATM. Belajar menganggar perbelanjaan dan hadkan pengeluaran wang sebagai contoh sekali seminggu.
5. Periksa penggunaan telefon rumah, internet, elektrik dan air. Anda mungkin boleh menjimatkan penggunaannya agar wang boleh disalurkan untuk tabungan.
6. Manfaatkan kupon-kupon belanja. Meskipun hanya menjimatkan beberapa ringgit tapi tetap jimat bukan?
7. Beli barang terpakai? Kenapa tidak. Harganya lebih murah tapi pastikan barang-barang tersebut dalam keadaan elok dan boleh berfungsi dengan baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan