Jumaat, 18 Disember 2015

✨✨::>>>Celik Emas<<<::✨✨


1. Mula sedar tentang emas - lalu membuat research mengenainya sama ada melalui forum-forum di internet, blog-blog, laman sosial atau bahan-bahan bacaan bercetak.

2. Perasaan ingin tahu yang sangat kuat dan merasakan aura emas.

3. Merasa tidak sabar untuk memiliki emas,dan apabila memiliki emas,akan timbul perasaan teruja yang mendorong penyimpan emas untuk menceritakan tentang emas kepada orang lain pula.

Khamis, 17 Disember 2015

Langkah Pertama Pelaburan Emas

Perjalanan 1000 batu bermula dengan langkah pertama. Dalam 1000 batu itu, langkah paling susah ialah langkah pertama sebab momentum kejayaan belum lagi bermula. Malangnya kebanyakkan orang ‘putus-asa’ ketika mereka masih di tahap “langkah pertama”. Pendek kata, mereka sudah tewas ketika masih belum benar-benar bermula lagi…

Dalam konteks pelaburan emas:

a. Kita tak akan faham tinggi rendah harga emas selagi belum bermula. Hanya bila sudah bermula sahaja, baru kita faham harga tinggi rendah sebab kita sudah ada BENCHMARK tersendiri.

b. Kita lambat faham tentang ILMU PELABURAN EMAS itu sendiri selagi tak bermula. Mungkin ada guru emas dah terangkan panjang lebar, tapi kita susah hadam penerangan tersebut selagi tak bermula.

c. Selagi tak bermula, kita susah faham segala PROSEDUR berkaitan dalam jual beli emas.

Bermula Dulu Dengan Kecil. Jadi cara yang terbaik, dapatkan ilmu asas dahulu melalui pembacaan blog atau facebook guru-guru emas, kemudian terus bermula dengan bajet kecil. Mulakan dahulu walaupun dengan coin 1 dinar atau gold bar 1 gram. Anggap belian pertama itu sebagai pengalaman pertama untuk BELAJAR, dan untuk merasai, bukan untuk jana keuntungan lagi.

Bila sudah bermula, kita akan nampak jalan lebih luas dihadapan kita untuk terus maju, insyaAllah. Waktu dah mula ‘nampak’ tentang emas, kita perlu ADJUST halatuju sebenar serta tindakan yang perlu kita ambil untuk capai matlamat tersebut.

Apa pun usahakan ke arah kejayaan, jangan ambil masa terlalu lama untuk bermula. Mulakan dahulu, adjust kemudian. Jangan sekali-kali tunggu “perfect-time” sebab “perfect-time” yang kita tunggu-tunggu itu sebenarnya tidak wujud…

Wasalam


Herdi Helmi
Harimau Mint Gold
Authorised Agent
www.harimaumint.gold.my/hm01335

Ahad, 1 Mac 2015

Mengapa nak jadi tentera???

Mengapa Tentera diberi Skim Gaji paling tinggi dalam Perkhidmatan Kerajaan selaras dengan Perlembagaan Malaysia dan Seluruh Dunia?

Mesti ada sebabnya. Orang ramai mengatakan sebab untuk menarik minat. Mengapa kena perlu macam tu?

Sebabnya tiada siapa mahu bekerja siang dan malam untuk...
- 24 jam sehari
- 7 hari seminggu
-365 hari setahun
dan bila-bila masa boleh dikerahkan.

Pepatah dalam tentera, "Setiap Nafas Dibayar Sehingga Tamat Perkhidmatan!"     
Ada yang mengatakan Tentera ni hanya duduk makan minum sambil kilat kasut dalam Kem membazir beras dan biskut Kerajaan.

Tapi mereka tidak pula berkata tentera melakukan Operasi di Perbatasan Negara lebih kurang 3 bulan sekali pergi tinggalkan anak isteri, pelbagai eksesais dan aktiviti siang malam demi memastikan tentera sentiasa bersiap siaga apabila keadaan memerlukan, bertugas di kem 24/7/365, standby apabila ada rusuhan dan bencana alam dan lain-lain serta banyak lagi.         

Ibu bapa asyik bertanya kenapa tak balik kampung selalu?
Isteri asyik bertanya kenapa selalu balik lambat?
Isteri mengeluh Sabtu Ahad pun bekerja sampaikan anak-anak terbiar?
Kenapa selalu kursus sana sini paling kurang sebulan?
Kenapa eksesais sana sini?

Banyak lagi tak larat nak cerita semua. Semua ini menambahkan tekanan.
Bila mengutamakan keluarga apabila ada penugasan penting dikatakan mengada-ngada tak pentingkan kerja.
Bila mengutamakan kerja, dibenci keluarga.

Nampak mudah untuk berkata "Utamakan Mana Yang Penting Dulu, Realitinya Tak Semudah itu..Percayalah".

IKRAR KESATRIA   
   
@ BERIMAN kepada tuhan dan BERTAQWA kepadanya.

@SETIA kepada negara dan BERKORBAN demi kepentingannya tanpa mengenal menyerah.        

@MEMEGANG TEGUH disiplin tentera dan sentiasa menjunjung tinggi sikap keperwiraan dan kehormatan tentera.         
@MENGUTAMAKAN perlaksanaan tugas dengan jujur dan ikhlas. 
       
@MENYIMPAN rahsia negara dengan seketat-ketatnya.  
      
Sudah terang lagi bersuluh Tentera Sedia Dikorbankan Demi Memastikan Rakyat dapat tidur lena dan bahagia. Bukan mengeluh, tetapi mengingatkan tentera juga manusia biasa punyai hati dan perasaan dan pada masa sama terpaksa mengutamakan tugas.      
  
☑ Tetap Gagah Tetap Setia - TDM
☑ Sedia Berkorban - TLDM
☑ Sentiasa Di Angkasaraya - TUDM

Sama-sama kita doakan kesejahteraan rakyat ... 
#KAMISEMUASATRIA

SELAMAT HARI TENTERA DARAT KE-82

Selamat Menyambut Hari Tentera Darat Ke-82

Ucapan ku kepada semua warga Tentera Darat Malaysia

Bergerak, Bertempur
Perwira Pantang Undur
Tak Gentar, Walau Peluru Datang Bersembur
Akan Diharungi Walau Jasad Terkubur.

Selamat Menyambut Hari Tentera Darat Ke-82 Pada 1 Mac 2015

Isnin, 16 Februari 2015

Tips Dan Inspirasi Menangani Masalah Anak Yang Nakal Dan Mencabar

Anak adalah anugerah dan amanah Allah SWT kepada ibubapa. Mereka ibarat kain yang putih yang bersih lagi suci. Kecantikan dan keindahan kain itu bergantung kepada ibubapa itu sendiri untuk mencorakkannya. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini untuk membentuk budi pekerti yang mulia berlandaskan syariat Islam. Pembentukan itu haruslah dilakukan ketika mereka masih di dalam kandungan ibu lagi.

Jika ditakdirkan mereka ini anak yang degil, keras hati, keras kepala dan nakal, janganlah anda kecewa dan patah semangat dalam menangani masalah ini. Anggaplah ia sebagai satu ujian Allah SWT kepada hambaNya yang dikasihi. Ingat hakikat bahawa Allah SWT uji hambaNya setakat kemampuan hambaNya untuk menanggung ujian itu. Jadi janganlah sesekali merasa kecewa atau patah semangat. Malahan, Nabi bersabda: Allah amat benci orang yang mudah patah semangat dan syaitan amat suka orang yang mudah patah semangat.

Setiap masalah berpunca daripada: 

1. Hati yang kotor.

2. Fikiran yang negatif. 

3. Amalan yang tidak betul.

4. Gangguan metafizikal termasuk sihir.

5. Jahil tentang agama & tanggungjawab, atau

6. Semata-mata ujian Allah SWT kerana sayangNya kepada anda.

Jadi cuba semak diri anda tentang apakah punca sebenar masalah yang anda hadapi itu.

Pesan Nabi SAW: 

Anak-anak yang nakal semasa kecil, akan menjadi orang dewasa yang bijaksana. Jadi tukar paradigma  tentang anak anda itu. Fikiran dan kata-kata ibubapa adalah DOA YANG MAKBUL.
Sabda Nabi SAW: Allah SWT bertindak seperti mana yang difikirkan oleh hambaNya. Nabi pesan, anak berumur 1 - 7 tahun, didik dengan kasih sayang dan banyak bergurau. Jadi bagi sesiapa yang selalu memukul anak, mulai hari ini jangan lagi memukul anak anda itu. Besar kemungkinan dia RASA CEMBURU KEPADA ADIK. Sejak ada adik, ibubapa banyak melebihkan adik tanpa sedar. Dia rasa terbiar. Pada abang atau kakak ni, kena marah atau pukul adalah PERHATIAN DARIPADA IBUBAPA! Amat sedih bila ini berlaku!

Di antara perkara yang boleh dilakukan untuk bantu anak anda yang nakal untuk mendengar cakap dan terlalu manja:

1. Pastikan dia makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar. Makanan hadam selepas 1 ½ jam makan. Jadi anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika belajar 1 ½ jam selepas makan malam. Pastikan dia kurang makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah buat anak pemarah dan agrasif serta mudah melawan cakap. Pastikan mereka makan buah SEBELUM makan nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam buah-buahan. Vitamin C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga kulit.

2. Banyakkan memeluk anak. Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang degil, rasa selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal.

3. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji, ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar.

4. Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah. Nabi suruh Ali RA baca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan, mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibubapa dan tidak banyak meragam.

5. Letak pokok hidup, seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar.

6. Beri anak supplement yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya.

7. Bacakan di kepala anak: Al-Fatehah, ayar Qursi dan surah Al-Insyirah untuk rangsang otak dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, dengar cakap ibubapa dan pintar. Bacakan waktu malam semasa nak belajar dan waktu anak nak pergi tadika/ sekolah.

8. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren. Ikut kajian, warna merah dan oren akan rangsang anak jadi agrasif dan hyperaktif.

9. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah Nabi SAW.

10. Pastikan rezeki yang ibubapa terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara haram dan syubahat serta keluarkan zakat pendapatan dan zakat-zakat yang berkenaan. Rezki yang kurang berkat juga jadi punca anak jadi agrasif, tidak dengar cakap ibubapa dan extra nakal.

11. Ibubapa baik pulih diri secara bersepadu agar Allah SWT ubah anak-anak jadi hebat dan cemerlang.

Prinsip hidup: Jika baik pulih diri kita secara bersepadu, Allah SWT akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita. Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang.

Mulai hari ini baik pulih diri secara menyeluruh dengan:

1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba'diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.

2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam. Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.

3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.

4. Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim (ayat 40). Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat.

5. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5 dan Ayat Qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, orang bergaduh akan jadi damai, selesai masalah, langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti enggan solat, dan sebagainya. Saya sertakan set Doa Harian untuk anda amalkan. Kongsikan doa-doa tersebut dengan kawan-kawan dan keluarga yang lain. Sila klik Di Sini.

6. Pagar diri dengan Fatehah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.

7. Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Fatehah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5), Ayat Qursi dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.

8. Layan anak  lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.

9. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.

10. Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3 Nama Allah: Ya 'Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan hembus ke arah dia jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap atau hujah ibu.

11. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:

    i. Inna lillahi wainna ilahi rojiuun.

   ii. Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini.

  iii. Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau bantulah selesaikan masalahku. Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar, baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya.

Insya Allah hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.

12. Baca Al-Fatehah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh. Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibubapa.

13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati. Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya. Ikut kajian dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.

Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari. Insya Allah segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan selesai langkah demi langkah.

Selamat beramal dan moga berjaya, wassalam.

Sumber Inspirasi Dan Motivasi: Prof. Madya Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah.

Isnin, 19 Januari 2015

Sejarah Kedatangan Orang Jawa Ke Johor

Rakyat Johor terdiri daripada pelbagai suku Melayu. Yang domain ialah suku Jawa sehingga ada yang masih pekat atau totok. Meskipun begitu,  tidak semua berasal-usul dari keluarga marhein dari Pulau Jawa. Ada yang terdiri dari golongan berpendidikan tinggi agama, pendakwah dan juga petani yang berjaya. Tetapi kerana keluasan tanah terhad di Pulau Jawa maka mereka pun berhijrah ke Negeri Johor.  Kini, mereka adalah rakyat Johor yang berjaya dan maju dengan hasil perkebunan. Kebanyakan anak mereka berpendidikan tinggi dan menjawat perkhidmatan awam negeri Johor dan Persekutuan.

Sabtu, 17 Januari 2015

Kolam Memancing Mahaderas Jelor Pasir Puteh Kelantan

Salam all...lama tak update blog ni. Al-maklum lah sibuk dengan op banjir di Kelantan. Alhadulillah, keadaan kat di sini semakin baik sekarang ni. Jadi ada la masa utk aku pegi sambung balik hobi aku iaitu mengail ikan. Kali ni aku try pegi ke Kolam Memancing Mahaderas di Kg Jelor Pasir Puteh, Kelantan (lokasi kolam https://goo.gl/maps/CtjAU). First time pegi sini, berpusing gak la nak cari tempat ni. Nasib baik sampai. Tu pun kena calling2 member kaki mancing yang lain.

Jalan Masuk ke Kolam Memancing Mahaderas

Isnin, 12 Januari 2015

Kenyataan Media YAB Menteri Besar Kelantan - Pasca banjir

Banjir besar yang terjadi di Kelantan dan beberapa Negeri yang lain mengingatkan kita kepada sejarah banjir besar yang berlaku di zaman Nabi Nuh yang telah menenggelamkan seluruh bandar. Semasa zaman Nabi Muhammad SAW, banjir besar telah memusnahkan dinding-dinding Kaabah dan begitu juga di zaman Saidina Umar Al-Khattab, banjir turut memusnahkan bahagian dinding kaabah. Sudah tentulah bencana ini meninggalkan kesan serta hikmahnya yang perlu di ambil iktibar oleh kita semua.

Kerajaan Negeri Kelantan sangat bersimpati dengan situasi mangsa banjir khasnya di sebelah selatan Kelantan, oleh itu Kerajaan Negeri telah mengambil beberapa inisiatif dan mengambil langkah segera dalam melaksanakan perkara berikut :